Selama
bergelar isteri ni belum pernah lagi masak pejeri terung
atau nenas sebabnya saya
bukan penggemar pajeri
makanya tak lah wajib untuk
belajar masak
tapi pajeri adalah kegemaran
en tayang terutama sekali
pajeri terung, Selalunya Kat
umah MIL hanya tolong kacau2 je
bila mak mentua masak pajeri
tak pernah pun
nak tahu masaknya macam
mana
Tapi sampi bila tak nak
belajar. Semalam beli terung kat pasar
ingatkan nak masak terung
sambal tu memang favorite saya
Kesian pula kat tayang
makanan kegemaran dia ,tak nak pula
masak,
Dengan gigihnya google cari
resepi pajeri terung , Balik
semalam belilah kerisik itu
yang penting kat dalam peti ais
memang dah ada kelapa
parut
ingatkan nak buat sendiri je
kerisik. Tapi memikirkan masa, tak
jadi, beli je. Senang jimat
masa
pertama
kali buat terus jadi sangat sedap ok. Kuahnya
lepas ni boleh buat lagi
Kat sini saya nak kongsi
resepi yang saya dapat
*terung belah 2
*bawang merah agak2 sahaja
*bawang putih
*halia
ni semua di tumbuk kalau tak tumbuk atau kisar pun tak apa kat rumah saya semua bahan tu dah sedia di kisar untuk stok seminggu
* bunga lawang * kayu manis kat rumah saya ada 2 jenis ni je yang ada
* cili mesin 2 sudu ikut kepedasan
*rempah kari 2 atau 3 sudu letak air kacau tengok banyak mana kuah yang nak di buat
* asam keping atau asam jawa
* santan kalau sikit tambah air, kelapa yang saya simpan kat peti ais dan berbau terpaksa guna susu anis susu sustagen.
* kerisik satu sudu * udang kering di tumbuk
cara-cara
*mula2 goreng terung sampai kekuningan tak goreng pun tak apa.
*tumis semua bahan yang dikisar tadi. Masukkan bunga lawang, kayu manis bila dah naik bau masukkan cili mesin tadi, masukkan rempah kali kacau sampai pecah minyak masukkan terung kacau sebentar.
Masukkan santan, air asam jawa sikit, kerisik udang kering garam sikit kacau dan rasa . Tunggu sebentar sampai kuahnya pekat rasa terungnya nak lembik baru di hidangkan siap.
ok siap pasti sedap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan