Jumaat, 30 Disember 2011

Pendekatan Psikologi Dalam Mendidik Anak

Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.

1. “Buatlah Pilihan Sekarang.”
Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupun ketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, anda mahu mereka bermain di luar agar anda boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak anda masih berdegil.


“Kakak, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar.” Jika dia masih berdegil, anda boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, “Mama rasa, kakak memang nak main di luar.” Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatih dia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.

2. “Mama Sayang Kakak, Tapi Cara Kakak Tu Tak Betul.”
Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana anda mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.

3. “Boleh Kakak Tolong Mama?”
Jika anak mengganggu ketika anda memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas. Ajak mereka membantu anda membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggung jawab


4. “Apa Sebenarnya Yang Kakak Nak Cakap?”
Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mama ni teruklah!” atau “ Kakak benci mama!”. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidak dapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya.

Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila anda menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan kakak marah sangat pada mama? Sebab kakak tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa anda menyuruh dia tidur. “Mama bukan tak bagi kakak tengok TV. Hari dah lewat, esok kakak nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, kakak mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang anda sememangnya wajar demi kebaikannya.
* Ada sesetengah ibu-bapa akan bersikap lemah-lembut dengan orang lain tapi kalau dengan anak sendiri terpekek terlolong contohnya semasa anak tu mengacau ibu semasa memasak.

Selasa, 27 Disember 2011

Kuih sari ayu

Cuti hari sabtu lepas mengisi masa lapang dengan buat kuih sari ayu, Bukan susah mana pun senang je, Resepi pun copy kat internet je. Rasa macam susah nak buat rupanya senang je. Lain kali boleh buat lagi

Semua bahan di mesin. Saya tak tulis bahan2nya cari sendiri ye kat internet banyak

Kelapa dengan tepung ubi, garam digaul dan dimasukkan kedalam acuan kuih dan tekan kelapa tu supaya menjadi padat

Kukus selama 15 minit, dah jadi boleh terus makan


Selamat menjamu selera

Rabu, 21 Disember 2011

Zaman kanak-kanak

Baru Teringat zaman  keanak-anakan
Masa dulu-dulu anda pernah buat camni tak ? Saya selalu buat macam ni

1. masuk ke dalam bilik, lupa ape yang nak dibuat, keluar semula, baru ingat semula. Bila dah besar ni pun ada masanya terlupa juga.
2. masa kecil, lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
3. masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni--> ♥
4. tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati
 
Nilah gelagat kanak-kanak yang masih saya ingat.
5. cuba  'balance'kan suis lampu antara ON dan OFF

Isnin, 19 Disember 2011

Diberkati

Allah beri kita matahari..tiba2 turun kilat dan petir..kita tercari2 mana matahari..rupa2nya Allah nak beri kita pelangii
Mudah-mudahan hari ni kita diberkati olehnya

Jumaat, 16 Disember 2011

Kutip Buah-Buahan

Minggu lepas balik kampung, Sempatlah kutip buah rambutan tu pun tak berapa banyak.


Tengoklah anis dah tak tahan sangat  kena gigit nyamuk je, Last2 balut kepala dengan tuala

Khamis, 15 Disember 2011

Tentang Dhia

Hari ni pun dah hari khamis sesiapa yang peminat setia drama tentang dhia ni mesti tak sabar2 nak balik, nak tahu kisah seterusnya drama tentang dhia ni. Hari ni nak  cerita tentang sinopsisi untuk minggu ni 

SINOPSIS EPISOD MINGGU INI :


Esah memberi amaran kepada Ku Salmi agar tidak mengganggu keluarganya. Ku Salmi memaksa Pak Boon segera bertindak mengenakan sihir pada Esah sebelum dia bersuara. Akibatnya, mereka sekeluarga mula diganggu termasuklah Dhia.

Raffi membantu membayar kesemua hutang Melly pada penjahat dalam usahanya untuk menyelamatkan Melly dan anak. Sementara itu, Pak Boon terus menyi...hir Esah agar Esah menjadi tidak siuman.

Dhia mengamal membaca zikir dan Quran supaya dirinya dilindungi seperti yang diminta oleh Esah dan Ustaz Naim. Amalan Dhia ini menyebabkan hantu raya belaan Pak Boon kepanasan dan membunuh Pak Boon.

Ku Mariam yang sudah termakan hasutan Ku Salmi terus-terusan bertanya tentang anak pada Dhia. Zikir tidak selesa dengan cara keluarganya melayani Dhia. Melly mulai mengingati kisah silamnya manakala Rose membuat keputusan untuk memakai tudung supaya dapat memikat Zikir.
hari ini juga adalah episod dimana mummy Zikir terima pembalasan dan juga mama Dhia akan jadi seperti org 'gila'.. gila sebab apa kita tengok sama2

Balik Dari Kenduri

Peace saya baru balik dari kenduri kahwin. Tengoklah saya dapat doorgift. Sebelah tu anak patung saya punya

Luahan Seorang Wanita Yang Berstatus Menantu

Selama ni pun aku banyak bersabar, Diam, kalau mereka cakap pasal cucu kesayangan diorang. Selalu nak banding2kan anak aku dengan sorang cucu kesayangan diorang tu. Aku tahu sebagai menantu tak patut aku melawan cakap mereka, Tapi selama mana aku boleh mempertahankan kesabaranku ini, Sejak anis kecik lagi mereka suka bandingkan anak aku dengan cucu kesayangan diaorang. Aku tahu anak aku tak pernah tinggal kat kampung bersama mereka, lainlah kalau cucu kesayangan diorang tu selalu tinggal kat kampung, Kalau balik kampung sudah menjadi kemestianlah aku nak bergaduh dengan suamiku, disebabkan aku makan hati dengan mak bapak mentuaku. Aku hanya boleh tarik muka seribu je. Takkan aku nak bertegang urat dengan mentuaku. Diorang pun ibarat ibubapaku juga derhaka kalau melawan cakap mereka, Aku tahu mak bapa mentuaku baik orangnya tapi aku tak boleh tahan dengan sikap diorang yg selalu nak bandingkan cucu2nya. Aku pun sedar anak aku kulitnya kurang cerah, kurus kurang makan nasi tapi tinggi, kuat minum susu pun tetap kurus. Tapi anak aku comel kalau you all tak puji pun tak apa aku puji untuk anak aku.
Kalau boleh masa balik kampung tak nak bertembung dengan cucu kesayangannya diorang tapi selama mana tak bertembung sebab itupun kampung dia juga.Tapi aku rasa jiwa dan perasaan ku ini dah nak meletup je. Selama mana boleh aku bersabar ye. Tapi diorang lupa agaknya cucu yang lain, cubalah bandingkan anak aku dengan cucu yang lain, Sikit2 cucu yang itu je,
Kalau difikirkan balik perangai ku ini macam kanak-kanak. Sikit2 terasa. Oklah aku pun dah banyak keluarkan air mata sampai disini sahaja aku punya luahan perasaanku ni .

* Luahan Seorang Wanita Yang Berstatus Menantu

Khamis, 8 Disember 2011

Hantar ibu pergi kerja


Hari ni anis hantar ibu pergi kerja, Dengan tak mandinya busuk masam bau.

Jumaat, 2 Disember 2011

Tengok TV


Sekarang  ni sebelum nak pergi hantar anis ke umah opah mesti tengok jery @ epy ni start pukul 7.30am-8.00am pagi. Selalulah ibu ni terlambat pergi kerja.