Rabu, 2 Oktober 2013

Kopiah


Tak lama lagi kita akan menyambut Raya Aidiladha, Masa tu juga kami akan mengadakan kenduri cukur jambul dan doa selamat  2 orang baby dengan sepupu tahqif , Lihat  baby lain kalau pakai kopiah masa raya comel je, Saya pun carilah kat fb siapa yang boleh mengait kopiah baby. Dah jumpa orangnya terus tempah kat dia. Kopiah ni simple je tak nak tulis nama corak saya yang minta dia buat macam ni. Nanti 2, 3 hari baru sampai tak sabar rasanya nak lihat tahqif pakai mesti comel



Selasa, 1 Oktober 2013

Baby Kuning (Jaudies)

Baby akan terkena demam kuning selepas balik dari hospital 2 atau 3 hari. Kuningnya akan meningkat dari masa kesemasa kalau tak di beri susu badan. Baby kuning juga akan sentiasa tidur dan kurang minum susu, Semasa anis baby, Saya kena duduk dalam wad selama 3 hari 2malam macam package pelancongan pula. Itu amatlah menyeksakan saya. Kali kedua ni saya memang dah set dalam otak ni jangan masuk wad di sebabkan kuning. Dan antara benda yang saya lakukan supaya baby saya tak terkena kuning, Semasa kandungan 8,9 bulan saya minum susu kambing hi-goat tapi tak selalulah seminggu ada 2,3 kali sahaja,susu tu tak sedap saya rasalah. Semasa baby dah lahir, bagi sekerap yang mungkin susu badan. Saya kat hospital tak tidur, sebabnya nak bagi susu banyak-banyak kat baby.Bila balik rumah dah pesan awal-awal kat mak jangan masak guna kunyit, halia, lada hitam itu semua boleh menyebabkan kuning. Dan juga saya bagi baby mandi air rendaman agar-agar tali, Ini petua yang baru saya dapat semasa di wad bersalin ada kakak kat situ bagitau, Saya dah beli herba madian kuning di kedai cina tapi kakak tu cakap itu warna kuning kalau boleh di elakkan. Tidur malam jangan tutup lampu, biar rumah terang hanya sementara waktu sahaja. Kena inform kk awal. dan hasilnya muhammad tahqif ada kuningnya tapi sedikit ambil darah pun hanya 1 kali sahaja.