Selasa, 11 Januari 2011

Jalan Ke Jusco Bukit Tinggi

Ahad yang lepas pusing2 ke Jusco Bukit Tinggi, Tak de apa yang kami beli hanya cuci mata je. Sekarang ada sale sampai 16/2 nanti. Anis macam biasalah nak pergi tempat permainan, Masa kami sampai orang tak ramai sangat mungkin pagi lagi kot
ni waktu kami sampai nak cari parking


ingatkan nak beli satu tengok harga alamak boleh beli baju anis sepasang, cakap dengan ayah kita cari kat tempat lain lah ,anis nanti ibu
belikan ye .Di rumah bukan tak de bersepah-sepah,


Lepas tu ajak anis pergi tempat yang dia suka, Masuk dalam ni kena bayar
20minit rm3.00 lepas 10minit kena tambah rm1.00, anis masuk 20minit je.


sukalah tu siap lompat kuda dibuatnya

perut pun dah berkeroncong kami pergi makan KFC lah.  

Khamis, 6 Januari 2011

Pantun Kanak-Kanak



Buai laju-laju
Sampai pokok sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bertepuk adik pandai
Malam nanti upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak banyak kerja

Air pasang pagi
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi kolam
Itik  bertelur
Ayam dah menetas

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar

Lompat si katak lompat
Lompat di air tenang
Pergi sekolah cermat
Emak bapa hati senang

Lompat si katak lompat
Lompat di rumput muda
Belajar kuat-kuat
Buat ilmu hari tua

Anak lembu merah
Tambat di pokok asam
Adik kena marah
Tarik muka masam

Burung Kakak Tua
Hinggap  di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tingal dua

Burung Kakak Tua
Ada anak empat
Nenek sudah tua
Jalan pakai tongkat

Rabu, 5 Januari 2011

Masak Memasak

Malam tadi balik  kerja terus gi dapur. Tengok  ayam yang dah kematu dalam peti sejuk, Boleh buat sup ayam ni , kebetulan ayah tak berapa sihat. So berhempas pulaslah sediakan bahan nak buat sup ayam, Goreng nugget dengan
goreng  ikan masin, itu je menu malam tadi . Ibu dah penat lelah memasak las2 ayah dengan si anak tak nak makan . Angin satu badan di buatnya kalau tak nak makan cakap siang2.

lebih kurang macam nilah sup yang ibu buat, gambar ni cilok dari internet



 ikan masin pun ibu ada goreng tapi ibu tak letak cili kat atas tu, gambar ni pun sama ibu cilok kat internet


 semalam beli nugget,ibu goreng boleh makan dengan nasi

Selasa, 4 Januari 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah



Tak terlambat rasanya anis nak mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada cousin2 anis yang memulakan sesi persekolah hari ni ..ada yang teruja ada yang malas-malas..ada yang takut-takut..yela kan..yang teruja tu sebab first time masuk sekolah..yang malas-malas sebab dia rasa cuti tak cukup lagi,yang takut-takut sebab tahun ni dia ada exam besar..hehe



Inilah cousin anis,Semoga you all belajar pandai-pandai, kita jumpa di menara gading, Anis akan mengusur kemudian (coming soon) .


 ni pun cousin anis jugak dia nak masuk tadika hari selasa nanti, so anis harap kak ain jangan takut tau, jangan nak tidur je


Kenduri Kesyukuran

Selamat pagi .Minggu lepas kami balik kampung, opah adakan kenduri kesyukuran kecil-kecilan je semperna bina cousin anis nak masuk sekolah asrama kat Tapah, Bina baru lepas UPSR dapat 5A.
Ayah pagi-pagi dah keluar pergi pasar dengan mak ngah anis, ibu dengan anis apalagi sambung tidurlah.Ayah balik dalam pukul 8.00 pagi,  Mulalah kami potong sayur ,ikan sebelum makcik jiran opah datang menolong,Mula-mula makcik jiran opah masak kari ikan tongkol






opah tengah siang ikan

opah berjaya menyiang ikan ikan yang ada

ada yang tengah potong sayur, ada jugak yang tengah bergelak ketawa

sayur yang hendak dibasuh

ayam pun nak cari makan

makcik yang setia menunggu bawang yang ditumis tadi

nilah dia causing anis yang nak masuk asrama

ni sahaja orang lelaki yang ada , kebetulan ada kenduri kat kawasan tu jadi tak ramai yang datang


makcik jiran sebelah rumah opah yang ada



keadaan jamban yang perlu di renovationkan

makcik anis tengah siang bawang
lepas ni kalau dapur opah dah siap ibu akan masukkan dekat dalam blog. Macam mana dapur opah cantik ke tidak.


Isnin, 3 Januari 2011

Hot Spring



 Belum terlambat ibu nak ucapkan SeLaMat TaHuN BaRu Buat semua.
Planing kali ni kami pergi Hot Spring di Sungkai Perak. Kami pergi dengan cousin anis.




perjalanan menuju ke Hot Spring

Permandangan yang cantik

ye dah sampai




panas tau air ni



ramai orang yang celup kaki kedalam kolam ni



kanak-kanak bersuka ria


 masing-masing nak celup kaki


rebus telur pun boleh

ni air sejuk dari gunung


seronok jugalah kat kawasan ni

kasawan ni untuk budak-budak lagi selamat



anis berendamlah dia

main gelongsor

air bertingkat


kolam air panas

mula-mula nak mandi memang panas, kalau dah lama-lama tak rasa panas


laluan ke kolam air panas

harga tiket masuk


Khamis, 30 Disember 2010

Dapat Sijil Simpanan Tetap

Sebelum ni kan ibu ada bagitau ibu nak cuti. Nak ambil sijil simpanan tetap untuk anis . Ibu suruh ayah pergi ambil so inilah dia sijil simpanan tetap tu. Pihak Bank bagitau kalau nak keluarkan duit RM1500 selepas umur 18 tahun