Selasa, 26 Mac 2013

Surat Berhenti Kerja

Salam semuanya, Tinggal berapa hari lagi. aku akan meninggalkan office rasa tak sabar, sayu pun ada. Rasa nak ambil balik surat resign yang dah bagi pada bos. 3,4 minggu yang lalu. Hati ini macam terpaksa sahaja. Nak meninggalkan semuanya gaji bulanan kawan-kawan tapi memikirkan hal keluarga hal anis nak pergi sekolah aku dengan rela hati meninggalkan semuanya. Mungkin ini bukab rezeki ku. Mungkin di tempat lain rezeki aku ada insyallah. Sepatutnya aku last 12.4.2013 Semangat nak bercuti awal memuncak2. Lepas ni aku tak tahu lagi nak buat apa mungkin tunggu baby lahir dulu baru aku cari kerja lain

Sabtu, 23 Mac 2013

Tukar Getah Seluar

 
Hari ni sempat tukar getah seluar yang dah tak muat sayang tak pakai, Lebih baik tukar getah boleh juga mak buyung pakai. Jom kita kongsi ilmu untuk tukar getah seluar
Mula- mula mesti lah ada getah seluar yang dah diukur pada pinggang kita nak ketat mana. Saya ukur tak ketat pun sebab perut nanti bertambah besar.

 
 
 
 
 
Nilah seluarnya dah ditetaskan getah yang lama, dan digosok mengikut lebar  ukuran getah yang baru. Lepas tu kita jahit guna benang yang sama warna dengan kain, Jahit jangan sampai habis sebab nak masukkan getah


Cara nak masukkan getah dalam seluar, Ambil pin cucukkan pada getah sepaya senang nak tarik getah tu pada dalam seluar.


Masukkan getah pada seluar. Tarik pin tadi automatik getah akan terikut sekali.

Bila dah sampai kepenghujung temukan macam dalam gambar

Temukan juga jahitan yang pertama tadi. Dan baru dijahit pada line tengah.
Selamat mencuba

Selasa, 19 Mac 2013

Tillam Dah Siap

Alhamdulillah tilam baby dah siap, Jenuh juga nak siapkan. Tapi bila dah siap baby lain pun yang rasmikan dulu.



Ahad, 17 Mac 2013

Kain Pasang Murah

 
Jom hari ni kita layan kain pasang yang telah saya upload ni.Boleh dipakai masa raya raya nanti. Semua kain pasang ni sepasang Rm40 ringgit sahaja. Sesiapa nak order boleh sms saya ni no
017-281 2432 atau pun email saya anis.norizaidah@gmail.com 
 
 














 


Jual- jual kain pasang sapa cepat dia dapat

Sabtu, 16 Mac 2013

Cloth Diaper

 
 
Salam cuti hari sabtu pada sesiapa yang bercuti hari ni, Pagi ni nak berkogsi cloth diapers yang saya telah beli pada bulan lepas, Baru kandungan 4 bulan lebih dah menggatal nak beli.Ni lah dinamakan nafsu ibu mengandung semua cantik semua nak beli. Saya beli pada mumsluvbaby harganya pun berpatutan lah,  Cadangnya  lepas bersalin nak berjimat tak nak beli pempers. Saya pun dah letak surat berhenti kerja akhir bulan ni last. Pasal perletakkan jawatan ni nanti saya cerita dilain hari. Hari ni nak tunjukkan cloth diaper sahaja.
 

Khamis, 14 Mac 2013

Shopping Online



Alhamdulillah kandungan dah masuk 5 bulan. Sekarang nafsu untuk bershopping semakin manjadi-jadi, Tapi kena berjimat cermat. Sekarang ni hanya ursha2 bandingkan harga yang mana satu lebih murah yang mana ada sales, nanti bila nak beli senang tak payah nak pening-pening. Hari ni nak share bersama tempat online yang biasa saya jejak. Dulu masa anis saya selalu beli kat di sini. Kat sini hanya jual baju2 sahaja. Dulu masa anis belum lahir internet kat rumah tak ada, Kat office kena block. Tapi sekarang tidak lagi dimana-mana semuanya ada internet, kalau masa free tu rajinlah lihat2 online yang jual barang baby. Lepas tu bandingkan harga kat kedai mana lagi murah, Kalau kat online beli je kat online, Kalau kat kedai lagi murah beli je kat kedai, kuasa pembeli ditangan anda.
Daripada hanya nak ursha2 je harga ada juga terbeli awal, nanti2 saya tunjukkan barang yang saya dah terbeli.
Blog ni pun saya dah order barang. Kat situ boleh buat bayaran insuran. Kalau nak beli breastpum yang beratus2 ringgit bolehlah buat bayar insuran kat blog dia.Saya beli juga breastpum tapi yang murah je.dengan set bersalin shaklee dan juga bengkung tu pun dah beratus ringgit. Tapi nasib bayar insuran tak terasa sangat 
Ok jom kita lihat shopping online yang menjual barang baby


SELAMAT MENJAMU MATA SEMUANYA


Rabu, 13 Mac 2013

Tilam Kekabu


Alhamdullilah jadi juga tilam baby ku ni dalam pembikinan hari sabtu hari tu buat siap semuanya tilam dengan bantal. Nanti saya akan kongsikan gambar bersama


Selasa, 12 Mac 2013

Buat kek

Salam hari selasa semuanya, Semalam hari isnin saya cuti saya minta cuti, Untuk melepaskan tension dalam kepala otak ni dengan kerja kat office yang bertimbun.Siap semalam hantar anis pergi sekolah , saya pun
apalagi mulakan lah projek membuat kek ni. Bahan-bahan nya pun mudah didapati.

Resepi ni saya ambil dari internet juga tapi ada olah sikit2 sebab barang kat dapur ada yang tak cukup
Bahan-bahan

1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula aising
2 biji telur 
1/2 cawan air panas 
1/2 cawan minyak masak
1 1/2 susu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan susu segar yang ni saya tak ada saya masukkan susu ducth lady coklat
garam sikit 
1/3 cawan koko 
saya ada koko sikit je jadi saya tambah milo

Cara masak
pukul telur dan gula hingga kembang, Pastikan gula hancur Masukkan tepung+ baking powder+ soda bikarbonat+garam.Kacau rata masukkan koko, milo minyak masak susu dan kacau lagi. Aduanan memang lembiknya puan-puan Boleh kukus atau pun bakar ikut cita rasa masing2.Saya letak aduanan dalam sarang kecil2 macam dibawah ni supaya cepat masak hanya 15 minit je dan senang anis nak makan terus masuk dalam mulut je.  Sapa rajin boleh buat topping nya saya tak rajin nak buat topping barang kat dapur tak cukup, Sedap juga macam ni.

Kalau nak buat macam ni kena rajin, Nak tuang satu, satu
 .

Ni sebahagian kek yang dah siap. Boleh dimakan Saya ada juga masukkan dala loyang keknya pun tak melekat pada loyang ok je bila diterbalikkan pada pinggang.
Selamat mencuba

Selasa, 5 Mac 2013

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2014/2015

Selamat pagi semuanya, Hari ni nak share, Pada anak-anak yang lahir pada tahun 2007 dan 2008, pendaftaran untuk masuk darjah 1 dah dibuka bermula 1/3/2013 sehingga 30/4/2013. Ni untuk anak-anak yang akan bersekolah di negeri Selangor sahaja.
Anis akan masuk tahun 2015 ibunya tengok sibuk untuk mengisi borang online untuk kemasukan darjah 1 anis. Kat office ada sorang lagi amoi cina yang anak dia akan masuk tahun 1 tahun 2015 masing2 tengah sibuk mengisi borang, Photostat sijil yang perlu.
Di sini saya sertakan Linknya sesiapa yang belum daftar silalah merajinkan diri untuk daftar untuk anak anda



Isnin, 4 Mac 2013

Buat Kuah Rojak

Cuti hari ahad semalam, pergi rumah mak belajar buat kuah rojak, Dah beli bahan2nya tinggal mak ajarkan je macam mana nak buat , Alhamdulillah dah tahu macam mana nak buat
Makan petang bersama rojak buatlah kita

Ni kuahnya kena kacau lama, 


Siap kuah rojak bersama buah-buahan nya

Meja Belajar


 Hari jumaat yang lepas pergi kedai perabot tengok meja belajar anis, Dah janji dengan anis nak belikan meja belajar, tapi belum ada masa nak cari, Khamis lepas hafday pergi  check-up kat klinik terus pergi cari meja yang dijanjikan tu, Tapi masa ni anis tak ikut, Pergi kedai perabot yang biasa kami pergi kat kuala selangor ada jual meja belajar corak ben10, spiderman. pricess dengan angrybird harga pun ok tak mahal sangat tak murah sangat sedang2 je. Tak tahu nak pilih yang mana satu, masa ni pun tak bawa duit hanya cuci2 mata je. cakap dengan amoi cina tu esok kami datang bawa anak sekali.
Nilah gambar meja yang siap dipasang


Ni lah meja yang ada di kedai tu, Tunggulah pilihan anis nak pilih yang mana satu

Jumaat, 1 Mac 2013

Keputusan Kencing Manis

Baru hari ni nak bercerita pasal keputusan kencing manis. 2 minggu lepas saya kena minum air gula disebabkan anak pertama ada kencing manis. Alhamdulillah ok tu pun nurse cakap sipi2 je . kandungan 28 minggu kena minum sekali lagi.So nurse suruh minum air gula pada minggu ke 16 kandungan. Boleh kesan awal kalau ada kencing manis. Seminggu sebelum minum air gula saya memang diet makan. Nak tahu saya diet apa jom saya listkan apa yang saya makan


Sarapan pagi - Minum susu ,saya makan oat yang tak de rasa tu dengan air holick jangan campur gula sebabnya dah manis. Lepas tu makanlah kuih pedas2 sikit jangan kuih manis 
Tengahari- Nasi separuh ikan banyak sayur pun banyak kalau boleh seminggu tu makan peria sahaja sebab orang cakap peria boleh mengstabilkan gula dalam darah.Minum air kosong banyak 
Pukul 3.00 - makan lah buah-buahan yang masam sikit contohnya limau , Kiwi, delima, air kosong banyak
pukul 5.00- boleh makan kuih tapi tetap juga yang pedas
pukul 8.00- makan nasi , nasi tu biar sikit lauk dengan sayur banyak
malam kalau lapar- makan buah atau pun boleh bancuh milo @ air manis, @ susu

Susu saya minum yang law fatt punya , sebelum ni saya minum anmum, Tapi saya search kat internet ramai yang suruh minum yang law fatt bila ada kencing manis, Jadi saya minum HL Marigold, yogurt pun boleh, Air bliss betul keejaannya yang tutup dia warna biru jenama nestle. 
Saya juga amalkan minum peria katak dengan epal hijau di kisar dan letaklah gula sikit selama 3 hari berturut2. Nanti kalau kena minum air gula lagi sekali kena minum lagilah air peria katak dengan epal hijau ni.
Lihat lah keputusannya sebelum minum 4.6 dan selepas minum air gula 7.4 sipi2 je. Nak kena.



Pillow Nusing


Selamat pagi semuanya hari ni nak tunjukkan pillow nursing yang dah siap dijahit oleh saya minggu lepas. 
Paternnya saya download dari  sini. Mula2 malas nak buat pillow ni, Kebetulan hari sabtu lepas kemas bilik terjumpa pula perca kain dengan fiber lebih2, terajin pula jahit pillow ni kain ni pun kain saya sambung2 nasib baik cukup. Lepas ni nak cari kain untuk buat sarungnya pula tak cantik pula kalau tak ada sarung nampak cantuman kain. Tapi kalau nak sedap lagi boleh guna kekabu, Yang ada kat rumah fiber je. Lepas ni nak buat bantal baby pula tunggunya