Sabtu, 27 April 2013

Pokok Cili

 
Alhamdulillah sejak menjadi suri rumah tangga sepenuh masa ni banyaklah masa terluang, Salah satunya boleh siram pokok- pokok tiap-tiap pagi sekarang ni pokok cili ni pun dah tumbuh sihat gemuk, dari sebelum ni kurus je dah berbualan tak pernah keluar hasilnya. Tapi tidak lagi sekarang ni cili dah berbuah dah 2,3 kali petik ni baru 1 pokok yang dah berbuah ada lagi pokok yang baru nak membesar baru di semai. Tiap- tiap pagi kena siram dengan air beras atau pun dengan air ikan insyallah sihat pokok tu tak payah taruh baja pun tak apa . Ni petua dari mak mentua 
 
 
 


Hospital Mana Nak Bersalin

Sebelum ni scan di klinik kesihatan doktor cakap kandungan masih songsang. Nanti baby akan berpusing kena tunggu kandungan 8 bulan kalau masih songsang kena reper pada hospital minta- minta baby duduk pada laluan yang betul. Sekarang ni masih berfikir nak bersalin di mana kalau nak bersalin di hospital swasta saya pula dah berhenti kerja banyak nak guna duit.Kalau boleh nak merasa juga bersalin dihospital swasta dulu, bersalin dihospital kerajaan ok je walaupun orang cakap hospital klang tak best , nurse garanglah tapi semuanya ikut nasib dan kena tahan telinga. Nak bersalin di hopital sungai buloh jauh lah pula tapi suami boleh tengok isteri bersalin, Orang kata pesakit kat hospital sungai buloh ramai sangat semuanya yang sakit pergi situ dari kuala selangor,tanjung karang. Walaupun sama je dengan hospital klang jarak jauhnya . Nak bersalin di hospital tanjung karang suami boleh tengok ke isteri bersalin, hospital ni lah yang paling dekat, Nak pergi hospital umra shah alam buatnya sakit waktu pagi atau petang semasa orang lain sibuk nak pergi kerja maunya terberanak dalam kereta laluan tu memang sibuk pada waktu pagi dan petang.
 Tengah pening nak bersalin di mana, Sekarang ni hanya berdoa berserah sahaja.Semoga semuanya selamat dan di permudahkan

Jumaat, 26 April 2013

Hospital Umra


Ada pergi hospital umra ingatkan nak buat 3d 4d tapi rasa masa tu terlampau awal, Buat scan nak tahu jantina baby boleh tanya sekali macam mana nak bersalin di sana. Disitu tak payah nak booking  Prosedurnya 3 kali buat appointment dah boleh bersalin di situ. Keadaan dalam hospital pun selesa luas. Sekarang masih berkira- kira nak bersalin dimana. Di sini saya sertakan harga terkini package bersalin di hospital umra maafnya gambar kurang cantik. Kalau nak lagi terang klik pada gambar
 
 
 



Check-up Klinik Kesihatan

Alhamdulillah semalam pergi check-up kandungan semuanya ok berat badan tak naik banyak hb ok 12.1 walaupun kandungan dah 26 minggu kalau nak di bandingkan dengan kandungan pertama dulu darah kurang je.Jumpa doktor buat scan doktor tanya jantina baby dah tahu ke, saya pun jawablah doktor boleh nampak ke. Doktor jawab nanti saya lihat kalau tak nampak maknanya perempuan kalau ada nampak maknanya lelaki. Sekali tu doktor jumpa ha tu dia dah jumpa ,Sebelum ni ada pergi hospital umra kat shah alam untuk scan 3d 4d tapi masa tu dah lewat saya buat scan 2d je. dan tanya jantina baby doktor cakap jantina yang sama juga, Tapi tak berapa pasti doktor suruh datang balik.  Semalam doktor kk cakap jantina yang sama. Lepas ni boleh lah beli baju baby ikut jantina.Minggu lepas pergi expo pureen pun beli baju warna yang selamat, Sebabynya masa tu tak berapa confident. Alhamdulillah lelaki perempuan tak kisah janji sihat. 9.5.13 repeat minum air gula untuk kandungan 7 bulan itu yang tak selamat lagi.

LELAKI OR PEREMPUAN TUNGGU

Isnin, 22 April 2013

Bershopping Di Expo Purren

 
Kandungan dah masuk 6 bulan lebih baru nak beli barang  barang baby.Filling tu tak macam anak pertama dulu awal-awal dah beli baju,Time ni pula tak de nak membeli sangat tak tahulah kenapa. Sempena expo pureen semalam kami pergilah juga sebelum tu dah servey2 harga dulu buat list apa yang nak beli , ni lah hasil rembatan semalam. pergi hari ahad pilihan baju yang cantik2 dah tak banyak.Yang tak ada dalam gambar botol susu anis , dengan sabun badan anis pureen. Jom saya listkan barang apa yang saya beli dengan harganya sekali
 
 

Pampers pureen 66pcs- rm24
maternity pad -rm9.00
Botol susu -rm5.00
puting  rm5.00
sarung tangan @ kaki -rm5.00
pureen  sampoo- rm10
storage bottol 3 pcs-rm15
towel-rm12
blanket - rm15
nursing bra-rm lupa
baju sepasang rm8-rm12
baju sahaja rm3.00
kelambu rm15
total semuanya rm199

bulan depan kita pakat2 pergi expo mid valley pula nya. kali ni nak cari breastpump pula mana tau ada harga lagi murah dari online

Khamis, 18 April 2013

Tikar Getah

 
Sekarang ni rasa bermusim pula pakai tikar getah ni,Ramai orang jual kat pasar , kat kedai carpet pun banyak orang jual tikar getah ni.Selalunya jumpa yang corak katun hari ni saya nak jual corak plain import dari sabah sesuai untuk ruang tamu atau dalam bilik.Tikar ni pun tak meresap air, Kalau air tumpah ia akan bertakung kat atas tikar dan kita tinggal lap kan je. Saya jual tikar ni rm35 sahaja.cod area kuala selangor dan klang
 

 
 ni contoh lebar dan panjang tikar
 




Isnin, 15 April 2013

BerMulalah

Salam semua. Hari ni isnin 16.4.2013 bermulalah perjalanan kehidupan ku sebagai surirumah sepenuh masa. Melayan anak pergi dan balik sekolah menyediakan makan minum suami bila dia pulang balik kerja. Mengemas rumah, membuat kerja rumah yang tak pernah habis. Perasaan ku tak dapat aku nak ungkapkan 50% peratus rasa suka lepas tekanan kerja yang ku tanggung selama ini, 50% peratus lagi. Memikirkan kewangan boleh atau tidak tayang control tahap perbelanjaan untuk kami sekeluarga. Selama kami hidup bersama aku yang membantu dia. Tapi aku percaya rezeki ada di mana-mana.

Sabtu, 13 April 2013

Kuah Rojak Lagi

 
Selamat petang hari ni nak tunjukkan lagi kuah rojak yang baru siap dimasak. Tempahan dari kawan-kawan. kalau ada yang ingin cuba dan rasa boleh email saya 
 

Khamis, 11 April 2013

Baju Baby


Selamat Pagi, Hari ni jom cuci mata dengan 2 helai baju baby ni saya beli kat pasar malam. 1 helai rm8.00 2 helai rm15.00 ok lah beli 2 helai dulu tu pun naik juling biji mata nak nak pilih sebabnya banyak sangat pilihan warna pink. Nak pilih warna pink takut bukan baby girl pilihlah warna selamat warna hijau dengan biru rasanya biru baby girl or boy pun boleh pakai juga.


Kain Cadar


Semalam nak gi kamdar tapi tayang malaslah pula. So pergilah kedai biasa je. Sekali tengok banyak juga pilihan harga pun tak jauh beza sangat dengan kamdar setakat 4,5 puluh sen je. Banyak corak kartun yang cantik-cantik macam nak terkeluar biji mata ni memilih. Saya nak lah beli kain cadar untuk anis dengan adiknya. Disebabkan gender adiknya belum pasti so kami beli warna selamat. Kalau ada sesiapa nak suruh saya belikan pon boleh jom kita lihat harga 
ni rm13.90 semeter


Ni rm3.20 semeter

rm3.20 semeter

rm3.20semeter cantik juga

rm13.90 semeter

ni pun rm13.90 semeter

ni lah rm13.90 semeter

Sesiapa yang nak kirim dengan saya bolehlah pm saya anis.norizaidah@gmail.com

Isnin, 8 April 2013

Kuah Rojak

Sebelum ni pernah buat kuah rojak, promot kat kawan-kawan office ramai yang kata sedap nak order. Semalam baru ada masa nak buat kan untuk budak-budak office. Mula2 dapat 1 balang tutup merah ada pula makcik datang umah nak beli kuah rojak tu. Malam nya kenalah buatkan balik untuk kawan kawan office dalam lah dalam 4,5 bekas . Sesiapa yang nak order boleh lah email saya
anis.norizaidah@gmail.com harga untuk 400g- rm4.00 1 kg-rm8.00 pos laju rm7.00 




Jumaat, 5 April 2013

Expo Baby Sales

Memandangkan ko pun dah mengandung ida jom lah kita shopping barang baby yang terdekat dengan rumah ko nya area Shah Alam. Next month dekat mid velly pula .


Mom&Baby Expo
Dates:12th to14th April 2013
Time :11am to 9pm
Venue: Stadium Malawati Shah Alam
Website : here

Bahaya Air Botol Dalam Kereta

Hari ni nak share info yang saya jumpa di fb 
Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah merbahaya!!!! Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama. Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia.

Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.

Jadi sila berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan share perkara ini untuk pengetahuan rakan-rakan anda. Maklumat seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

Seperti yg kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada 4 dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnye tidak elok diminum kerana kebarangkalian blh bertukar kepada racun.




Khamis, 4 April 2013

Craft


Selamat Petang hari ni saja nak upload gambar craft felt yang pernah saya hasilkan. Sapa yang tak tahu saya ada menjalankan bisnes kecil-kecilan craft felt. Dulu aktif banyak tempahan tapi sejak mengandung ni saya kurangkan sikit. Mana dengan kerja lagi nak buat craft lagi. Balik rumah lepas makan memang jawabnya tidur jelah. Sekarang keadaan badan dah ok. Tinggal berapa hari je lagi nak menghabiskan sisa2 kerja di office ni baru lah boleh ambil tempahan sikit2. Jom lihat craft apa yang saya hasilkan klik sini untuk pergi ke fb saya idakraf


Kasut dari kain felt ni semua habis di jual. Kalau nak tempah saya boleh buatkan saiz 0-6m.



Ni sebahagian dari keychain yang pernah saya buat untuk budak sekolah



Sapa nak order amat di alu-alukan

Isnin, 1 April 2013

The Store

Kesian saya ibu bapa saya pergi shopping saya terpaksa duduk kat atas kapet the store ni. Lepas ni ibu saya nak pergi hospital umra nak scan  saya dapat baby lelaki or perempuan