Jumaat, 29 April 2011

Cuti

 selamat Hari Jumaat,Sepatutnya hari ni waktu kerja. Tapi aku sambut hari 1 pekerja lebih awal, wawawa
ni semua gara-gara hujan yang teramat lebat sampaikan kemalasanku datang. Pagi tadi hujan lebatnya. Kalau pergi juga mungkin tak nampak jalan, Lama  tu aku tunggu sampai dah boleh baring atas katil balik. Padang depan rumah pun banjir.  Aku tengok jam pun dah pukul 9 lebih, lebih baik aku sambung tidur balik. Hari ni  duduklah aku anak beranak kat rumah je.Tayang terpaksa kerja hari ni sebab esok dia nak cuti. Nak balik kampung

Rabu, 27 April 2011

Jeruk Mangga

Semalam jolok mangga belakang rumah. Geram pula dengan mangga yang banyak tu makan tak boleh masam. Malam tadi berusaha kupas kulit mangga buat jeruk. Tak sabar nak makan.

Frame Kain Flet

Percubaan pertama menghasilkan frame dari kain flet, Simple je. Tak macam orang lain yang dah pro.Lain kali akan lebih berusaha lebih gigih lagi. 


Jumaat, 22 April 2011

Kain Cottan


Balik kerja tadi duduk lama sikit kat rumah  mak, Sambil tu selongkar almari mak nak cari kain cottan yang tak digunakan lagi.Dalam kepala ni banyak projek nak buat tapi memandangkan masa dan keletihan buat lah benda yang senang2 je. Ni pun tengah buat projek yang sebelum ni tergendala.


Rabu, 20 April 2011

Projet Baru

Sebelum ni buat cekak ni, Sudahpun siap letak nama n reben je kat tepi tu. Terlupa pula nak snap anis tengah pakai tadi.

  Ni pula projet baru nak bermula nantikan kemunculannya. ni pun baru dapat jahit 1 je sebab dah pukul 12. Tayang dah pesan pukul 12 tidur esok liat nak bangun pergi kerja.

Isnin, 18 April 2011

Brooch Dari kain Felt

Malam ni buat brooch lagi. Siapkan Brooch yang  belum letak manik lagi. Tunggu anis tidur kul sepuluh lebih baru nak tidur baru ibunya boleh mulakan projet baru, Hari ni baru nak belajar buat tulisan pada cekak rambut, baru siap tulisan, hiasan lain belum buat lagi. Esoklah pula sambung. Sekarang pun dah lewat esok mau kerja. Sekarang ayah n anak dah tidur.

Sabtu, 16 April 2011

Tanam Tanaman



Baru minggu lepas semai biji benih kacang bende ni.Hari ni genap seminggu elok menjadi tunggulah 2,3 hari ni nak tukar ke pasu lain.


 Ini pula pokok cili baru nak hidup bilalah ada masa nak tukar pasu lain.
Tak sabar nak tunggu pokok2 ni keluarkan hasil.

Jumaat, 15 April 2011

Borong Cekak Rambut

Sekarang ni dah gila nak buat kraf flet ni. Carilah cekak yang paling murah jumpa pula satu info ni.owner itu ada jual cekak @akseseri wanita dia jual 1 pcs dapat rm0.70 beli 24pcs saiz besar .Tadi baru dapat tak sabar nak buat tapi kain flet pula colour yang ada pun tak banyak pakai jelah apa yang ada.
Sesiapa yang nak order cekak ni infrom lah kat saya nanti saya bagi alamat email orang tu. Dia tak de blog nanti dia send gambar apa yang dia jual.

Sesiapa yang tahu dimana nak cari cekak yang lagi murah dari ni infromlah kat saya.

Ramai yg email nak email orang tu saya sertakan di sini sahajalah
TEL:0125733135 (IDA)shopbest8@gmail.com

Khamis, 14 April 2011

Hair Clips

 Dua malam Baru dapat 2 clip rambut. Nilah hasil kerja tanganku mengunakan kain felt. Ingatkan nak buat lagi tapi biasalah dah malam, badan pun dah penat tidur lagi sedap. Balik kerja masak lipat kain basuh kain pukul 9 lebih baru boleh berehat. Tu belum melayang kerenah anis lagi. Buat masa ni buatlah perlahan-lahan hasil jahitan pun tak kemas sangat. Semalam buat 1 clip rambut guna gam huhu je, hari ni buat lagi 1 jahit pula seluruh tepinya.


Rabu, 13 April 2011

Beli Jam


Baru balik dari pasar malam, Anak dara ibu ni biasalah ada je barang yang nak dibelinya. Kali ni anis beli jam. Colour blue, yellow ni sepupu anis punya dah tak nak pulangkan balik.


Brooch Ribbon


Sekarang ni sibuk sikit, nak buat brooch ribbon macam ni. Ribbon ni pun beli dekat kedai bunga je baru permulaan kalau dah pandai baru order online

Ahad, 10 April 2011

Anis Pakai Tudung

Anak dara ibu ni dah nak pakai tudung pula bila keluar. Dah lah sekarang ni pandai pilih baju sendiri.
Nantilah ibu belikan tudung kecil saiz anis. Ni tudung ibu besar, Nasib baik keluar kereta boleh dipujuk suruh buka.

Aktiviti petang

 Sejak ada Basikal ni aktiviti petang dihabiskan dengan main basikal jelah keje anis ni.



Pusinglah satu taman dengan basikal baru

Khamis, 7 April 2011

Permainan Untuk Anak

Tak perlu melarang anak yang sedang bermain karena berbagai permainan dapat meningkatkan kemampuan anak menyelesaikan masalah. Inilah permainan tersebut
  • Puzzle. Permainan puzzle, adalah  cara untuk menyelesaikan masalah secara cuba-salah, merupakan salah satu permainan yang terbukti dapat membantu anak meningkatkan kemampuan tersebut.
  • Membantu meningkatkan kreativitas anak dalam memecahkan masalah melalui berbagai cara yang bebas dilakukan dalam permainan tersebut.
  • Blok atau lego. Tidak terlalu susah seperti puzzle , bermain blok atau lego meningkatkan kreativitas anak memecahkan masalah ketika ia berupaya membangun sesuatu menggunakan mainan tersebut.
  • Games. Berbagai games seperti bermain kartu, domino atau monopoli merupakan permainan yang mengajarkan anak strategi memecahkan masalah ketika bermain untuk memenangkan permainan.
  • Tentu ada permainan-permainan lain yang dapat membantu anak meningkatkan kemampuannya memecahkan masalah. Orang tua diharapkan kreatif mengolah permainan yang menarik bagi anak, dan membebaskan anak untuk bereksperimen.

Rabu, 6 April 2011

Tukar susu

4/4/11 hari tu bawa anis pergi timbang kat klinik, Kali ni tak naik pulak naik sikit je dah masuk pada garisan kuning dalam buku, Nurse  suruh ambik ubat cacing. Balik tu singgah sekejap tesco beli barang sikit susu n barang rumah. Beli sekali scott emulsion (kunyah) nak bagi anis selera makan sedap juga ubat tu. Balik rumah google kat internet susu apa yang boleh menggemokkan anak ramai yg cakap dutch lady madu belilah yang pek 350g. Sebelum ni minum dumex dugro badan tak naik2 pun. Selepas ni kalau minum dutch lady madu ni naik lah sikit badan tu.

Isnin, 4 April 2011

Potong Rambut

Wajah terbaru anis, Dah tak berapa nak comel.Setelah rambut depannya dipotong Jangan tanyalah siapa yang potong. 



gambar ni sebelum anis potong rambut depan

Sarapan Di Perhentian Rawang


Time ni kat Rawang singgah sekejap untuk sarapan pagi. Hari ahad, baru nak balik kampung perak. Balik pun sekejap je, petang dah nak bertolak balik. Inilah menu sarapan pagi kami mee rebus n nasi ayam shalala..






Jumaat, 1 April 2011

Rezeki Anis

Rezeki anis dapat basikal umur baru 3 tahun lebih, dah ada 3 basikal. Dulu masa ibu n ayah nak main basikal pun berebut dengan adik beradik lain. Sekarang Anis tak payah berebut mainlah sepuas-puasnya. Basikal purple ni yang terbaru tadi ayah beli dekat klang utama .



Dua lagi ni buat pekasam, Buat semakkan rumah, dahlah rumah kecik.

hari ni saya dah update stock untuk hari raya, Sesiapa yang nak lihat koleksi baju yang ada silalah ke facebook saya link ada di atas tu klik je.