Selamat pagi .Minggu lepas kami balik kampung, opah adakan kenduri kesyukuran kecil-kecilan je semperna bina cousin anis nak masuk sekolah asrama kat Tapah, Bina baru lepas UPSR dapat 5A.
Ayah pagi-pagi dah keluar pergi pasar dengan mak ngah anis, ibu dengan anis apalagi sambung tidurlah.Ayah balik dalam pukul 8.00 pagi, Mulalah kami potong sayur ,ikan sebelum makcik jiran opah datang menolong,Mula-mula makcik jiran opah masak kari ikan tongkol
opah tengah siang ikan
opah berjaya menyiang ikan ikan yang ada
ada yang tengah potong sayur, ada jugak yang tengah bergelak ketawa
sayur yang hendak dibasuh
ayam pun nak cari makan
makcik yang setia menunggu bawang yang ditumis tadi
nilah dia causing anis yang nak masuk asrama
ni sahaja orang lelaki yang ada , kebetulan ada kenduri kat kawasan tu jadi tak ramai yang datang
makcik jiran sebelah rumah opah yang ada
keadaan jamban yang perlu di renovationkan
makcik anis tengah siang bawang
lepas ni kalau dapur opah dah siap ibu akan masukkan dekat dalam blog. Macam mana dapur opah cantik ke tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan