Isnin, 23 Februari 2015

tudung borong



Assalamualaikum rasanya dah lama sy x online, Sekarang baru nak online balik. Hari ni nak promoted sikit sy ada jual tudung borong . siapa nak dptkan harga borong Boleh was up sy. Sy juga ada Sewa booth kat giant setia alam. Was up 017_2812432
Ni bawal satin 
20pcs-Rm150
Beli sikit pun boleh





Rabu, 29 Januari 2014

Bantal felt

 
 
 Musim orang kahwin. Bantal pun untuk pengantin saiz 8x10 inci

Selasa, 28 Januari 2014

Felt Murah

Ok saya boleh tolong belikan kain felt kalau ada sesiapa yang duduk jauh dari kl. Saya tak simpan stok kain. Semeter rm8 poly felt nipis tak nipis sangat tebal pun tak tebal sangat saya biasa buat bantal brooch. ketebalan  0.01mm bidang 36in  sesiapa yang nak order minimum 5 meter boleh kongsi2 dengan rakan-rakan.Kalau warna yang tiada dlm pic boleh order juga nanti sy tlg carikan. Kalau ada yang nak beli peralatan kraft boleh bagitau saya juga nanti sy checkkan harga.  Saya hanya boleh belikan pada hari ahad sahaja
 
 
 
 
 felt semeter rm8 

bantal lagi

 Hari ni siap lagi 2 biji bantal saiz 8 x 10 inci tu pun jenuh nak menyiapkan . sms saya untuk tempahan atau pertanyaan 017-281 2432
 



Sabtu, 25 Januari 2014

Bantal Felt

 
Salam semua dah lama tak buka blog untuk mencoretkan kisah kehidupan kami.Ada anak kecil ni kerja memang banyak nak di buat. Sekarang ni pula saya dah start balik menjahit barang craft dari kain felt. Ada juga menjual  keperluan craft seperti kain felt, Pin, Butang , Nanti kalau upload kain felt. Di sini Saya letak cam bar bantal comel dari kain felt. Dan juga kain cotton
 

 
 
 
sapa2 nak order boleh pm saya 017-281 2432

Rabu, 2 Oktober 2013

Kopiah


Tak lama lagi kita akan menyambut Raya Aidiladha, Masa tu juga kami akan mengadakan kenduri cukur jambul dan doa selamat  2 orang baby dengan sepupu tahqif , Lihat  baby lain kalau pakai kopiah masa raya comel je, Saya pun carilah kat fb siapa yang boleh mengait kopiah baby. Dah jumpa orangnya terus tempah kat dia. Kopiah ni simple je tak nak tulis nama corak saya yang minta dia buat macam ni. Nanti 2, 3 hari baru sampai tak sabar rasanya nak lihat tahqif pakai mesti comel



Selasa, 1 Oktober 2013

Baby Kuning (Jaudies)

Baby akan terkena demam kuning selepas balik dari hospital 2 atau 3 hari. Kuningnya akan meningkat dari masa kesemasa kalau tak di beri susu badan. Baby kuning juga akan sentiasa tidur dan kurang minum susu, Semasa anis baby, Saya kena duduk dalam wad selama 3 hari 2malam macam package pelancongan pula. Itu amatlah menyeksakan saya. Kali kedua ni saya memang dah set dalam otak ni jangan masuk wad di sebabkan kuning. Dan antara benda yang saya lakukan supaya baby saya tak terkena kuning, Semasa kandungan 8,9 bulan saya minum susu kambing hi-goat tapi tak selalulah seminggu ada 2,3 kali sahaja,susu tu tak sedap saya rasalah. Semasa baby dah lahir, bagi sekerap yang mungkin susu badan. Saya kat hospital tak tidur, sebabnya nak bagi susu banyak-banyak kat baby.Bila balik rumah dah pesan awal-awal kat mak jangan masak guna kunyit, halia, lada hitam itu semua boleh menyebabkan kuning. Dan juga saya bagi baby mandi air rendaman agar-agar tali, Ini petua yang baru saya dapat semasa di wad bersalin ada kakak kat situ bagitau, Saya dah beli herba madian kuning di kedai cina tapi kakak tu cakap itu warna kuning kalau boleh di elakkan. Tidur malam jangan tutup lampu, biar rumah terang hanya sementara waktu sahaja. Kena inform kk awal. dan hasilnya muhammad tahqif ada kuningnya tapi sedikit ambil darah pun hanya 1 kali sahaja.