Isnin, 4 Mac 2013
Meja Belajar
Hari jumaat yang lepas pergi kedai perabot tengok meja belajar anis, Dah janji dengan anis nak belikan meja belajar, tapi belum ada masa nak cari, Khamis lepas hafday pergi check-up kat klinik terus pergi cari meja yang dijanjikan tu, Tapi masa ni anis tak ikut, Pergi kedai perabot yang biasa kami pergi kat kuala selangor ada jual meja belajar corak ben10, spiderman. pricess dengan angrybird harga pun ok tak mahal sangat tak murah sangat sedang2 je. Tak tahu nak pilih yang mana satu, masa ni pun tak bawa duit hanya cuci2 mata je. cakap dengan amoi cina tu esok kami datang bawa anak sekali.
Nilah gambar meja yang siap dipasang
Ni lah meja yang ada di kedai tu, Tunggulah pilihan anis nak pilih yang mana satu
Jumaat, 1 Mac 2013
Keputusan Kencing Manis
Baru hari ni nak bercerita pasal keputusan kencing manis. 2 minggu lepas saya kena minum air gula disebabkan anak pertama ada kencing manis. Alhamdulillah ok tu pun nurse cakap sipi2 je . kandungan 28 minggu kena minum sekali lagi.So nurse suruh minum air gula pada minggu ke 16 kandungan. Boleh kesan awal kalau ada kencing manis. Seminggu sebelum minum air gula saya memang diet makan. Nak tahu saya diet apa jom saya listkan apa yang saya makan
Sarapan pagi - Minum susu ,saya makan oat yang tak de rasa tu dengan air holick jangan campur gula sebabnya dah manis. Lepas tu makanlah kuih pedas2 sikit jangan kuih manis
Tengahari- Nasi separuh ikan banyak sayur pun banyak kalau boleh seminggu tu makan peria sahaja sebab orang cakap peria boleh mengstabilkan gula dalam darah.Minum air kosong banyak
Pukul 3.00 - makan lah buah-buahan yang masam sikit contohnya limau , Kiwi, delima, air kosong banyak
pukul 5.00- boleh makan kuih tapi tetap juga yang pedas
pukul 8.00- makan nasi , nasi tu biar sikit lauk dengan sayur banyak
malam kalau lapar- makan buah atau pun boleh bancuh milo @ air manis, @ susu
Susu saya minum yang law fatt punya , sebelum ni saya minum anmum, Tapi saya search kat internet ramai yang suruh minum yang law fatt bila ada kencing manis, Jadi saya minum HL Marigold, yogurt pun boleh, Air bliss betul keejaannya yang tutup dia warna biru jenama nestle.
Saya juga amalkan minum peria katak dengan epal hijau di kisar dan letaklah gula sikit selama 3 hari berturut2. Nanti kalau kena minum air gula lagi sekali kena minum lagilah air peria katak dengan epal hijau ni.
Lihat lah keputusannya sebelum minum 4.6 dan selepas minum air gula 7.4 sipi2 je. Nak kena.
Pillow Nusing
Selamat pagi semuanya hari ni nak tunjukkan pillow nursing yang dah siap dijahit oleh saya minggu lepas.
Paternnya saya download dari sini. Mula2 malas nak buat pillow ni, Kebetulan hari sabtu lepas kemas bilik terjumpa pula perca kain dengan fiber lebih2, terajin pula jahit pillow ni kain ni pun kain saya sambung2 nasib baik cukup. Lepas ni nak cari kain untuk buat sarungnya pula tak cantik pula kalau tak ada sarung nampak cantuman kain. Tapi kalau nak sedap lagi boleh guna kekabu, Yang ada kat rumah fiber je. Lepas ni nak buat bantal baby pula tunggunya
Rabu, 27 Februari 2013
Percutian Raya Cina
Hari selasa dah balik rumah walaupun masa tu kami tetap cuti seminggu. Hari rabu bosan kat rumah ajak tayang pergi -city mandi tapi memandangkan cuaca tak begitu baik kami pergi pusat sains negara.Ni lah gambar kami kat sana tapi tak letak semua gambar yang kami tangkap.Tiket masuk dewasa hanya rm8.00 kanak-kanak macam anais 5 tahun free tak tahulah orang lain. Kalau nak lihat pergi lah.Sesuai untuk budak2. Ni hanya gambar jelah yang menceritakan keadaan di pusat sains.
Nanti lain kali saya akan masukkan lagi gambar semasa kami mandi di icity shah alam
Selasa, 26 Februari 2013
Mesyuarat Sekolah Tadika
Assalamualaikum selamat pagi semuanya, Dah lama blog ini tak dikemas kini. Rasa dah Bersawang semuanya.
Hari ni nak bercerita pasal kehadiran saya suami isteri ke mesyuarat tadika tempat anis belajar. Waktu malam pula kali ni cikgu adakan sebabnya kalau buat siang sabtu atau ahad ramai yang ada komitmen lain. Kali ni ubah waktu malam. Minit metting tentang pembentangan belanjawan sekolah , pelantikan jawatan baru, aktiviti sepanjang tahun dan macam2 lagilah . Siap pukul 11.00 malam jugalah
Akhir sekali sesi tangkap gambar beramai2 ramai
Belum bercerita lagi kami cuti seminggu masa raya cina yang lepas pergi berjalan2 habiskan duit yang ada
Hari ni nak bercerita pasal kehadiran saya suami isteri ke mesyuarat tadika tempat anis belajar. Waktu malam pula kali ni cikgu adakan sebabnya kalau buat siang sabtu atau ahad ramai yang ada komitmen lain. Kali ni ubah waktu malam. Minit metting tentang pembentangan belanjawan sekolah , pelantikan jawatan baru, aktiviti sepanjang tahun dan macam2 lagilah . Siap pukul 11.00 malam jugalah
Akhir sekali sesi tangkap gambar beramai2 ramai
Belum bercerita lagi kami cuti seminggu masa raya cina yang lepas pergi berjalan2 habiskan duit yang ada
Jumaat, 8 Februari 2013
Taman Burung
Selamat pagi semuanya pagi ahad lepas, Selepas siap anis sukan kami bertolak pergi taman burung kl, Tak pernah pergi pun baru nak merasa pergi kat sana. Masuk rm25 kanak2 bawah 12tahun rm12 kena tunjuk ic,
Banyak Species burung yang ada kat situ. Tapi dalam gambar ni saya upload sikit jelah. Best juga ada pertunjukkan, Masuk dalam tu kena bawa bekal sendiri letih oh berjalan. Besar tempatnya.
Kat sini ada ikan . Makanan juga boleh beli kat situ rm1 sebungkus
Ni salah satu pic burung cantik2 burung kat situ ada burung yang tak pernah saya lihat sebelum ni, Semuanya ada kat sin.
Tengok jinak tak burung ni, Anis bagi burung makan kuaci, Cantik.
Ni jelah gambar yang sempat saya letak kat sini, Kalau nak lihat lebih banyak lagi kena pergi sendiri
Rabu, 6 Februari 2013
Hari Gotong Royong@ Sukan
Selamat Pagi rajinnya pagi2 ahad bangun pagi2 bergotong royong bersama jiran tetangga. Lepas tu ada pula sukan untuk kanak2. Motif utama nak masukkan anis join sukan tu hadiah tupperware air, Tu yang membuatkan ku termimpi2. Tibalah waktunya datang pagi2, budak2 memulakan acara sukan semua pertandingan makan, Makan kek, makan ais krim, makan roti canai, Anis kena makan kek 2 biji kecil je kek tu. Tiba saat nak beratur anis dah start keluar air mata takut ibunya hilang, Last2 kesian kat dia cakap tak payahlah masuk tengok jelah.
Ni budak2 dah besar mungkin umur 9-12 tahun
Ni time anis tapi dia dah nangis nak buat macam mana,
Siap sukan sarapan kat situ sekali makcik2 kakak2 dah mulakan bergotong-royong sapu2 sampah kat taman tu. Yang saya pula malas, Ambil keputusan balik cakap kat diorang gotong-royong depan rumah sahaja.
Balik rumah ayah tanya dengan anis sukan apa tadi menang ke tidak. Boleh anis jawapan jangan tanya diam.Tak pelah ayah cakap lepas ni kita pergi taman burung
Langgan:
Catatan (Atom)



















