Makin hari usia perkhawinan makin meningkat, sama juga dengan umur ibu @ ayah dan anis makin bertambah, tapi bilangan anak tak bertambah- tambah, kalau jumpa saudara mara mesti akan tanya 'anak sorang je ke' tapi hati ni tak lah terasa sangat, sebab hati ni sangatlah kering. Lumrah manusia akan bertanya belum kahwin akan tanya bila nak kahwin, dah kahwin akan tanya bila nak ada anak bila dapat anak, bila pula nak tambah anak sorang lagi. Tapi bagi saya itu semua rezeki Allah yang tentukan. Masa 2,3 tahun lepas anis kecil lagi memang kami rancang sendiri.Kena tahu waktu priod. Sampailah awal tahun lepas kami dah tak rancang tapi belum ada rezeki kalender kat ofis ni semua ada tercatat bila dtg period bila habis, tapi kalau lambat sikit mula lah cuak.
Wawawa, Bak kata tayang, Nak anak tapi takut, adakah aku takut, mestilah aku takut pengalaman bersalin dulu akan ku ingat sampai bila2 walaupun sakit tu dah lupa macam mana, sakit bersalin adalah lumrah semula jadi tapi sakit kena jahit itu bukan sakit semula jahit amatlah menakutkan bila diingatkan taklah sakit sangat ada je nurse bius tapi terasa juga. Poyo je lebih aku ni, tapi kalau dah mengandung perasaan takut tu akan hilang.tahun ni ramai ipar duai ku dapat baby,tu perasaan ni makin membuak2 nak ada bau baby kat umah. Anis pun selalu nak minta adik. Boleh dia cakap ibu ambil lah baby kat hospital. Nanti anis boleh pakaikan baby stokin baju. heheh kadang2 lucu pun ada
Selasa, 25 September 2012
Isnin, 24 September 2012
Baju Baru Ana Muslimah
Baju ni baru beli saja nak tayang kat semua .Tapi kenapa gambar ni senget boleh terteleng kepala semua.
sambil tu nak tayang juga rambut tocang dua anis dah panjang sejak lahir baru 2 kali potong nanti tahun depan nak sekolah. Cadang nak potong tapi rasa sayang pula
Khamis, 20 September 2012
Sudah Besar Pun Dia
sekarang
anak ibu dah semakin bijak. Tambah lagi dah belikan telekung ni.
sebelum ni ikut ibu sembayang
tanpa pakai telekung.
Sekarang ni bila malam je ibu
lambat sembahyang mulalah anis ingat kan ibu suruh
sembayang cepat2 walaupun
belum masuk waktu lagi.
1 perkara yang mencabar untuk
aku terangkan kepada anis iaitu bila aku cuti
sembayang datang bulan. Jenuh
aku nak cari ayat yang sesuai supaya dia faham
Rabu, 19 September 2012
Balik kampung Selama Perak
Semperna
cuti 1 malaysia 3 hari kami semua balik kampung perak. Mak mentua ajak balik
kampung dia, di selama perak. Pergi pagi balik malam. Tak tidur pun kat kat
sana. Sejak Saya kahwin
belum pernah lagi balik
kampung tayang. Bertolak pun agak lambat kul11.00 pagi. Ayah mentua gi
kenduri kahwin dulu.
Ni masa nak bertolak anis sempat tangkap gambar dulu
jumpa empangan air perak jauh masuk dalam, rehat dulu kat situ
anis baru bangun tidur buat perangai tak nak turun
Akhirnya bila dipujuk berjaya keluar melihat pemandangan di luar sakit segala pinggang ni
dah sampai jumpa saudara mara . pergi 3, biji rumah tapi 1 rumah je sempat tangkap gambar.
nota: sangat penat ok. Nasib baik hari isnin tu cuti.
Selasa, 18 September 2012
Ikan Pekasam
Selamat pagi semua. Hari ni nak bercerita ikan pekasam sungai mak mentua saya buat sendiri. Ayah mentua saya hari2 pergi menjala kat belakang rumah ada sungai. Orang tua tak de buat apa2 pagi2 menjala lah mengisi masa lapang. Orang tua duduk 2 orang hari2 makan ikan sungai jemu juga. Jadinya mak mentua saya buatlah ikan pekasam mula2 bagi anak2 merasa sekarang dah tolak kat kedai 1 tuperware putih rm5.00. Memang sedap goreng ikan pekasam letak bawang dgn cili, kalau ada sapa2 nak order bolehlah email saya anis.norizaidah@gmail.com .cod jeram kuala selangor, atau kapar klang
Rabu, 5 September 2012
Daftar Tadika Kemas
Pagi ni sempat singgah tadika kemas berdekatan dengan rumah opah anis. Nak buat pendaftaran anis untuk tahun depan, Sudah besar anak daraku seorang ni. Malam tadi cakap dengan anis nak sekolah tak dia cakap tak nak nak tidur je kat rumah . Pagi tadi tanya lagi nak gi sekolah tak, anis cakap nanti dululah. So tadi terjah jelah ke tadika fikir balik bila lagi nak pergi kalau bukan sekarang, ni pun dah bulan sept. Masuk je kenalkan diri, duduk mana, isi borang Boleh ambil dari sini juga sama sahaja http://www.kemas.gov.my/home . Siap cikgu tu cakap nak masukkan ke sekarang untuk percubaan nanti tahun depan tak takut sangat. Minggu depan nak masukkan anis ni untuk percubaan tapi kena minta cuti dulu dalam 2 hari. Tengok macam suka tapi tak tahulah dari kecil anis mana biasa tinggal dengan orang lain hanya dengan opahnya sahaja. Yuran dalam rm1++ murah je. Nak hantar ke taska pasti tapi jauh dari rumah. Susah pula opah dengan atuknya nak jemput. Kalau tadika kemas dekat dengan rumah jalan kaki sahaja. Kalau atuknya rajin boleh dia jemput naik kereta hehehe.
Selamat hari merdeka. Walaupun terlambat nak ucap hari merdeka, tetapi tetap ada semangat merdeka.
Masa cuti merdeka kami pergi jalan2 sambil beraya ke rumah aleeysa sepupu anis kat kajang
Kat situ dekat dengan air terjun terlupa nama air terjun tu. Lama jugalah duduk kat rumah dia ,Bawalah aleesya sepupu anis gi jalan2 .pakailah baju kurung dah namanya raya haruslah pakai baju kurung tak de cadang pun nak ke air terjun tu. Last2 singgah jap kat situ, mulalah aksi pujuk memujuk budak2 supaya tak mandi mana ada bawa baju lebih. Hanya tengok sahaja. .
Ni masa nak pergi jalan2
Sambil2 tu tangkaplah gambar
Masa nak balik ada pula orang tunggang kuda. Budak2 ni mula2 takut nak bergambar di paksa baru nak bergambar
Sampai rumah aleesya saja2 main tangkap gambar budak berdua
Isnin, 3 September 2012
Cerita Masa Raya
Tahun Ni raya Trolak perak dulu. Pagi raya bersiap molek2 makan tunggu lelakinya balik sembahyang. salam bersalaman terus pergi rumah terbuka dekat dengan rumah mak anjuran blok rumah mak. Makanan dibawa sorang sedikit. Sampai sana makan2 bersalam2 yang mana dah lama tak jumpa, lepas tu ada pula orang yang bagi duit raya kat budak2 bukan seorang je. Tapi ada 3 orang yang murah hati bagi duit raya dekat budak2. Sukalah tu Dapat duit raya ,
Anis dengan sepupunya kakak amni
saya nak salam dengan pakcik tu nanti dapat duit raya
selamat hari raya maaf zahir batin
Ada pula sesi tangkap gambar family, family rani tak terkecualilah , Ni pun separuh je ada ado
Setia Mall-Permainan
first time pergi setia mall bukan jauh sangat dari rumah tapi malas nak pergi tak de apa nak di beli kat sana. Pergi waktu malam tak tahu pula kat sebelah tu ada taman untuk lepak pusing2 kat dalam tu ternampak pula ada air pancut kat luar sekali tengok ada tempat mainan untuk kanak2 bermain. tengah2 tu
tanah lapang boleh kanak2 berlari berkejar-kejaran. Ada juga tasik buatan manusia tapi tak tahu ada ikan ke tidak sebab waktu tu gelap
Sukalah tu dapat main
Lain kali boleh datang lagi
Langgan:
Catatan (Atom)