Rabu, 29 Februari 2012

Dah Lama tak Berblog


Rasanya dah lama tak berblog, Blog ni pun dah bersawang rasanya. Sekarang saya sibuk sikit, Lebih tertumpu pada fb craf saya. Hari ni tak tahulah kenapa saya nak update pasal kraf pula. Ni hasil kerja tangan saya hp case pertama kali buat. Saya harap orang tu sukalah dengan hasil kerjatangan saya ni.

Jumaat, 24 Februari 2012

Catatan Mingguan

Hari ahad lepas pergi Alam sentral Shah Alam ingatkan nak snap pic henfon galaxy tab rupanya sempat snap pic packing je supaya ingat tempat, buttery habis pula .
Minggu ni nak pergi lagi kesitu  nak terus beli habis melayang duit ku. Tak pelah nak menggantikan game anis yang dah jual sebelum ni

Selasa, 21 Februari 2012

Game PsP

Sebelum cuti raya cina dulu kitaorang ada pergi beli game psp macam ni kat lowyat kl. Colour merah  rm600 jugalah melayang tapi waktu tu masing2 dapat bonus tak terasa sangat duit habis keluar.Mula2 nak lihat2 je macam nak beli ipad tapi macam dah tak sabar beli jelah game ni bagi kat anis main.
Selang 2,3 minggu anis dah tak nak main. Kami laki bini nekad nak jual balik kat kawan2. Sekarang ni anis dah mula tanya mana game dia yang hari tu beli, Kesian lah pula.
Tak pelah nanti kita cari ipad, Kebetulan sekarang ni henpon tayang rosak, Nampak gayanya kena beli henfon galaxylah game tu yang sentuh guna jari je.

Rabu, 15 Februari 2012

Pagi2 dah naik basikal

Bangun tidur terus cari basikal mentang2lah dah pandai kayuh basikal tu. Sebelum ni kayuh separuh-separuh. Start malam semalam anis tunjuk dia kayuh basikal. Ibu tengok ni anis dah pandai. Habislah perabot ruang tamu diubah masuk kedalam bilik maklumlah berbasikal didalam rumah.


mood pagi2 cari basikal. maaflah gambar gelap

Jumaat, 3 Februari 2012

Bercuti Semasa Tahun Baru Cina


Baru hari ni nak story masa cuti tahun baru cina  hari tu. Kami duduk kampung perak seminggu.  Dua2 cuti seminggu lebih, Kat kampung ada nak buat kenduri kecil-kecilan. Selama kami kat kampung berkesempatanlah nak gi Cameron Highlands. Tu pun setelah dipujuk rayu oleh isteri tercinta barulah si suami bersetuju nak pergi. Memang mencabarlah nak naik kesana. Sebelum ni pernah naik bas je, tak tahu macam mana keadaan jalan. Tapi kali ni naik kereta sendiri tengok jalannya, sangat mencabar tak tahulah orang lain.

Kami singgah lata iskandar dulu, Sangat berbeza semasa kami pergi 5,6 tahun lepas. Dulu orang dewasa boleh mandi, Sekarang hanya budak2 je yg mandi. Tapi suasananya sangat cantik. Ingatkan balik nak singgah air terjun kuala woh tapi tak sempat.

Sampai2 nak terus mandi. Nasib baik ada bawa baru basahan.



Ni dah sampai Cameron singgah dulu ladang teh. Cantik permandangannya , Turun kebawah tu nak naik balik kemain penatnya.

Anis dah kepenatan nak minta dukung, macamlah ibumu ni larat sangat nak dukung

Ladang Strawberry

Ladang Kektes

Taman rama-rama, Beli baju kat comeran


Taman bunga

 Penutup bicara kami bertiga