Rabu, 19 September 2012

Balik kampung Selama Perak

     Semperna cuti 1 malaysia 3 hari kami semua balik kampung perak. Mak mentua ajak balik kampung dia, di selama perak. Pergi pagi balik malam. Tak tidur pun kat kat sana. Sejak Saya kahwin  belum pernah lagi balik kampung tayang. Bertolak pun agak lambat kul11.00 pagi. Ayah mentua gi kenduri kahwin dulu.  

Ni masa nak bertolak anis sempat tangkap gambar dulu

jumpa empangan air perak jauh masuk dalam, rehat dulu kat situ


anis baru bangun tidur buat perangai tak nak turun

Akhirnya bila dipujuk berjaya keluar melihat pemandangan di luar sakit segala pinggang ni


dah sampai jumpa saudara mara . pergi 3, biji rumah tapi 1 rumah je sempat tangkap gambar.


nota: sangat penat ok. Nasib baik hari isnin tu cuti.

Selasa, 18 September 2012

Ikan Pekasam



     Selamat pagi semua. Hari ni nak bercerita ikan pekasam sungai mak mentua saya buat sendiri. Ayah mentua saya hari2 pergi menjala kat belakang rumah ada sungai. Orang tua tak de buat apa2  pagi2 menjala lah mengisi masa lapang. Orang tua duduk 2 orang hari2 makan ikan sungai jemu juga. Jadinya mak mentua saya buatlah ikan pekasam mula2 bagi anak2 merasa sekarang dah tolak kat kedai 1 tuperware putih rm5.00. Memang sedap goreng ikan pekasam letak bawang dgn cili, kalau ada sapa2 nak order bolehlah email saya anis.norizaidah@gmail.com .cod jeram kuala selangor, atau kapar klang 

Rabu, 5 September 2012

Daftar Tadika Kemas

Pagi ni sempat singgah  tadika kemas berdekatan dengan rumah opah anis. Nak buat pendaftaran anis untuk tahun depan, Sudah besar anak daraku seorang ni. Malam tadi cakap dengan anis nak sekolah tak dia cakap  tak nak nak tidur je kat rumah . Pagi tadi tanya lagi nak gi sekolah tak, anis cakap nanti dululah. So tadi terjah jelah ke tadika fikir balik bila lagi nak pergi kalau bukan sekarang, ni pun dah bulan sept. Masuk je kenalkan diri,  duduk mana, isi borang Boleh ambil dari sini juga sama sahaja http://www.kemas.gov.my/home .  Siap cikgu tu cakap nak masukkan ke sekarang untuk percubaan nanti tahun depan tak takut sangat. Minggu depan nak masukkan anis ni untuk percubaan tapi kena minta cuti dulu dalam 2 hari. Tengok macam suka tapi tak tahulah dari kecil anis mana biasa tinggal dengan orang lain hanya dengan opahnya sahaja. Yuran dalam rm1++ murah je. Nak hantar ke taska pasti tapi jauh dari rumah. Susah pula opah dengan atuknya nak jemput. Kalau tadika kemas dekat dengan rumah jalan kaki sahaja. Kalau atuknya rajin boleh dia jemput naik kereta hehehe.

Selamat hari merdeka. Walaupun terlambat nak ucap hari merdeka, tetapi tetap ada semangat merdeka. 
Masa cuti merdeka kami pergi jalan2 sambil beraya ke rumah aleeysa sepupu anis kat kajang 
Kat situ dekat dengan air terjun terlupa nama air terjun tu. Lama jugalah duduk kat rumah dia ,Bawalah aleesya sepupu anis gi jalan2  .pakailah baju kurung dah namanya raya haruslah pakai baju kurung tak de cadang pun nak ke air terjun tu. Last2 singgah jap kat situ, mulalah aksi pujuk memujuk budak2 supaya tak mandi  mana ada bawa baju lebih. Hanya tengok sahaja.  . 


  Ni masa nak pergi jalan2
 
Sambil2 tu tangkaplah gambar


Masa nak balik  ada pula orang tunggang kuda. Budak2 ni mula2 takut nak bergambar di paksa baru nak bergambar  


 Sampai rumah aleesya saja2 main tangkap gambar budak berdua


Isnin, 3 September 2012

Cerita Masa Raya

Tahun Ni raya Trolak perak dulu. Pagi raya bersiap molek2 makan tunggu lelakinya balik sembahyang. salam bersalaman  terus pergi rumah terbuka dekat dengan rumah mak anjuran blok rumah mak. Makanan dibawa sorang sedikit. Sampai sana makan2  bersalam2 yang mana dah lama tak jumpa, lepas tu ada pula orang yang bagi duit raya  kat budak2 bukan seorang je. Tapi ada 3 orang yang murah hati bagi duit raya dekat budak2. Sukalah tu Dapat duit raya ,
Anis dengan sepupunya kakak amni

saya nak salam dengan pakcik tu nanti dapat duit raya

selamat hari raya maaf zahir batin

Ada pula sesi tangkap gambar family, family rani tak terkecualilah , Ni pun separuh je ada ado

Setia Mall-Permainan

first time pergi setia mall bukan jauh sangat dari rumah tapi malas nak pergi  tak de apa nak di beli kat sana. Pergi waktu malam tak tahu pula kat sebelah tu ada taman untuk lepak pusing2 kat dalam tu ternampak pula ada air pancut kat luar sekali tengok ada tempat mainan untuk kanak2 bermain. tengah2 tu 
tanah lapang boleh kanak2 berlari berkejar-kejaran. Ada juga tasik buatan manusia tapi tak tahu ada ikan ke tidak sebab waktu tu gelap


 Sukalah tu dapat main 


Lain kali boleh datang lagi

Rabu, 29 Ogos 2012

Pergi Klinik Gigi

Hari ni kita bercerita pasal pergi klinik giginya. Kalau bercerita sahaja pasal cabut gigi, tampal mesti semua orang akan takut termasuklah saya. bergegar kepala lutut nak gi sana tambah lagi kalau baring kat kerusi tu, 
tak boleh nak diluahkan macam mana perasaan ketika tu. Masa seminggu nak raya gigi tayang sakit makan   daging sampai mengigil2 tengah malam, beli ubat boleh tahanlah  5,6jam lepas tu sakit balik. Ajak dia pergi klinik gigi sambil tu boleh tampal sekali gigi saya yang berlubang ni , mula2 kecil bila dah lama2 bertambah besar tak sakit pun. 
Balik kerja kul 5.30 petang terus pergi klinik nasib baik tak de orang mungkin bulan puasa, Saya tak puasa masa tu. Daftar sekejap terus doktor suruh masuk dan baring. Tayang pun siap masuk dalam bilik rawatan dia minta kebenarang pada doktor nak duduk kat dalam bilik tu. Ingatkan nak nangis bila doktor buat , Tapi tayang ada malulah sakit pun tahan .Masa tu malas nak fikir apa2 nak cepat2 siap. 
Doktor check ada 2 lubang, doktor suruh cuci sekali . tengok bajet tak cukup pula rugi pula rasanya tak bawa  duit banyak2 maklumlah masa tu nak raya .Biar sakit sekali je . charge 1 lubang rm45  tak boleh mintak kurang 2 lubang dah rm90 ubat tayang lagi. Kopaklah juga rm12+
Masa doktor buat tu tak pandang mata dia pun, saya tutup mata. Lubang bawah besar dari lubang atas, Atas tu kurang sikit kena mesin, Tapi terasa jugalah sampai ke kepala denyutannya, Lubang bawah tu lubang besar jadi doktor kena bersihkan betul2, sebab ada sisa makanan melekat jadi doktor korek. Nasib baik tak lama lebih kurang 10 minit 2 kali kumur2. Doktor check gigi tayang tak boleh nak cabut sebab giginya masih sakit apabila di ketuk. Lepas ni  ada chancelah nak gi cuci gigi . Sapa ada pengalaman cuci gigi sakit tak?
Nilah suasana dalam klinik gigi masa ni tak de orang pun