Khamis, 5 Mei 2011
Perkembangan Anis
Dah lama tak tulis perkembangan anis, Sekarang anis dah bertambah bijak(macamlah sebelum ni dia tak bijak). Anis dah boleh tolong lipat kain walaupun tak betul, Pandai main masak-masak, pantang ibunya masak mesti anis nak kuali nak beras nak garam letak air sikit kacau dalam kuali siapa yang nak makan angkat tangan. Gambar anis tak sempat nak snap. Pengalaman tu membuatkan ibu terasa bahagi, susah nak gambarkan perasaan ni, melihat anaknya membesar sihat dan kadang2 tu ada juga nakalnya pantang ibu pegang gunting nak juga dia tak tahu gunting tu bahaya. Nilah pengalaman yang berharga buat seorang ibu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan