Berlarilah kehulur kehilir
Jumaat, 27 Januari 2012
Tanjung Harapan Klang
Menghabiskan masa di tepian pantai, Sambil menghirup udara yang segar. Ni lah tanjung harapan klang.
Rabu, 25 Januari 2012
Masih Bercuti
Salam semua kami masih bercuti di kampung sampai hari minggu ni, Sebab ada kenduri hari sabtu ni. Tak de berjalan kemana2 pun.
Jumaat, 20 Januari 2012
Semangat Nak Bercuti Sudah Datang
Salam Pagi Jumaat, Hari ni last bekerja yeh ......bercutilah kita selama seminggu tak de plan lagi nak kemana2. Mungkin balik kampung tayang.
Selamat Bercuti Semua...
Selamat Bercuti Semua...
Jumaat, 13 Januari 2012
Baju kurung Baru
Selamat petang, Hari ni mood nak tayang baju kurung anis pula. Hari tu ada beli kain polkadot dekat jalan tar , Murah je kainnya dalam rm20 lebih sikit je, ingatkan nak buat hari raya. Tapi ayah dia yang tak sabar nak tengok anak dia pakai baju kurung. Terpaksalah suruh opah yang buatkan. kalau nak tunggu saya yang buat alamatnya raya nantilah baru siap, maklumlah ibunya bz semanjang.
Ingat lepas raya cina ni tak terjah lagi jalan tar nak beli kain untuk hari raya.
Malulah pula nak tangkap gambar selalunya kemain lagi, berpusing2 badan ambil gambar. Hari tu apa kes malu?
Khamis, 12 Januari 2012
i-city Shah Alam
Pergi i-city minggu lepas baru hari ni nak post, Tahap kemalasan terlampau. 3,4 tahun lepas pergi bayar parking rm2 atau rm5. Tapi sekarang pergi kena bayar parking rm10 kenapa mahal sangat. Lebih baik pergi jusco ke, tak sampai pun rm10.00. Dah nak masuk sangat pejam mata jelah bayar.
Layan je lah gambar yang ada ni.
Tak banyak gambar yang menjadi semuanya gambar gelap maklumlah kamera murah. hehehe....
Kerongsang Dari Sabah
hari ni saya nak buat promosi kerongsang dari sabah pula, Kerongsang ni adik saya yang hantar dari sandakan suruh beli 3,4 bentuk. Dia pergi beli 1 kotak ada 12 bentuk. Adik saya cakap kalau beli 1 rugi, kalau beli borong untung sikit. Saya pun naklah share dengan kawan2 sekalian sesiapa yg nak kerongsang ni harganya rm17.00 sahaja. tak termasuk pos menggunakan pos berdaftar. Yang tinggal ini sahaja setelah kami adik beradik berebut2 untuk memilih yang mana cantik.
Sesiapa yang ingin mendapatkan kerongsang dari sabah ni silalah pm saya
MAAF DAH SOLD
Beli jangan tak beli selagi stock masih ada.
Selasa, 10 Januari 2012
Minggu ke2
minggu ke2 tahun 2012...
semoga arini lebih baik dr smlm semlmnye...
slmt bekerja to all
slmt pg..assalamualaikum...
mulakn setiap lgkahmu dgn iringan doa n bismillahirohmannirrohim....
semoga arini lebih baik dr smlm semlmnye...
slmt bekerja to all
slmt pg..assalamualaikum...
mulakn setiap lgkahmu dgn iringan doa n bismillahirohmannirrohim....
Rabu, 4 Januari 2012
Beli mekaplah pula
Niat dihati nak beli mekap simplysiti. Pergilah watson testlah lipstick tak berapa nak sukalah dengan bau lipstick tu. Tengoklah bedak, blusher semuanya mahal bagi sayalah. tak tahu pada orang lain last2 belilah bedak pixy popular jugalah bedak tu, dengan mascara maybelin sesiapa nak bulu mata panjang belilah yang ni.
Kunyit Penaik Seri Wajah
Salam tahun baru, Hari ni saya nak bagi pertua pula ye .Bagi mendapatkan wajah yang berseri, campurkan kunyit yang telah ditumbuk halus dengan sedikit garam dan sesudu perahan limau nipis. Gaulkan kesemua bahan dan gosokkan pada muka sehingga rata. Lakukan seperti skrub. Amalkan tiga kali seminggu. Insya-Allah, berkesan.
Isnin, 2 Januari 2012
Tahun Baru
Assalamualaikum,
kita masuk tahun baru, bulan baru, rasa macam semalam je kita melangkah tahun 2011 hari ni dah masuk tahun 2012. Banyak kenangan pada tahun 2011 yang tak boleh dilupakan. Tahun baru ni jugalah umur ku telah meningkat lagi kesatu angka. Begitu cepat masa berlalu rasanya baru semalam aku meninggalkan sekolah menengah dan baru rasanya semalam aku memulakan alam pekerjaan yang begitu mencabar, Macam mimpi aku rasa bila dihitung sudah 9 tahun aku bekerja. Tahun baru ni aku berazam nak bekerja lebih tekun supaya boss aku akan naikkan gaji aku lebih sikit. Cuti untuk tahun 2012 ni pun aku kena kurangkan sebabnya nanti awal tahun 2013 aku kena ambik cuti 1 minggu maklumlah anis nak masuk tadika ibunya yang esaitech lebih haha... ketawa ramai2.
Azam aku untuk tahun 2012 ni nak tukar perabot baru, Maklumlah aku teringin nak ada rumah sendiri so perabot mestilah semua baru. (tak comformlah perabot ni, duit tayang, nak ke dia, mahu dia hambat aku dengan penyapu haha...)
Soal anak tak kisah kalau ada reseki aku terima dengan seadanya, kalau belum aku reda.
Teringin nak bercuti di sarawak naik kapal terbang (almaklumlah tak pernah naikpun. lau jadi, kecut perut dik non).
Semoga perjalanan hidupku@ KELUARGA penuh aman dan bahagia, Amin

Langgan:
Catatan (Atom)