Selasa, 31 Mei 2011

Anis Repair Basikal

Malam tadi anis melepaskan gian naik basikal sebab tak bawa basikalnya ke rumah opah. Malam tadi apa lagi tawaflah satu rumah, nak main kat luar tak boleh hari dah malam, pusing jelah dalam rumah. Dah letih naik basikal last2 anis cakap nak betulkan basikal dah rosak, suruh beli baru. Ai banyak cantik banyak duit.


Ibu suruh anis betulkan apa yang rosak, Ibu pergi kedapur sekejap je dah tapak tangan hitam legam macam bontut kuali. Anis main rantai basikal. Itu baru sekejap ibu tinggalkan kalau ibu tinggalkan untuk pergi mandi ke tak taulah apa yang akan dibuatnya.
Sekarang anis tidur malam pun dah lewat selalunya pukul 10.00 lebih dah tidur, tapi sekarang pukul 11.00 lebih pun tak tidur lagi.

Jumaat, 27 Mei 2011

Astro Rosak Lagi

Tak habis2 dengan masalah, lepas satu, satu yang timbul,  Rosak yang dulu pun belum diganti ni timbul pula masalah baru, Malam tadi tiba2 astro tak de siaran tulis kat tv simcard inactive call astro blah...blah...
Terus call astro ingatkan diorang tutup akaun, Call astro pula tu 1 hal kalau tak habis duit dalam henpon tu tak sah, Topuplah sepuluh ringgit sekali pun tetap juga habis. Dah call astro diorang suruh off astro tutup suis keluarkan simcard still juga sama, tiba2 terputus pula line henpon,
Terpaksalah call astro balik diorang suruh tekan instralllah suruh tengok sateliklah last2 diorang cakap astro akan hantar satelik yang baru tunggu 1 jam tak juga boleh dapat, lama2 hari pun makin lewat malam  lebih baik call hari ni je, Siapa yang ada masalah macam ni boleh share tak.

Saya cukup tak suka call astro, servisnya kurang memuaskan kalaulah ada channel swasta lain dah lama saya tutup astro ni,

Khamis, 26 Mei 2011

Siput Sedut

Sapa tak pernah nampak siput sedut yang masih hidup sila angkat tangan, Siput ni beli malam tadi kat pasar,
1 plastik rm7.00 murah ke mahal ye.Ni belum di bersihkan  masih berlumpur lagi . 
Nak masak lemak cili api sedapnya yum...yum,
Kalau makan siput ni tak boleh nak sopan2 nanti tak keluar isinya. Kalau makan di kedai jarang ambil siput ni sebab malu nanti orang dengar kita sedut. Ada juga orang tak tak makan siput ni, ikut selera masing2 tapi sedap tau siput ni kalau di buat masak lemak cili api. Lapar pula rasanya
Tak sabor nak tunggu balik kerja nak kerjakan siput.


Isnin, 23 Mei 2011

Kenduri Kahwin

Sabtu lepas pergi kenduri kahwin sepupu belah lelaki, perempuannya orang ijok . Masa ni tayang tak ikut, 
 Majlis kenduri kahwin ni, dilangsungkan di sebuah dewan ijok cantik, kemas dan selesa.
Tema perkahwinan ni kelabu,
Wah pengantin naik kereta ni.

Ni masa berarak

Muka pengantin baru

 piece

Selamat Pengantin baru

Tuan Blog

Dress Lagi

Hari sabtu siap sudah dress anis mengunakan benang getah (elastic thread) , Tapi tak puas hati dengan jahitan sendiri, sebabnya jahitan tak lurus, Macam mana nak dapatkan jahitan yang lurus. Tak pe ni baru percubaan yang pertama. Seperti biasa kain lebihan baju kurung anis untuk hari raya. Tapi model si kecil ni pula tak nak tangkap gambar. 
Yang ni bahagian belakang



Yang ni pula bahagian depan nasib baik sesuai. Jahit tali ni main hentam je tak ukur pun.
 Nilah dia dress anis yang terbaru.
Sekarang ni macam dah gian nak buat baju anak, Rasa seronok kalau baju yang kita jahit siap dan ada orang yang pakai. Lepas ni nak buat dress lagi lah.

Rabu, 18 Mei 2011

Dress Dah siap

Semperna cuti wesak day ibu berusaha menyiapkan  dress anis ni, Bila anis pakai suka sangat nampak cute. Berjaya juga akhirnya dengan keadaan tanganku yang keras untuk memegang jarum. Tapi ibu tak berapa nak berpuas hati sangat dengan corak kain ni , macam kain  buruk, Tak pelah ni baru percubaan, Nanti ibu belikan kain yang cantik sikit ye. Sekarang ni macam dah ketagih nak jahit dress ni lagi. Tapi kain tak adalah pula, Ni tak sabar nak pergi kedai kain, Dah pakai baju baru susahlah pula nak snap gambar anis. Layan jelah gambar di bawah ni.






Ahad, 15 Mei 2011

Kain Cotton

Baru balik dari klang saje jalan-jalan, Nak cari kain cotton 2,3 pasang tapi untuk 2 meter punya. Baru ambil 2 meter untuk anis ibu dah rasa geram, So ambillah sepasang lagi untuk 4 meter boleh pakai untuk hari raya nanti.Ingatkan nak beli lagi untuk tambah koleksi boleh buat dress anis , Tengok muka tayang dah cuak. Nanti dia tanyalah beli ni untuk siapa nak buat baju apa macam macamlah, Rasa nak beli je semua kain yang ada di kedai tu. Hari ni cukuplah  beli untuk 2 pasang ni je. Lain kali beli lagi.

Dress Baru

 Percubaan menjahit dress untuk anis, sangat mencabar jiwa dan kesabaranku maklumlah ni baru pertama kali nak jahit dress untuk anis, Kain ni lebihan baju kurung opah anis. Rembat jelah. dah seminggu pending. Waktu malam jahit sikit lepas tu nak tidurlah penatlah. Semalam baru nampak rupa dress sekarang ni jahit list pula tak taulah bila boleh siap.

Walaupun tak berapa nak cute, tapi dalam hati bercakap pandai juga aku buat baju ni.

Isnin, 9 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

wanita yg menguli tepung dgn bismillah..Allah akan berkatkan rezekinya.wanita yg tidak cukup tidur menjaga anak yg sakit..Allah akan ampunkan seluruh dosanya..wanita yg menjaga solat,puasa dan taat pd suami..Allah akan mengizinkannya memasuki syurga dari mana2 pintu yg disukainya.....
~~~SELAMAT HARI IBU UTK SEMUA~~~~~

Kasut Raya

Semalam pergi tesco saja cuci mata, Nak window shopping kurang bajet. Jalan2 kat kedai dalam tecso tu memang dah lama nak belikan kasut untuk anis , kasut yang ada dah tak muat.Terjumpalah pula kasut ni harga pun boleh tahan juga tak sampai rm20 suruh anis pilih dia nak warna pink belikan jelah boleh simpan untuk raya nanti. 

Jumaat, 6 Mei 2011

Kad Kahwin

Minggu Lepas balik kampung tayang, Ucu pun balik juga (bakal pengantin baru bulan6 nanti ) Ucu bawa balik kad kahwin tolonglah dia lipat kad kahwin yang banyak tu, Nasib baik anis tak de kacau sangat tapi habislah juga 2,3 helai kad ucu punya, anis kerjakan. Kali ni balik kampung tak de aktiviti yang menarik sangat biasa je, Tapi ucu pesan suruh beli bunga nak hias bilik pengantin, Tunggu minggu depanlah ibu pergi klang tengok bunga, Bunga apa yang nak di beli.  


Jahit Seluar


Malam tadi sempat juga jahit seluar anis, Seluar ibu ada yang dah tak pakai, so potong buat seluar anis, Baru pertama kali nak jahit seluar susah juga nak jahit celah kangkangnya , Tu pun belum masukkan getah lagi, Belum beli nanti kalau dah siap kita tengoklah anis pakai cantik ke tidak.

Khamis, 5 Mei 2011

Perkembangan Anis

Dah lama tak tulis perkembangan anis, Sekarang anis dah bertambah bijak(macamlah sebelum ni dia tak bijak). Anis dah boleh tolong lipat kain walaupun tak betul, Pandai main masak-masak, pantang ibunya masak mesti anis nak kuali nak beras nak garam letak air sikit kacau dalam kuali siapa yang nak makan angkat tangan. Gambar anis tak sempat nak snap. Pengalaman tu membuatkan ibu terasa bahagi, susah nak gambarkan perasaan ni, melihat anaknya membesar sihat dan kadang2 tu ada juga nakalnya pantang ibu pegang gunting nak juga dia tak tahu gunting tu bahaya. Nilah pengalaman yang berharga buat seorang ibu

Selasa, 3 Mei 2011

Dapat Coklat


Masuk keje hari ni, terus dapat coklat yang telah di tempah minggu lepas saja je nak rasa sedap ke tidak. Sedap juga coklat ni. Kakak 1 office yang buat dia baru je belajar.

Headband Felt

Cuti hari jumaat minggu lepas tak de buat apa2, dan sambil melayan kerenah anis siap juga headband hair ni untuk ain saje2 buat, Dah siap nampak cantik pula.



Ni pula guna ribbon, Ribbon ni ambil dari bunga telur,gulung2 and tampal dengan bunga yang dah siap digubah.