Tak habis2 dengan masalah, lepas satu, satu yang timbul, Rosak yang dulu pun belum diganti ni timbul pula masalah baru, Malam tadi tiba2 astro tak de siaran tulis kat tv simcard inactive call astro blah...blah...
Terus call astro ingatkan diorang tutup akaun, Call astro pula tu 1 hal kalau tak habis duit dalam henpon tu tak sah, Topuplah sepuluh ringgit sekali pun tetap juga habis. Dah call astro diorang suruh off astro tutup suis keluarkan simcard still juga sama, tiba2 terputus pula line henpon,
Terpaksalah call astro balik diorang suruh tekan instralllah suruh tengok sateliklah last2 diorang cakap astro akan hantar satelik yang baru tunggu 1 jam tak juga boleh dapat, lama2 hari pun makin lewat malam lebih baik call hari ni je, Siapa yang ada masalah macam ni boleh share tak.
Saya cukup tak suka call astro, servisnya kurang memuaskan kalaulah ada channel swasta lain dah lama saya tutup astro ni,
Jumaat, 27 Mei 2011
Khamis, 26 Mei 2011
Siput Sedut
Sapa tak pernah nampak siput sedut yang masih hidup sila angkat tangan, Siput ni beli malam tadi kat pasar,
1 plastik rm7.00 murah ke mahal ye.Ni belum di bersihkan masih berlumpur lagi .
Nak masak lemak cili api sedapnya yum...yum,
Kalau makan siput ni tak boleh nak sopan2 nanti tak keluar isinya. Kalau makan di kedai jarang ambil siput ni sebab malu nanti orang dengar kita sedut. Ada juga orang tak tak makan siput ni, ikut selera masing2 tapi sedap tau siput ni kalau di buat masak lemak cili api. Lapar pula rasanya
Tak sabor nak tunggu balik kerja nak kerjakan siput.
Isnin, 23 Mei 2011
Kenduri Kahwin
Sabtu lepas pergi kenduri kahwin sepupu belah lelaki, perempuannya orang ijok . Masa ni tayang tak ikut,
Majlis kenduri kahwin ni, dilangsungkan di sebuah dewan ijok cantik, kemas dan selesa.
Tema perkahwinan ni kelabu,
Wah pengantin naik kereta ni.
Ni masa berarak
Muka pengantin baru
piece
Selamat Pengantin baru
Tuan Blog
Dress Lagi
Hari sabtu siap sudah dress anis mengunakan benang getah (elastic thread) , Tapi tak puas hati dengan jahitan sendiri, sebabnya jahitan tak lurus, Macam mana nak dapatkan jahitan yang lurus. Tak pe ni baru percubaan yang pertama. Seperti biasa kain lebihan baju kurung anis untuk hari raya. Tapi model si kecil ni pula tak nak tangkap gambar.
Yang ni bahagian belakang
Yang ni pula bahagian depan nasib baik sesuai. Jahit tali ni main hentam je tak ukur pun.
Nilah dia dress anis yang terbaru.
Sekarang ni macam dah gian nak buat baju anak, Rasa seronok kalau baju yang kita jahit siap dan ada orang yang pakai. Lepas ni nak buat dress lagi lah.
Rabu, 18 Mei 2011
Dress Dah siap
Semperna cuti wesak day ibu berusaha menyiapkan dress anis ni, Bila anis pakai suka sangat nampak cute. Berjaya juga akhirnya dengan keadaan tanganku yang keras untuk memegang jarum. Tapi ibu tak berapa nak berpuas hati sangat dengan corak kain ni , macam kain buruk, Tak pelah ni baru percubaan, Nanti ibu belikan kain yang cantik sikit ye. Sekarang ni macam dah ketagih nak jahit dress ni lagi. Tapi kain tak adalah pula, Ni tak sabar nak pergi kedai kain, Dah pakai baju baru susahlah pula nak snap gambar anis. Layan jelah gambar di bawah ni.
Ahad, 15 Mei 2011
Kain Cotton
Baru balik dari klang saje jalan-jalan, Nak cari kain cotton 2,3 pasang tapi untuk 2 meter punya. Baru ambil 2 meter untuk anis ibu dah rasa geram, So ambillah sepasang lagi untuk 4 meter boleh pakai untuk hari raya nanti.Ingatkan nak beli lagi untuk tambah koleksi boleh buat dress anis , Tengok muka tayang dah cuak. Nanti dia tanyalah beli ni untuk siapa nak buat baju apa macam macamlah, Rasa nak beli je semua kain yang ada di kedai tu. Hari ni cukuplah beli untuk 2 pasang ni je. Lain kali beli lagi.
Dress Baru
Percubaan menjahit dress untuk anis, sangat mencabar jiwa dan kesabaranku maklumlah ni baru pertama kali nak jahit dress untuk anis, Kain ni lebihan baju kurung opah anis. Rembat jelah. dah seminggu pending. Waktu malam jahit sikit lepas tu nak tidurlah penatlah. Semalam baru nampak rupa dress sekarang ni jahit list pula tak taulah bila boleh siap.
Walaupun tak berapa nak cute, tapi dalam hati bercakap pandai juga aku buat baju ni.
Walaupun tak berapa nak cute, tapi dalam hati bercakap pandai juga aku buat baju ni.
Langgan:
Catatan (Atom)