Pusinglah satu taman dengan basikal baru
Ahad, 10 April 2011
Aktiviti petang
Sejak ada Basikal ni aktiviti petang dihabiskan dengan main basikal jelah keje anis ni.
Khamis, 7 April 2011
Permainan Untuk Anak
Tak perlu melarang anak yang sedang bermain karena berbagai permainan dapat meningkatkan kemampuan anak menyelesaikan masalah. Inilah permainan tersebut
- Puzzle. Permainan puzzle, adalah cara untuk menyelesaikan masalah secara cuba-salah, merupakan salah satu permainan yang terbukti dapat membantu anak meningkatkan kemampuan tersebut.
- Membantu meningkatkan kreativitas anak dalam memecahkan masalah melalui berbagai cara yang bebas dilakukan dalam permainan tersebut.
- Blok atau lego. Tidak terlalu susah seperti puzzle , bermain blok atau lego meningkatkan kreativitas anak memecahkan masalah ketika ia berupaya membangun sesuatu menggunakan mainan tersebut.
- Games. Berbagai games seperti bermain kartu, domino atau monopoli merupakan permainan yang mengajarkan anak strategi memecahkan masalah ketika bermain untuk memenangkan permainan.
- Tentu ada permainan-permainan lain yang dapat membantu anak meningkatkan kemampuannya memecahkan masalah. Orang tua diharapkan kreatif mengolah permainan yang menarik bagi anak, dan membebaskan anak untuk bereksperimen.
Rabu, 6 April 2011
Tukar susu
4/4/11 hari tu bawa anis pergi timbang kat klinik, Kali ni tak naik pulak naik sikit je dah masuk pada garisan kuning dalam buku, Nurse suruh ambik ubat cacing. Balik tu singgah sekejap tesco beli barang sikit susu n barang rumah. Beli sekali scott emulsion (kunyah) nak bagi anis selera makan sedap juga ubat tu. Balik rumah google kat internet susu apa yang boleh menggemokkan anak ramai yg cakap dutch lady madu belilah yang pek 350g. Sebelum ni minum dumex dugro badan tak naik2 pun. Selepas ni kalau minum dutch lady madu ni naik lah sikit badan tu.
Isnin, 4 April 2011
Potong Rambut
Wajah terbaru anis, Dah tak berapa nak comel.Setelah rambut depannya dipotong Jangan tanyalah siapa yang potong.
gambar ni sebelum anis potong rambut depan
Sarapan Di Perhentian Rawang
Time ni kat Rawang singgah sekejap untuk sarapan pagi. Hari ahad, baru nak balik kampung perak. Balik pun sekejap je, petang dah nak bertolak balik. Inilah menu sarapan pagi kami mee rebus n nasi ayam shalala..
Jumaat, 1 April 2011
Rezeki Anis
Rezeki anis dapat basikal umur baru 3 tahun lebih, dah ada 3 basikal. Dulu masa ibu n ayah nak main basikal pun berebut dengan adik beradik lain. Sekarang Anis tak payah berebut mainlah sepuas-puasnya. Basikal purple ni yang terbaru tadi ayah beli dekat klang utama .
Dua lagi ni buat pekasam, Buat semakkan rumah, dahlah rumah kecik.
Langgan:
Catatan (Atom)
