Isnin, 31 Januari 2011

Laptop Rosak

Sebelum ni belum masuk streamyx ok pulak laptop ni, dah masuk streamyx meragam pulak. Mula-mula susah nak on macam windownya problem, last-last tak boleh on langsung,  Semalam baru ada masa hantar kedainya balik ingatkan ada warranty percumalah semuanya rupanya kena charge rm50 tokei kedai tu cek pasal sofware poblem,Sofware tak ada warranty ibu pun tak tau pasal sofware ni, Ibu pun tak tau lah kalau tokei kedai tu auta je kat ibu n ayah ni,
Tokei tu cakap lebih kurang 11/2 atau 2 jam baru siap kami pun pusing2 supermarket makan2 pergi kedai tu balik tak siap lagi dia minta masa 2 jam lagi,dah tak larat dah balik dulu petang baru siap. Semua file dalam laptop habis hilang  nasib baik ada copy. Tak pelah janji laptop dah ok.

Khamis, 27 Januari 2011

Peranan Ayah

paka psikologi banyak yang menyatakan bahawa perana ayah sangat penting dalam perkembangan seorang anak. Ikatan emosional antara ayah dan anak, ditentukan salah satunya oleh interaksi antara ayah dan anak itu sendiri.  Ini dikatakan sangat mempengaruhi kecerdasan emosional seorang anak supaya menjadi orang dewasa yang berguna. Bagaimana seorang ayah yang sibuk bekerja di luar tetap  menjalin ikatan emosional ini?
Banyak ayah yang tiada masa untuk meluangkan waktu untuk anak kerana kesibukan.
Di bawah ini adalah tips-tips bagi Seorang Ayah :

1. Persiapkan diri Anda sediri, mungkin sejak isteri Anda hamil
Seorang suami membantu kehamilan isteri. Mengikuti persiapan persalinan seperti senam, membaca buku bersama mengenai kehamilan, cara merawat bayi atau berbelanja bersama untuk menyambut kelahiran bayi. Melihat perjuangan isteri bersalin, dan detik-detik terdengarnya tangisan bayi yang lahir ke dunia ini, akan menambahkan rasa sayang dan kasih

2. Ikut aktif penjagaan bayi
sebelum  menjelang kelahiran, cubalah ikut aktif penjagaan bayi di hospital2. Ia akan mengajar cara memandikan mengasuh bayi,tukar pampers dan sebagainya.
Tips bagi ibu…, biarkanlah suami Anda ikut menjaga dan mengasuh dengan gayanya sendiri, Anda boleh memberikan sokongan agar suami percaya diri sendiri  dalam penjagaan bayinya. 
Bagi yang mendapatkan pertolongan dari nenek atau saudara lainnya, usahakan lah jangan sampai menganggu emosi si ayah dalam ikut aktif penjagaan bayi.
  
3. Bermain bersama
Ketika bayi Anda makin beranjak usia, luangkan masa bersama untuk bermain, membaca buku atau melakukan aktiviti yang menyenangkan bagi bayi Anda yang mulai merangkak, mulai belajar berbicara atau berjalan. Ciptakanlah permainan-permainan yang menggairahkan, yang digemari seperti kuda-kudaan, pesawat terbang atau sembunyi sembunyian. Sesuaikanlah dengan perkembangan usia anak Anda.Membaca, mewarna atau melakukan keterampilan menggunting, menampal secara bersama-sama.

4. Terlibat dalam kehidupan sosial anak Anda
Ketika anak Anda mula masuk sekolah, dia akan melalui kehidupan sosial yang baru. Usahakan terlibat dalam kehidupan sosial anak Anda, dengan mengenali misalnya nama kawan-kawannya, dengan siapa dia bergaul, aktiviti yang dia lakukan

5. Jadilah pendengar yang baik
Kesibukan kerja  membuat Anda mengabaikan cerita-cerita anak Anda. Berikan keseimbangan antara kerja dan keluarga, atau usahakan jangan membawa kerja ke rumah. Luangkan waktu 5 minit saja untuk mendengarkan celotehannya dan mengerti betul isi cerita itu.
Jangan hanya \\\’meng-iyakan\\\’ agar cerita anak itu lekas selesai atau mengatakan nanti ayah sedang sibuk.
wajah kecewa akan nampak dan membuat anak akan semakin malas untuk bercerita pada anda. Akhirnya kebiasaan bercerita dan sharing dari anak akan menghilang. Jadi jangan Anda mengeluh bila anak Anda tidak mesra suatu hari nanti, kerana kebiasaannya  dimulai dari respon anda sebagai pendengar yang baik atau tidak.
Dengan menjadi pendengar yang baik, disamping keterbukaan, Anda akan menjadikan anak Anda dapat mengekspresikan dan cakap dalam mengungkapkan sesuatu.
6. Komunikasi yang baik
Bila Anda tidak tinggal bersama atau terpisah berjauhan dengan anak Anda, usahakan lah supaya menjalin komunikasi dengan baik, melalui telepon atau chatting internet. Tunjukkan perhatian Anda, rasa sayang Anda melalui telepon, sms atau melalui surat.

7. Percayai anak Anda dan berikan kebebasan
Jadilah seorang ayah yang memberikan kebebasan dan dapat mempercayai anak Anda. Kepercayaan Anda akan menjadikan dia  menjadi anak yang percaya diri sendir. Janganlah paksa dia untuk melakukan sesuatu yang tidak disukai.

8. Penuhilah permintaannya
Bertambah dewasa seorang anak, akan semakin bertambah permintaanya, semakin beragam dan variatif. Jangan Anda paksa dan menganggap dia masih kecil sehingga memperlakukan sebagai seorang bayi.

Selasa, 25 Januari 2011

Tercantik Di Dunia

Jom cuci mata melihat keindahan dunia

 air terjun Victoria merupakan salah satu air terjun paling mengagumkan di dunia. Air terjun ini terletak di Sungai Zambezi.


 Ni merupakan puncak gunung tertinggi kedua di dunia.ketinggianya adalah 8.611 meter. Sisi sisi dari gunung ini sangat mengerikan untuk didaki dan sudah banyak menelan korban.


 Jambatan tercantik di dunia, Japan

 kecantikan masjid 


Pantai tercantik Phi Phi Islands, terletak di Thailand




   Mata tercantik di dunia, dari Afghanistan

Isnin, 24 Januari 2011

Header Percuma


Hari ni baru dapat header dari anishaway sebenarnya dah lama minta tolong di buat tapi mungkin tuan punya badan bz kot. Pagi tadi tengok kat email dia dah send header ni.



Sebelum ni ibu download kat inter je and tulis. Nak letak gambar tak pandai so hari ni dapat pula header baru yang ada gambar bestnya. Terima kasih sangat-sangat.
Nantilah ibu test buat sendiri

Kucing


Ibu ni bukan tergolong orang yang suka memelihara binatang terutama kucing ibu geli sikit takut kucing tu cakar, Semalam buka pintu depan anis tengah main ibu nak masak. Tak lama tu anis jerit kata kucing masuk bilik ibu apalagi ambil penyapu niat dihati nak rembat tapi tak sampai hati pula tengok macam kucing tu lepas beranak.



Ibu halau je kucing tu keluar tengok atas jalan ada anak dia mungkin terjatuh kot. Mata pun tak buka lagi. Cari kotak kat dalam rumah tak de pula ibu biar je pandai-pandailah kucing  cari tempat.


Comel Vs Comot

Pantang dengar bunyi motor orang jual ais krim mesti nak beli tak kira demam ke selesama ke mesti nak juga apa yang sedap sangat lah, Kalau makan tu tak comot tak pe ni habis segala baju seluar yang dipakai.
Nak bercerita sikit ni bukan nak buruk2 orang lain, tapi nak kena berjaga2, Dulu masa ibu nak beli ais krim rm0.50 masa tu belum ada anak lagi nak makan sendiri. Beli dengan orang naik motor tapi bukan orang tempatan mungkin indon kot. tengok kuku dia hitam tak jadi nak makan buang terus tapi tak buang depan dia. Sejak tu tak pernah beli ais krim rm0.50. Tengok jugalah perniaganya selalu beli ais krim dalam plastik atau dalam mangkuk je.

Jumaat, 21 Januari 2011

Demam



Balik kerja hari rabu hari tu,  Rasa badan anis demam, Lepas habis masak tengok anis tidur sekejap, Malam tu juga bawa anis pergi klinik takut tengah malam terjadi apa2 , Sampai klinik lebih kurang pukul 9.00pm doktor terus masukan ubat bontok, Doktor cakap deman biasa je, Malam tu anis tak merengek sangat ibu   lap dengan kain basah. Air asam jawa pun  ibu bagi juga.



 Pagi semalam ibu sepatutnya kerja tapi mintak mc tak sampai hati nak tinggalkan anis waktu dia demam ni, Ayahpun terikut sekali, Pagi semalam aktivitinya duduk dirumah. Anis  lepas makan ubat nak tidur je, So petang baru keluar,tengok anis pun dah sihat, kami pergi taman rekreasi setia alam



Ibu jarang pergi situ, Tengok ramai orang singgahlah sekejap, Taklah besar sangat taman tu tengah2 ada tasik ramai juga yang memancing. tapi tak nampak ikan pun



Bawalah anis jalan keliling tasik tu. boleh keluarkan peluh sambil tu suruh anis berlari,
Pagi tadi hantar anis rumah opah menangis2 tak nak, Anis cakap nak tidur lagi kadang-kadang tu kesian juga tapi nak buat macam mana ibu ni pergi kerja.

Khamis, 20 Januari 2011

Pesta Duit Syiling


SEREMBAN: Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah ‘berpesta’ memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan membawa wang itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian. Mereka dilihat memasukkan syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang bertaburan di tengah dan tepi lebuh raya ke dalam beg serta plastik dibawa.Malah, ada antara mereka sanggup bersila di atas rumput dan asyik memungut syiling itu walaupun ‘pemilik’ duit berkenaan berada di lokasi kejadian menyebabkan pihak berkuasa menutup laluan selama lima minit .
Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati ada pengguna sanggup mempertaruhkan nyawa memungut syiling di tengah lebuh raya tanpa mempedulikan kenderaan lalu lalang.Pemandu pacuan empat roda membawa wang berjumlah lebih RM70,000 Harian Metro difahamkan, wang berkenaan milik sebuah syarikat pengedaran syiling dari Shah Alam, Selangor untuk dihantar ke beberapa pasar raya di Melaka.
Kalau ibu ada kat tempat tu comfrom ibu kutip semua duit syiling tu.

Rabu, 19 Januari 2011

 Niat di hati nak pergi bank bayar duit kereta, So siap2 anis pun  bawalah harta karung  segala bear yang ada dirumah dengan basikal angkut masuk dalam kereta, Dia takut budak india ambil barang mainan dia. Sampai bank  nak u-turn  anis mengamuk2 tak kasi ayah buat u-turn dia suruh terus nak gi tesco, i pandai2 je tunjuk jalan, Dari dia mengamuk2 dalam kereta bawalah anis gi tesco nasib baik kat situ ada bank. Dalam seminggu entah berapa kalilah nak pergi kesitu. Agaknya kalau boleh nak tidur kat tempat permainan tu.

Bukan buat apa je kat tesco, tengok anis main, sukalah tu siap lompat kuda lagi, bawa duit syiling habis kat benda alah ni jelah kalau tak bagi mengamuk2 nanti kalau orang pandang malu pulak 

Perut ayah n ibu dah bernyanyi-nyanyi,ingatkan nak makan nasi dari pagi tak kena nasi tunggu anis lambat sangat, beli jelah burge yang ada dekat kfc tu 


ingatkan tak lapar rupanya dah kebuluk roti burge tu boleh dihabiskan, makan lah anak ku,
balik pun dah hampir pukul 11.pm baring2 anis minum susu, anis panggil ayah, ayah, ayah nak pergi tesco,Ibu tak tahu ayah jawab apa ibu dah pura2 tidur.

Selasa, 18 Januari 2011

Percutian



Tak lama  lagi kita akan menyambut chines new year's wawawa 1 malaysia,
Mesti ramai dah buat perancangan nak bercuti dimana.
Ibu anis dengan ayah dapat cuti panjang. Ayah dengan maklong anis plain nak pergi Lngkawi , tapi macam tak jadi je. Ayah ada plain juga kalau tak pergi Langkawi nak pergi Pulau Pinang tapi ni hanya plain  jadi tak jadi tak tau lagi. Nak tunggu bonus dulu, minta2 dapatlah 2 bulan barulah boleh enjoy sakan.

Isnin, 17 Januari 2011

Bershopping

Semalam  bawa anis pergi Tesco Setia Alam, Saja bawa dia main kat situ, boleh dikatakan setiap minggu pergi tesco.


Sekarang ni kan ada sales so pusing2 terjumpa pulak kedai jual bear, dah dapat dik anis tak nak lepaslah dia,kedai tu tulis 2 rm30 kalau beli satu rm25 terpaksalah beli 2 bear ni



Ada pulak kedai baby kat situ apa lagi terjah lah  ,ibu beli sepasang je, Banyak ibu tak berkenan lah memandangkan dah pertengahan bulan, kalau awal bulan memang ibu beli 2,3 pasang.

Sabtu, 15 Januari 2011

Duit Jadi Mainan

Feding kepala tengok ragam anak-anak ni, cis macam ramai je anak. Bila suruh main mainan yang ada dalam bakul tak nak, nak main duit dalam tabung tu jugak, Time ibu-bapa masukkan duit dalam tabung dan2 tu jugak nak main duit. Kalau tertelan ke,masak dik non

Jumaat, 14 Januari 2011

MAKANAN PELENGKAP - PEDIASURE COMPLETE


 Ibu tengok anis kurang selera makan, Ibu bagi vitamin appeton sama je kurang selera makan .Ibu beli susu pediasure ni just bantu tingkatkan selera makan anak-anak ajer. bukan boleh diambil macam minum susu FM biasa. Dier agak manis dari susu lain kerana kalori yang ader di dalamnya lagi banyak sebab itu ia agak manis. tertulis kat tin susu tu ia sesuai untuk anak yang cerewet makan, yang sakit dan perlu makan menggunakan tiub. kalu unutk kanak-kanak yang duk hospital yang makan menggunakan tiub, mereka akan gunakan susu ini sebagai ganti makanan sebab ia membekalkan kalori. sukatan yang nak diberikan bergantung kepada berapa banyak makanan yang kita nak bagi. ikut sukatan susu pediasure ni untuk menghasilkan 125 ml makanan, hendaklah 5 skop susu dengan 190 ml air. tapi hati-hati bebudak yang diebetik tidak sesuai menggunakan susu ini.
Ibu  bagi anis susu ni 2 atau 3 kali sehari  jika dia tetap tidak mahu makan langsung walaupun dah offer macam2 makanan. . kesian kalau anak tak nak makan langsung, nanti dia lembik   plak.
sekarang ini nampak dah sedikit perubahan terhadap anis setelah hampir 3 minggu memperkenalkan pediasure ni. Anis nampak sudah berminat kepada makanan terutamanya nasi. kalu dulu, susah dia nak minta nasi. ini bila ajak makan nasi, cepat ajer suap. kira berkesan la tujuannya untuk  meningkatkan selera makan anak.
Ibu masih meneruskan sehingga selera anak meningkat sedikit lagi. harap-harap kalu dah berhenti minum pediasure ni dia tetap berselera nak makan

Tukar susu

 Sekarang Dumec Dugro.



Sebelum ni pakai Lactogen 3 anis minum 4 oz je. Badan dahlah kurus minum susu sikit macam mana tak lagi cekeding.
Lepas berbincang ibu turun naik supermarket cari susu yang sesuai.
Macam2 jenama susu dah cuba ada yang tak diminum , ada yang tercirit-cirit dan akhirnya jenama Dumex Dugro menjadi pilihan.
Minum susu baru tu pun sama juga 4oz tak lebih tak kurang, Tapi selera makan ok. Berak pun tak de masalah, buat masa sekarang cuba dululah janji susu ni ekonomi.

Khamis, 13 Januari 2011

Tips Menjadi Blogger Terkenal

Bukan mudah nak jadi seorang blogger yang berjaya dalam sekelip mata. Kita kena banyak bersabar dan betulkan niat kita. Tidak kira sama ada kita blogging untuk mendapat side income mahupun sekadar untuk berkongsi ilmu atau untuk mencari kenalan. Perkara yang penting sekali ialah kita mestilah bersabar dalam dunia yang penuh mencabar ini. Jangan suka terburu-buru dan sentiasa berfikiran waras dalam tindakan.Dibawah ni ibu tuliskan tips2 untuk menjadi blogger terkenal

Apakah langkah2 rahsia untuk menjadi blogger terkenal?

1. Lawati 1000 blog setiap hari dan tinggalkan pesanan dalam setiap blog yang anda lawat supaya mereka membalas lawatan anda. Lakukan selama sebulan dan anda akan lihat traffik blog anda akan bertambah.

2. Buat satu entry kontroversi tentang seseorang yang terkenal, contohnya seorang blogger yang mempunyai 13 ribu followers.kemudian, sebar-sebarkan link entry anda. Anda pasti menerima kunjungan daripada followers blogger tersebut.

3.Sila war-warkan pendapatan nuffnang anda setiap minggu.

4.Tulis mengenai gosip artis,Sepertimana yang kita tau, selalunya blog blog gosip artis akan mendapat trafik yang tinggi. Jadi, jika ada terbaca di suratkhabar hiburan dan majalah-majalah hiburan, jangan berfikir lagi untuk turut sama memeriahkan majlis dengan menulis entry tersebut di blog walaupun anda tidak tahu kesahihannya.

5.War-warkan dalam facebook, mengenai blog kita

Alhamdulillah selesai sudah tips-tips yang berguna ni. Hanya berkongsi dari pengalaman, walaupun ilmu kurang. Tapi kalau ada yang kurang, boleh bagi idea untuk penambahan.

KFC Lagi Dan Lagi

0Malam tadi lagi makan KFC berapa kali makan kfclah , Budak kecik nilah tak habis2 nak kfc2. Gi lah kami bertapak ke KFC Setia Alam kat situ ada permainan sekali. Ibu order yang simple je,

dah sampai KFC Setia Alam


yum...yum

permandangan dalam kfc

 sedapnya

sinilah tempah  anis nak main

kalau dah main nak ajak balik  bukan senang, kena angkat tu pun menangis macam nak tercabut anak tekak,
jomlah balik yang,esok ibu dengan ayah nak kerja

Rabu, 12 Januari 2011

Nama Anak

saya nak buka topik pasal nama anak memandangkan ramai yang pregnant
dan bakal menimang cahaya mata, maka tercari2 lah nama yang sesuai dan mempunyai makna dlm islam...ni antara nama2 yang popular pada zaman moden sekarang

balqis
qistina
aiman
aqil
danish

Pada zaman sekarang susah kita nak dengar nama-nama seperti dibawah ni

sabtu
leman
abu
joyah  

Nama-nama ni pun mengikut peredaran zaman.

Pilihlah nama yang baik untuk anak-anak, setidak-tidaknya telah terlaksanalah tanggung jawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada setiap ibu bapa.

Ibu Tiri Dera Anak

Ibu Tiri Dusta
JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.
Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.
Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.
“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.
“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.
“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.
Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Talian Khas Untuk Laporkan Kes Penderaan Kanak Kanak
 Childline Malaysia :  15999

Selasa, 11 Januari 2011

Payung

kebelakangan ni, sentiasa hujan tak
kira siang malam pagi atau petang,Jadi kita mesti memerlukan payung tak kira kanak-kanak atau or
ang dewasa semua memerlukana payung,sekarang Pengusahan payung boleh tersenyum kepuasaan apabila perniagaan mereka untung 

   

Jalan Ke Jusco Bukit Tinggi

Ahad yang lepas pusing2 ke Jusco Bukit Tinggi, Tak de apa yang kami beli hanya cuci mata je. Sekarang ada sale sampai 16/2 nanti. Anis macam biasalah nak pergi tempat permainan, Masa kami sampai orang tak ramai sangat mungkin pagi lagi kot
ni waktu kami sampai nak cari parking


ingatkan nak beli satu tengok harga alamak boleh beli baju anis sepasang, cakap dengan ayah kita cari kat tempat lain lah ,anis nanti ibu
belikan ye .Di rumah bukan tak de bersepah-sepah,


Lepas tu ajak anis pergi tempat yang dia suka, Masuk dalam ni kena bayar
20minit rm3.00 lepas 10minit kena tambah rm1.00, anis masuk 20minit je.


sukalah tu siap lompat kuda dibuatnya

perut pun dah berkeroncong kami pergi makan KFC lah.  

Khamis, 6 Januari 2011

Pantun Kanak-Kanak



Buai laju-laju
Sampai pokok sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja

Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi kolam
Itik  bertelur
Ayam dah menetas

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua

Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam

Burung Kakak Tua
Hinggap  di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua

Burung Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat

Rabu, 5 Januari 2011

Masak Memasak

Malam tadi balik  kerja terus gi dapur. Tengok  ayam yang dah kematu dalam peti sejuk, Boleh buat sup ayam ni , kebetulan ayah tak berapa sihat. So berhempas pulaslah sediakan bahan nak buat sup ayam, Goreng nugget dengan
goreng  ikan masin, itu je menu malam tadi . Ibu dah penat lelah memasak las2 ayah dengan si anak tak nak makan . Angin satu badan di buatnya kalau tak nak makan cakap siang2.

lebih kurang macam nilah sup yang ibu buat, gambar ni cilok dari internet



 ikan masin pun ibu ada goreng tapi ibu tak letak cili kat atas tu, gambar ni pun sama ibu cilok kat internet


 semalam beli nugget,ibu goreng boleh makan dengan nasi

Selasa, 4 Januari 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah



Tak terlambat rasanya anis nak mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada cousin2 anis yang memulakan sesi persekolah hari ni ..ada yang teruja ada yang malas-malas..ada yang takut-takut..yela kan..yang teruja tu sebab first time masuk sekolah..yang malas-malas sebab dia rasa cuti tak cukup lagi,yang takut-takut sebab tahun ni dia ada exam besar..hehe



Inilah cousin anis,Semoga you all belajar pandai-pandai, kita jumpa di menara gading, Anis akan mengusur kemudian (coming soon) .


 ni pun cousin anis jugak dia nak masuk tadika hari selasa nanti, so anis harap kak ain jangan takut tau, jangan nak tidur je


Kenduri Kesyukuran

Selamat pagi .Minggu lepas kami balik kampung, opah adakan kenduri kesyukuran kecil-kecilan je semperna bina cousin anis nak masuk sekolah asrama kat Tapah, Bina baru lepas UPSR dapat 5A.
Ayah pagi-pagi dah keluar pergi pasar dengan mak ngah anis, ibu dengan anis apalagi sambung tidurlah.Ayah balik dalam pukul 8.00 pagi,  Mulalah kami potong sayur ,ikan sebelum makcik jiran opah datang menolong,Mula-mula makcik jiran opah masak kari ikan tongkol






opah tengah siang ikan

opah berjaya menyiang ikan ikan yang ada

ada yang tengah potong sayur, ada jugak yang tengah bergelak ketawa

sayur yang hendak dibasuh

ayam pun nak cari makan

makcik yang setia menunggu bawang yang ditumis tadi

nilah dia causing anis yang nak masuk asrama

ni sahaja orang lelaki yang ada , kebetulan ada kenduri kat kawasan tu jadi tak ramai yang datang


makcik jiran sebelah rumah opah yang ada



keadaan jamban yang perlu di renovationkan

makcik anis tengah siang bawang
lepas ni kalau dapur opah dah siap ibu akan masukkan dekat dalam blog. Macam mana dapur opah cantik ke tidak.