Khamis, 13 Januari 2011

Tips Menjadi Blogger Terkenal

Bukan mudah nak jadi seorang blogger yang berjaya dalam sekelip mata. Kita kena banyak bersabar dan betulkan niat kita. Tidak kira sama ada kita blogging untuk mendapat side income mahupun sekadar untuk berkongsi ilmu atau untuk mencari kenalan. Perkara yang penting sekali ialah kita mestilah bersabar dalam dunia yang penuh mencabar ini. Jangan suka terburu-buru dan sentiasa berfikiran waras dalam tindakan.Dibawah ni ibu tuliskan tips2 untuk menjadi blogger terkenal

Apakah langkah2 rahsia untuk menjadi blogger terkenal?

1. Lawati 1000 blog setiap hari dan tinggalkan pesanan dalam setiap blog yang anda lawat supaya mereka membalas lawatan anda. Lakukan selama sebulan dan anda akan lihat traffik blog anda akan bertambah.

2. Buat satu entry kontroversi tentang seseorang yang terkenal, contohnya seorang blogger yang mempunyai 13 ribu followers.kemudian, sebar-sebarkan link entry anda. Anda pasti menerima kunjungan daripada followers blogger tersebut.

3.Sila war-warkan pendapatan nuffnang anda setiap minggu.

4.Tulis mengenai gosip artis,Sepertimana yang kita tau, selalunya blog blog gosip artis akan mendapat trafik yang tinggi. Jadi, jika ada terbaca di suratkhabar hiburan dan majalah-majalah hiburan, jangan berfikir lagi untuk turut sama memeriahkan majlis dengan menulis entry tersebut di blog walaupun anda tidak tahu kesahihannya.

5.War-warkan dalam facebook, mengenai blog kita

Alhamdulillah selesai sudah tips-tips yang berguna ni. Hanya berkongsi dari pengalaman, walaupun ilmu kurang. Tapi kalau ada yang kurang, boleh bagi idea untuk penambahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan