Jumaat, 24 Disember 2010

Hadiah

ibu dah beli hadiah untuk sambutan hari christmas esok
tada
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

  FERRERO ROCHER

Cari hadiah

 Esok kat office ada sambutan hari christmas nak bagi hadiah apa ye. Malam nie baru nak ajak tayang pergi tesco cari hadiah.

Khamis, 23 Disember 2010

6 kali 6 kali

you all pernah dengar lagu kanak-kanak
bulat kecil, bulat kecil, bulatlah besar
sayang mama, sayang papa sayang semua
enam kali, enam kali 36
setahu ibu lagu ni x komplet, kalau you all tahu lagu ni boleh lah share kat ibu. sebab anis suka surah ibu nyanyi sambil lukis , nilah lukisan tu
bulat kecil tu mata dia bulat besar muka dia, sayang mama & papa telinga dia enam kali tangan dia tengah-tengah letaklah 36


Surat dari Yayasan Warisan Anak Selangor

Alhamdullilah baru dapat surat tabung pendidikan anak-anak selangor, Lama jugak  tunggu, tu pun nak kena pergi bank ambil sijil simpanan tetap untuk si anis. ingatkan dah steel. Tunggulah minggu depan mintak cuti baru pergi.

Faedah Perlaksanaan Tawas
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. Tawas juga ada membuat aktiviti2 setiap hujung minggu.Kalau nak info lebih lanjut klik disini http://www.tawas.org.my/

ini kad si manja tawas




 




Rabu, 22 Disember 2010

Imagenasi or Reality

Tengoklah gambar di bawah , Bila anis teringat kat dia mesti anis cium peluk dia. anis panggil dia baby je. Umpama macam adik anis jugak,anis ni belum ada rezeki untuk dapat adik ,kalau patung tu haus pandailah  dia buatkan susu, tidurkan baby , baby nak jalan pun kena pakai selipar tau.Dah tak sabar nak dapat adik ke? 
 Ada petikan berkata:
Pakar psikologi Alison Gopnik dari University of California, Berkeley
mengatakana bahawa kanak-kanak sudah boleh berimaginasi seawal usia sembilan bulan.Kanak-kanak dan imaginasi adalah suatu yang saling berkait rapat.Imaginasi kanak-kanak kadang-kadang melangkaui jangkaan orang dewasa.
gambar tak berapa clear.

tengoklah betapa sayangnya anis pada baby tu

 time nak bagi susu

time untuk makan ubat 

 dalam cawan tu ada air habis basah patung tu


 

Selasa, 21 Disember 2010

Tahun baru azam baru

Tak berapa lama lagi kita akan sambut tahun baru . Kepada sesiapa yang sudah bertekad dan jelas dengan apa yang dimahukannya, bolehlah menggunakan Tahun Baru  sebagai langkah permulaan untuk mengejar cita-cita. Kepada yang azamnya masih kelabu-kelabu asap, jangan bimbang , tingkatkan usaha.   Jadi sempat lagi untuk anda fikir masak-masak apa yang anda mahukan. :)


Ada orang suka menyalahgunakan nama “Azam” dan kemudian mengatakan sia-sia sahaja membuat azam, tak pernahnya jadi.

         Motivasi Kejayaan 1:
         Azam ibu mesti nak lagi berjaya dan kaya.dan juga nak lihat
         sicomel ibu berjaya dalam pelajaran.  
 Motivasi Kejayaan 2:
        Menjadi anak yang berjasa kepada orang tua. Nak ada bisnes sendiri
        dan bermacam-macam lagilah
       

       Bila anda berazam, anda at least buat sedikit tindakan ke arah untuk mencapai azam tersebut. Kalau berangan, hehe… sendiri mau ingatlah. :)

Dan ibu tahu ramai orang di luar sana yang takut dan tak yakin dengan konsep azam ini.  Sebenarnya, jika anda termasuk dalam golongan ini anda bukan tak yakin dengan konsep azam tapi anda tidak yakin dengan kemampuan anda sendiri untuk mencapainya.
Tips saya jika anda ada masalah kurang keyakinan diri ini:

1) Senaraikan kejayaan anda dan bersyukur mengenainya.
Ramai orang apabila diminta menyenaraikan kejayaan mereka, mereka akan listkan “Graduasi, Kahwin,blablabla…)
Itu bukan apa yang saya maksudkan! Itu bukan kejayaan, melainkan anda betul2 rasa itu kejayaan bagi anda.
Kejayaan ini tidak semestinya apa yang orang lain rasa kejayaan. Kejayaan boleh jadi berjaya apabila boleh mengira abc   itu dah kira kejayaan

Bersyukur dan appreciate walaupun kejayaan yang kecil.

Ingatlah kejayaan yang kita anggap kecil itu sebenarnya pada orang lain adalah kejayaan yang besar, bahkan bagi kita sendiri beberapa tahun yang lepas pun adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Jadi bila kita sudah mencapainya, bersyukurlah dan raikanlah.

2) Bila anda dah ada list kejayaan anda, barulah anda akan terasa “sedikit” hebat, positif dan sedikit termotivasi.

Jalan-jalan The Curve

Ahad yang lepas seperti biasalah  kami jalan2. Kali ni pergi The curve dan agak lewat kami bertolak.Alhamdulillah jalan x jem, ibu yang beria sangat nak pergi ikea.Masuk je shopping mall the curve  ramai orang bergambar dekat pokok christmas, ibu apalagi dapatlah tangkap gambar anis 2-3 keping. dah puas berjalan the curve  pergi pulak ikea, ramainye manusia dalam ikea yang nak membeli belah. Tak beli apa2pun sekarang ada sale 70%.  Pening kepala masuk ikea, so gambar yang nak di kongsi bersama tak berapa banyak , layan je lah gambar yang ada ni


dalam perjalanan

dalam kereta

sambutan hari christmas

  The Curve

taman the curve

ikea

sofa ikea

waktu untuk bermain

dah tidur