Malam tadi balik kerja terus gi dapur. Tengok ayam yang dah kematu dalam peti sejuk, Boleh buat sup ayam ni , kebetulan ayah tak berapa sihat. So berhempas pulaslah sediakan bahan nak buat sup ayam, Goreng nugget dengan
goreng ikan masin, itu je menu malam tadi . Ibu dah penat lelah memasak las2 ayah dengan si anak tak nak makan . Angin satu badan di buatnya kalau tak nak makan cakap siang2.
lebih kurang macam nilah sup yang ibu buat, gambar ni cilok dari internet
ikan masin pun ibu ada goreng tapi ibu tak letak cili kat atas tu, gambar ni pun sama ibu cilok kat internet
semalam beli nugget,ibu goreng boleh makan dengan nasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan