Isnin, 28 Februari 2011

Buai Plastik Pun Jadilah



Nasib baik anis tak minta suruh belikan buai plastik, kalau tak kopak duit ibu n ayah. Semalam jalan-jalan giant shah alam. Depan pintu masuk giant ada permainan berenti sekejap temankan anis main. Kalau dah main bukannya senang nak ajak masuk giant tu nak beli barang. Ajak ke tempat jual permainan dalam giant nampak pula buai plastic ni dah satu hal nak tunggu dia main.


Nampak pula ada budak menggayakan basikal. Ingatkan ada yang kecil semuanya untuk budak besar

Tunggu anis besar sikitlah nanti ibu belikan basikal

Sabtu, 26 Februari 2011

Minuman Berkarbonat Mudaratkan Si Kecil

Minuman berkarbonat ataupun soft drink memang cukup digemari kanak2. Rasanya manis dan ditambah perisa buah-buahan membuatkan ramai yang mengemarinya
Menurut laporan jurnal Gurney Dentistry, terdapat beberapa keburukannya, Kandungan gula yang tinggi antara faktor penyumbang kepada pereputan gigi kerana terdapat kandungan asid yang akan mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi dan ia akan mereputkan gigi dengan begitu cepat.

Jadi tidak hairanlah jika masalah kerosakan gigi dikalangan kanak-kanak Malaysia begitu ketara sejak kebelakangan ni. Berdasarkan Kajian Epidermologi Kesihatan Pergigian Kebangsaaan (NOSHH) pada tahun 2007 terdapat 74.5 peratus kanak-kanak berusia enam tahun mengalami masalah gigi. Secara purata setiap kanak-kanak dikatakan mempunyai enam gigi berlubang.

Karies gigi merebak dengan cepat selagi kanak-kanak kerap mengambil makanan yang mengandungi gula yang tinggi dan tidak menjaga kebersihan gigi. Selain itu, ia juga berpunca daripada sikap ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap pengambilan makanan tinggi gula termasuk minuman berkarbonat.
Selain kerosakan dan pereputan gigi, pengambilan minuman berkarbonat yang berlebihan juga akan menyumbang kepada masalah kesihatan terutamanya berlebihan berat badan atau obesiti yang akan akhirnya menjurus kepada gejala penyakit diabetes (kencing manis) dikalangan kanak-kanak

Khamis, 24 Februari 2011

'SAYA NAK BUSHA INI UNTUK ANAK SAYA'

Jom Klik
Tarikh Tutup penyertaan 6 march 2011 jam 12:10 pm


Memang  nak sangat busha ni dah ada 2 tapi hilang pula 1, tikus bawa lari kot

Kanak-Kanak Dan Lukisan

Mungkin kita seringkali melihat anak kecil menconteng  pada dinding rumah .Nah inilah alasan kenapa anak kecil suka menconteng, Meskipun tempat ini tidak menyenangkan dan membuat rumah kelihatan kotor, sebaiknya orangtua tidak patut memarahi si kecil.
Namun beritahu pada anak di mana seharusnya ia boleh melukis atau menconteng. Sediakan pula tempat seperti buku gambar, kertas kosong dan crayon ukuran besar sehingga mudah digenggam oleh anak.
Kebiasaan menconteng ini merupakan salah satu cara untuk melatih perkembangan otak halusnya, perkembangan ini  akan digambar untuk membantu anak menulis dan melukis.

Kegiatan ini juga menjadi sarana bagi si kecil untuk mengungkapkan atau mengekspresikan dirinya, meskipun gambar yang dihasilkan tidak faham oleh ibu-bapa

Lukisan yang dihasilkan oleh si kecil berbeza-beza bergantung pada usianya, yaitu:

Lukisan pacak terjadi pada usia 12-30 bulan (2,5 tahun)
Pada usia ini anak masih belajar untuk memegang pensil warna dan membuat tanda atau garis di atas kertas. Anak-anak cenderung mengalami kenikmatan kinestetik, yaitu kesenangan atau kenikmatan untuk bergerak dan membuat tanda. Lukisan yang dihasilkan masih pacak dan tidak teratur serta cenderung menghasilkan garis panjang sepanjang kertas.

Lukisan terkontrol terjadi pada usia 2,5-3 tahun
Pada usia ini anak mula menggunakan gerakan pergelangan tangan, mengontrol Lukisan dan membuat gambar yang lebih kecil. Namun lukisan yang dihasilkan belum sepenuhnya orang lain boleh mengerti.

Lukisan yang dihasilkan mula berbentuk, terjadi pada usia 3-4,5 tahun
Anak-anak mula memegang krayon dengan menggunakan jari serta sudah mampu membuat berbagai garis dan bentuk serta gambarnya sudah mula difahami. Selain itu anak-anak juga cenderung ‘mengisahkan’ atau ada cerita di sebalik gambar yang dibuatnya.

pada usia 4,5-7 tahun
Anak mulai menggambar simbol-simbol seperti garis yang meliuk-liuk, lingkaran,  angka-angka dan sesuatu yang mula menyerupai objek sebenarnya. Tapi anak-anak masih belajar untuk mengungkapkan sesuatu pada orang lain melalui lukisan.

Orangtua sebaiknya tidak melarang kegiatan anaknya ini, kerana banyaknya larangan yang diterima oleh si kecil akan menghambat kreativitas anak untuk berani mengekspresikan dirinya. Selain itu larangan yang diberikan atau memarahinya tidak akan memberitahu anak apa yang salah dan bagaimana yang benar.

Kerana itu orangtua harus menyediakan sarana bagi anak untuk melukis, serta memberitahu dan memberi pengertian pada anak dimana saja anak boleh melukis dan tempat mana saja yang tidak boleh.

Memang tidak mudah dan tidak cukup sekali saja memberitahunya, untuk itu orangtua harus sabar dan mengulanginya terus, serta jangan lupa untuk memberi anak pujian jika ia berhasil melukis  di tempat yang betul.

Selasa, 22 Februari 2011

Welcome Friends Giveaway!!!

Jom sertai contect Welcome Friends Giveaway!!!

tarikh tutup 28 feb 2011
Hadiah yang hendak di beri datangnya dari sabah ba

Nak Free Bag From Mama Liza??

Jom sertai contect ni
Tarikh tutup : 15 Mac 2011
jumlah jelly 15pcs

~~~~My comel Tido COntest~~


Tarikh tutup 13 Mac, 2011@ 11.59pm.


Saya pertaruhkan anak dara saya
Nama Ibu:Nor Izaidah 
Nama Kanak-Kanak :Nur anis nabihah
 Umur: 2 tahun 3 bulan