Dah lama rasanta tak update blog ni. Keadaan badan yang tak mengizinkan, sekejap ok sekejap tidak.Mabuk loya ni belum nak hilang lagi. Alhamdulillah dah 2 bulan. Pergi kerja dengn keadaan yang terpaksa sahaja. Kalau boleh Nak rehat kat rumah. Lepas makan nak muntah, bertahan juga jangan bagi muntah tapi tetap nak muntah balik.Balik rumah mandi lepas magrib memang baring jelah kerjanya tak boleh nak buat kerja lain.Selalunya tayng dah bungkus nasi untuk dia dengan anis makan, tak pun dia masak sendiri. Saya memang tak lalu makan waku malam.
Habis segala petua saya cuba tetap juga nak muntah salah satunya:
Makan biskut tawar: Lepas makan mesti nak muntah balik rasa macam ada makanan kat kerongkong je
Minum air suam: Dah tak boleh nak minum rasa pahit je
Makan asam: Kalau rasa nak muntah memang saya akan makan asam. Tapi muntah juga macam mana.Asam tu belum hadam lagi dalam perut dan nak muntah balik.lepas muntah badan memang tak larat, Rasa macam nak tidur, nak baring kalau kat rumah bolehlah buat semua tu tapi kat tempat kerja kena bertahan sapu minyak cap kapak banyak.
Sabtu, 29 Disember 2012
Khamis, 6 Disember 2012
Kencing manis Semasa hamil
Anak pertama saya kena kencing manis pertama kali minum air gula masa 5 bulan kehamilan lepas, Tak de kencing manis. Kali kedua minum air gula masa kandungan 7 bulan kena pula kencing manis.Amat leceh kerjanya setiap 2 minggu nak kena datang klinik untuk check darah 4 kali sehari. Nasib baik waktu tu bos amat spoting boleh bagi keluar sekejap/ Ambil darah bukan lama mana pun, tapi kena ikut masa yang klinik tetapkan . Masa awal kehamilan memang tak de pantang langsung makan. Setiap pagi makan nasi lemak lepas tu bancuh air nesface, kat office semua ada. Makan buah amat jarang. Makan ikut nafsu je. Itulah padahnya dapat kencing manis. Sekarang tidak lagi, pemakanan ku amat ku jaga. Minum air manis 1 kali sekali banyakkan minum air kosong, banyakkan makan buah @ sayuran. Pergi office bawa bekal nasi ikan sayur banyak . Jangan terlampau banyak makan nasi. Kalau boleh 1 kali sehari. Sekarang malam ku tak makan nasi hanya makan buah dan roti sahaja, Jangan lupa minum susu. Semoga kali ini ku tak dapat penyakit kencing manis. Memikirkan nak pergi klinik 4 kali dalam 1 hari amat leceh. Boleh ke ku jaga pemakanan sampai 9 bulan. Ni aku sertakan carta makanan sihat untuk rujukan bersama
kena ikut jadual pemakanan ni kalau nak sihat
Selasa, 4 Disember 2012
Anmum Materna Pilihan Ku
Hari ni kita servey susu pula, Ibu-ibu di luar sana minum susu apa untuk perkembangan baby dalam kandungan. Saya minum susu anmum materna dari anak pertama lagi minum susu anmum materna walaupun ku tak suka minum susu tapi ku gagah juga. Susu anmum materna saya campurkan dengan milo baru lah boleh minum
sikit. Ingat lagi masa lepas bersalinkan anis nurse kat hospital ada tanya
besarnya baby ni
mesti mengandung minum susu anmum. Tak
tahulah di sebabkan susu atau pun keturunan saya ni kecil aja.
si tayang pun tinggi tapi kurus. Masa
anis baby rangka besar so kat hospital saya tak takut sangatlah nak dukung.
Dengar juga petua orang cakap kalau nak
dapatkan anak minum susu materna dulu. Saya pun ada buat macam tu awal
bulan 11. Saya mintak oficemate yang baru
lepas bersalin. Kebetulan dia bagi saya pun minum tak sangka rezeki kami
Tapi sekarang dah bermacam-macam susu
yang ada di pasaran pilih je. Tapi tak tahulah sama ada sedap atau tidak.
pilihan hati ku
keluaran baru belum pernah rasa
ni pun belum pernah rasa
Isnin, 3 Disember 2012
Gatal Perut Ketika Hamil
Hari ni nak bercerita pasal stretch mark yang dialami oleh sesetengah ibu mengandung. Bila perut semakin membesar gelaja gatal mulalah terjadi, Kadang2 tu merenyam- renyam. Kalau boleh nak garu dengan sikat rambut baru terasa puas. Kandungan saya dah masuk 5 minggu saya dah mula sapu Johnson Baby Oil. Sejak anak pertama lagi dah guna baby oil maklumlah 4 tahun lepas belum ada internet di rumah so maklumat tentang stretch mark ni kurang , apa yang ada dirumah pakai je .
Tapi sekarang bermacam macam jenis losyen yang ada di pasaran jom kita lihat
Bio Oil biasa tengoh dalam tv je. Tapi tak pernah guna
Ni pun belum pernah guna
Dari dulu hingga sekarang saya guna Johnson Baby Oil sangat berpuas hati
Sabtu, 1 Disember 2012
Rezeki Kali Ke2
Salam semua. Sekarang kita dah masuk bulan Dec rasa sekejap je masa berlalu. Tapi hari ni nak kongsi berita gembira. Rezeki yang sangat berharga buat kami suami isteri. Saya telah mengandung dan anis akan menjadi seorang kakak. Syukur kepadamu .
Jumaat, 30 November 2012
Baju The poplook
Selamat pagi semua, Sekarang ni kat fb ramai orang bercerita tentang poplook, Saya pun termasuklah sekali golongan2 yang taksub dengan baju poplook ni. Tanpa melengahkan masa saya pun orderlah baju ni dengan harga rm69. Baju2 dari poplook ni sekejap je habis macampisang goreng. Semalam baru dapat. Badan ok. Tapi panjang kena potong. Nanti kalau dah potong saya tayang kat sininya .
Khamis, 29 November 2012
Cari Almari untuk Anis
Malam tadi cari almari untuk anis. Tahun depan nak sekolah haruslah ada almari sendiri yang boleh baju untuk digantung. Sebelum ni hanya letak dalam laci sahaja. dah pernah cari kat tesco harga dalam rm70 tapi 1 warna sahaja. Tak berkenan pula. malam tadi ajak ayah pergi kedai biasa apek, ada almari corak macam di bawa ni. Anis mestilah berkenan color pink tu. Belilah lagi pun dah dapat gaji. Tanya perobot lain terbeli pula katil. Lebatlah keluar duit untuk bulan ni.
Hot Spring @ Family
Selamat pagi. ni masa 2 minggu lepas baru balik dari taiping. Jauhnya taiping dari klang. pergi rumah pengantin. sampai duduk sekejap terus balik. Masa dalam perjalanan balik singgah hot spring kat sungkai. Tempat ni memang saya dah biasa pergi. Bawa mak abah mereka tak pernah sampai ke sini.
Ni tempat jalan kaki. Kepanasan boleh pilih sendiri nak panas @ sejuk.
Ni pula untuk merebus telur tahap kepanasan 100c. telur boleh bawa sendiri dari rumah atau beli kat situ.
Kalau berani celuplah tangan kat dalam tu. Mahunya melecur tahap maksima
Kami 1 family semua pakai baju kurung. maklumlah baru balik dari kenduri kahwin. Tak plan pun nak datang sini.
Hanya budak berdua ni je yang mandi sakan, Kami lihat je.
Ni waktu nak balik. lalu di laluan jambatan kat sini memang asap penuh. sebabnya kat sini puncanya air panas. Memang bau macam telur je bila lalu kat situ.
Nanti kita datang laginya tayang. Sebabnya rumah mak awak dekat je.
Isnin, 26 November 2012
Makan Bersama Family
Selamat Pagi. Malam minggu lepas adik belanja family makan di medan ikan bakar jeram. Dekat je dengan rumah 15 minit dah boleh sampai. Booking dulu 2 hari takut malam minggu ramai orang. Sekali pergi memang ramai gilalah. Order pun yang simple je takut tak habis tukan pembaziran namanya. Kami order kerapu 3 rasa . udang batter.tomyam, suo campur ni untuk budak2 dan lala masak sambal. Sedap dan murah.
Ni dah siap makan. Opah kena pegang cucu, ibunya nak makan
Ai lah melantak ikan kerapu sampai licin
Khamis, 22 November 2012
Irma hasmie @ suami ,Noorkhairiah @ family
pagi ni kita jamu
mata dengan kebahagian irma Hasmie bersama dengan suami tercinta , sangat
sweet, manis dan ayu
Suka tengok irma sejak dia pakai tudung
dan sekarang telah berkahwin. Ditambah pula dengan seri ibu mengandung.
Terjumpa pula gambar norkhiriah bersama keluarganya dalam blog beutifulnara. Terbayanglah kalau ada anak lelaki nak pakaikan dengan jubah putih macam anak norkhairiah pakai. Sangat jauh imiginasi ku. Sangat suka dengan norkhairiah ni low profile.
Rabu, 21 November 2012
Rumah Terbakar
selamat pagi semua,
malam tadi di kejutkan dengan berita kebakaran di rumah jiran sebelah rumah
mak.
Baru nak terlelap, Dalam pukul 11.00 mlm
adik call. Dia cakap rumah terbakar.suruh datang cepat.
Bersiaplah kami laki bini . Naik motor
kalau naik kereta mesti sesak kat sana.
sampai je kat rumah mak, api dah
dipadamkan tinggal sikit2 je yang tinggal
Naik baik tak merebak ke rumah mak.
Sebabnya Bilik bertemu bilik. Rumah perumahan kan semuanya
dekat2. Mangsa kebakaran hilang tempat
tinggal. Terpaksa bermalam di rumah jiran sebelah.
Punca kebakarang anak main api. Mak tak
perasan anak main api dalam bilik. Bila api dah besar
Bau hangus baru tersedar rumah dah
terbakar. Terjerit -2 lah mak dengan jiran sebelah memanggil orang
minta tolong. Mujur Semuanya cepat orang
pun ramai yang menolong.
Masa kami datang api dah di padamkan tak
dapat nak tangkap masa ada api.
2 keping gambar je yang ada
Isnin, 12 November 2012
Diana Danielle dengan Farid Kamil
Tengah berjalan2 dari fb ke fb terjumpa pula fb Carlos Nizam Photography ada gambar Diana Danielle dengan Farid Kamil. Cantiknya mereka pasangan yang sepadan suka mak nya. Jom kita layang gambar mereka
Khamis, 8 November 2012
4 tahun kelahiran mu
Salam semua, Lambat nak upload gambar hari jadi anis. Mulanya malas nak sambut hari selasa hari tu. Tapi ayahnya nak juga belikan. Ingatkan nak sambut hari ahad ramai sikit orang sepupu balik rumah opah. Sambut hari jadi anis hari selasa buat kecil2 jelah beli kek makan md . Sambut dengan 2 orang adik dengan atuk , opah
Selasa, 6 November 2012
Petua Hilangkan Bau Hancing
Sesiapa
yang mempunyai anak kecil yang tak tidak lagi pakai pampers akan mengalami
nasib yang sama seperti saya. Anak terbabas dan terkencing di atas tilam ibu
bapa yang sangat tebal.
Biasanya saya akan bawa
anis kencing dulu sebelum tidur. Dan
pada musim sekarang cuaca sangat sejuk membuatkan anis malas nak bangun malam
kerna sedap dibuai mimpi yang
indah sambil berselimut. Dan akhirnya
banjir membasahi kami laki bini. Dan ada ketikannya hanya tempat anis sahaja
yang basah di tengah2.
Apa yang saya lakukan, Sebaik
sedar anis kencing tukarkan seluar dan baju. Alihkan anis ke tempat yang
bersih. Ambil air panas lap guna kain, ketempat yang dia kencing
lap agak2 bersih dan biar seketika baru lapikkan dengan pelapik
plastic untuk baby punya waktu kecil2 dulu sebelah warna pink sebelah lagi
warna biru letak pelapik tu untuk kita baring balik untuk
tidur semula. Kalau lap
dengan air panas waktu pagi tak payah letak pelapik. Insyaallah tak de bau
hancing .
Isnin, 5 November 2012
Taman Burung Kuala Lumpur
Selamat pagi lama rasanya tak update kat sini. Hari ni nak tunjukkan gambar anis pergi ke Taman Burung Kuala Lumpur. Sampai dah petang cuaca mendung sekarangkan musim hujan. Jadinya tak boleh masuklah kalau nak masuk juga pakat2 larilah.
Khamis, 25 Oktober 2012
Masak Untuk Raya Esok
Selamat petang semua, Dan selamat menyambut hari raya haji esok.Petang ni kat rumah mak mesti ada masak2 rebus nasi impit, buat rendang. Maaflah nya mak anak mu ni masih bekerja nanti petang anakmu ni akan balik menjenguh dapur maknya.
Jumaat, 19 Oktober 2012
Pajeri Terung
Selama
bergelar isteri ni belum pernah lagi masak pejeri terung
atau nenas sebabnya saya
bukan penggemar pajeri
makanya tak lah wajib untuk
belajar masak
tapi pajeri adalah kegemaran
en tayang terutama sekali
pajeri terung, Selalunya Kat
umah MIL hanya tolong kacau2 je
bila mak mentua masak pajeri
tak pernah pun
nak tahu masaknya macam
mana
Tapi sampi bila tak nak
belajar. Semalam beli terung kat pasar
ingatkan nak masak terung
sambal tu memang favorite saya
Kesian pula kat tayang
makanan kegemaran dia ,tak nak pula
masak,
Dengan gigihnya google cari
resepi pajeri terung , Balik
semalam belilah kerisik itu
yang penting kat dalam peti ais
memang dah ada kelapa
parut
ingatkan nak buat sendiri je
kerisik. Tapi memikirkan masa, tak
jadi, beli je. Senang jimat
masa
pertama
kali buat terus jadi sangat sedap ok. Kuahnya
lepas ni boleh buat lagi
Kat sini saya nak kongsi
resepi yang saya dapat
*terung belah 2
*bawang merah agak2 sahaja
*bawang putih
*halia
ni semua di tumbuk kalau tak tumbuk atau kisar pun tak apa kat rumah saya semua bahan tu dah sedia di kisar untuk stok seminggu
* bunga lawang * kayu manis kat rumah saya ada 2 jenis ni je yang ada
* cili mesin 2 sudu ikut kepedasan
*rempah kari 2 atau 3 sudu letak air kacau tengok banyak mana kuah yang nak di buat
* asam keping atau asam jawa
* santan kalau sikit tambah air, kelapa yang saya simpan kat peti ais dan berbau terpaksa guna susu anis susu sustagen.
* kerisik satu sudu * udang kering di tumbuk
cara-cara
*mula2 goreng terung sampai kekuningan tak goreng pun tak apa.
*tumis semua bahan yang dikisar tadi. Masukkan bunga lawang, kayu manis bila dah naik bau masukkan cili mesin tadi, masukkan rempah kali kacau sampai pecah minyak masukkan terung kacau sebentar.
Masukkan santan, air asam jawa sikit, kerisik udang kering garam sikit kacau dan rasa . Tunggu sebentar sampai kuahnya pekat rasa terungnya nak lembik baru di hidangkan siap.
ok siap pasti sedap
Khamis, 18 Oktober 2012
Masalah Najis@ Berak
sekarang ni anis
selalu berak keras, nasib baik anis pandai teran, ada jiran tu
anak dia tak pandai teran mak dia sedut,
tapi tak tanya pula sedut macam mana
Dah bagi makan pisang, air kosong kurang
minum , beli juga pati ribena dengan vitagen
kesannya selepas minum air ribena dengan
vitagen ada lembik sikit najisnya.
Nak tukar susu pun dah malas anis
bukannya senang nak tukar semunya dia rasa tak sedap
Orang cakap susu yang lama panas tu sebab
berak keras. Dah cairkan tapi tetap sama juga.
Rabu, 17 Oktober 2012
Port Klang
Setiap hari ahad
mesti nak jalan je, minggu tadi kami pergi port klang. Nama lainnya tangjung
gila.
Masa bujang2 dulu
adalah lepak2 kat tanjung gila. Bukan berdua ok. Tapi ramai ada 4,5 orang
kawan yang ikut
.kali ni datang lagi
bawa anis. Kami baru balik dari rumah adik ipar kat kota kemuning singgah
sekali kat sini,
ramainya orang.
Kat
sebelah ni ada kapal tapi malas nak tangkap gambar . Tangkap gambar anis
tengah main belon ni je
Selalunya main belon
ni kena tiup sendiri , tapi kat sini tak payah tiup hanya celup dan
angkat je batangnya . Mesti menjadi
belon.
kat sini anginnya sangat kuat.
Ramai budak2 main belon macam ni.
tengoklah tu seronaknya
permandangan yang mendamaikan
nanti ibu @ ayah datang laginya kat sini
Isnin, 15 Oktober 2012
Program Latihan 1 Malaysia
Adakah aku minat menjahit,
Minat sangat tu tak de hanya suka2 je.
Boleh lah lepas buat baju
kurung anak aku.
menjahit hanya kerja sampingan
sahaja. Dan aku baru tahu giatmara berdekatan
tempat aku tinggal ada buat program latihan 1 malaysia untuk
kelas fesyen
tanpa mengenakan bayaran selama sebulan hanya sabtu dan ahad, Aku
suka……………….nya
tanpa melepaskan peluang, Free
kan laju jelah aku call giat mara sungai buloh
Dia bagi keterangan, kat situ baru dibuka kursus fesyen
sahaja.Tunggu cukup 15 orang
dan akan panggil untuk
belajar. Pendaftaran boleh di isi melalui borang yang ada di
dalam internet atau pun pergi
ke cawangan giat mara yang berdekatan
Di sini aku sertakan link
untuk korang yang nak mengikuti kursus progam latihan 1
malaysia boleh klik ni
http://www.giatmara.edu.my/
http://www.giatmara.edu.my/
Jumaat, 12 Oktober 2012
Khamis, 11 Oktober 2012
Jelapan Ipoh
Sabtu lepas pergi kenduri di jelapang ipoh jauhnya 4jam perjalanan. Lagi lama perjalanan dari duduk kat rumah pengantin. Ni masa berhenti berehat kat hentian ipoh dah hampir sampai.
Saja suruh anis bergambar kat sini, ingatkan nak tangkap berlatar belakang gunung tapi tak nampak
atuk anis dah penat baru habis makan. rehat sebentar. Nak ujan time ni.
Pelamin je sempat tangkap. pengantin lambat keluar. Sebab hari hujan kat luar sana.
Selasa, 9 Oktober 2012
Pisang
Rabu, 3 Oktober 2012
Weeked
Berjalan pada hari minggu lepas ke sunway lagoon. Masuk Beratus2 ringgit untuk 3 orang kalau tak main semua yang ada kat situ , amatlah rugi. First time anis masuk ke situ tapi tidak bagi saya dengan tayang. Sebelum kahwin dah pernah masuk 2,3 kali kat sini tapi tak mandi. Ni kali nak merasa mandi manda kat sana.. Sampai kul 12. lebih masuk dapat makan free ye banyak pula tu juadah2 yang ada
Anis cuak takut naik jambatan
anis takut
dah happy time untuk mandi
bestnya
Jom naik benda alah ni
Langgan:
Catatan (Atom)