Isnin, 27 Jun 2011

Majlis Bertandang

Semalam balik kampung ikut rombongan pergi majlis bertandang  ucu kat sungai tenggi. Hari ni pula pergi klinik timbang anis, Penatnya . Hari ni juga nak siapkan kecyhain yang belum siap. Ni je gambar yang ada.

Sabtu, 25 Jun 2011

Order Lagi

Keychain ditempah oleh budak2 sekolah, Kemain lagi depan nama lain belakang nama lain.




ada lagi yang belum siap, Buat kraftangan ni betul2 menguji kesabaran ku.

Khamis, 23 Jun 2011

Cuti Cuti Hari Minggu

Entry dah lapuk pun saja nak share, boleh buat kenang-kenangan, Mesti you all pernah pergi ke zoo KL kan., Minggu lepas baru pergi ke zoo kl bawa anis saja jalan jalan. Budak2 sukalah pergi kesitu boleh tengok binatang kalau bagi orang tua ni dah tak seronok. Ni pun bukan kali pertama kami masuk ke zoo kl dah 2.3 kali tapi kali ni anis lebih terujalah sikit sebab dah kenal binatang maklumlah dah besar anak dara ibu sorang ni. Ni nak tepek beberapa keping gambar untuk tontonan dan juga untuk kenang-kenangan


Lepas balik dari zoo ,ronda-ronda pula kuala lumpur singgah sebentar suria KLCC, Masa ni anis tengah mamai baru bangun tidur. Nasib baik bawa stroller baby ni  tak delah dia meragam sangat dari zoo sampai ke suria klcc tak nak turun nak duduk dalam tu je, Maklumlah kami jarang bawa stroller budaknya dah besar.


Sekarang ni bz sikit, tengah siapkan tempahan keychain, Nak update blog pun malas, Nak update dekat office line tak clear boss ada je bilalah boss nak keluar ni. oklah apalah yang dok merapu ni belum tentu ada orang nak baca.

Ahad, 19 Jun 2011

Lagi Keychain


Cuti 2 hari siap 3 keychain yang ada nama. Kawan ani yang minta buatkan. Tak taulah kawan2 dia tu suka tidak harap2 sukalah dengan keychain yang simple ni. Nak buat lain2 design takut budak2 tu tak puas hati, jadinya buatlah design yang seakan sama.

Ni dari depan

Ni pula dari belakang

Oklah dah penatlah nak tidur awal hari ni, 1 hari berjalan ke zoo negara n ronda2 kl dah letih segala tubuh badan ni. ok selamat malam

Jumaat, 17 Jun 2011

Ambil Tempahan Keychain

Lepas ni boleh ambil tempahanlah ye, dah pandai buat kraf dari kain felt, hahaha tak sangka ada juga orang nak beli 2 keychain ni, Sebelum ni ada bagi keychain kat ani adik saya. Dia bawa pergi sekolah ada pula kawan dia yang terpikat dan suruh buatkan 2 keychain corak apa2 je. Dan nak minta suruh buat lagi yang ada nama bentuk love pula. Letak nama ni yang susah sikit. Tapi tak pe cuba jelah.


Nilah keychain yang dah siap, jahitan pun tak berapa cantik.

Khamis, 16 Jun 2011

Coklat Doorgift

Semperna wedding adik ipar saya @ tayang  telah menghadiahkan coklat homemade ni tak banyak 100 kotak je. Coklat ni order dari kawan 1 office. Bawa balik kampung budak2 ramai apalagi lepas satu , satu lah nak makan. Ada dua corak


Satu lagi corak bunga ros sedap tau rasanya sesiapa yang nak order bolehlah ambil no tel dari saya, Kawan saya tu baru nak mulakan bisnes kecil2lan.

Selasa, 14 Jun 2011

Wedding Ucu @ Raffe

Minggu Lepas ada kenduri adik ipar kahwin malas nak citer panjang2 layan yelah gambar kahwin ni.

Baru selesai akad nikah

Waktu bersanding

Adik beradik @ anak buah ni baru sebahagian sahaja

Keluarga besar kedua2 belah pihak