Khamis, 28 Julai 2011

Bantal Comel

Bantal comel ni, ai buatkan untuk anak buah miera. Baru pertama kali buat nasib baik menjadi, Ukuran bantal comel ni 7'x7'. Buat bantal lagi senang dari membuat kecyhain, Lepas ni dah tentu nak buatkan untuk anis pula

kedatangan Ramadan

Insyaallah 2,3hari  lagi [01.08.2011] kita akan berpuasa.saya percaya ramai yang telah membuat persediaan untuk menyambut hari raya. Bagaimana dengan persediaan untuk menyambut puasa? Dah buat persediaan untuk menyambut kedatangan Ramadan?  Ayuh sucikan diri
 bersihkan juga seketul hati
buang semua dendam dengki
hindar segala caci dan maki

jaga mata dan jaga telinga
kawal lidah dan kawal suara
bawa diri kepada Yang Esa
halaukan pergi riak dan ria

Ada orang kata, makan minum juga sudah boleh dikurangkan sekarang. Kalau biasa makan nasi 3 kali sehari, sekarang dah boleh mula latihan makan 2 kali sehari. Takut nanti terjadi kejutan di hari pertama puasa. Ini bukan fakta ni, hanya orang kata…





Isnin, 25 Julai 2011

2nd GIVEAWAY YANA CRAFT

Assalamualaikum ,
untuk you all semua, sesiapa yang berminat dengan kraf felt, Yana craft menganjurkan
 2nd GIVEAWAY YANA CRAFT sesiapa yang nak hadiah jom lah join ramai2, Hadiahnya pun sangat2 menarik. Ada 3 hadiah tapi kena pilih 1 sahaja, Saya memilih
Felt 1/16 mtr - 10 keping + E-BOOK .


TARIKH TUTUP - 10 SEPTEMBER 2011
PENGUMUMAN PEMENANG - 11 SEPTEMBER

Makan tempe goreng sambil tonton tv

Sekali sekala makan tempe goreng sambil menonton tv sangat sodapnya. Tempe dimakan panas2, fuh boleh melecur mulut, Juadah untuk di petang hari.

Jumaat, 22 Julai 2011

Order Kawan2



Ni minggu lepas punya kerja dah sampai ke tangan mereka , Senang hati kechain dah siap. 2,3 malam juga lah tidur lambat nak menyiapkan ni semua. Layan jelah gambar di bawah ni.


Isnin, 18 Julai 2011

Birthday Mamat


Memandangkan 2, 3 family ada kat kampung, kami buat hari jadi mamat sepupu anis, buat bihun je and potong kek tu je. Majlis yang simple lagi jimat.


Nilah mamat , mak mamat and mak mertua ai sebelah tu bina.

Buat Bina

Ni ai buat untuk bina comel tak, abaikan kuku yang tak cun tu. 

Main Aje


Semalam balik kampung tayang, anis biasalah main je satu hari tak payah tidur pun tak pe. Ni semua permainan alesya sepupu anis, Ada jugalah barang yang diorang rebutkan, pening kepala ibu dibuatnya


Diorang tengah berbincang nak main apa lepas ni.

Hadiah Susu

Beli susu anis 1 pack dapat hadiah percuma pinggan selalunya
kena beli 3 pack susu baru dapat hadiah. Comel juga pinggan ni, Boleh tiru corak kat pinggan untuk buat kraf felt

Khamis, 14 Julai 2011

Order Lagi

Sekarang ni sangat2 sibuk , Ada je keja yang belum siap, Ni yang dah siap 2,3 hari lepas. Layan jelah




Khamis, 7 Julai 2011

Saya dah pandai melukis


Pantang jumpa pen dengan  buku habis di contengnya, Tapi ikut mood juga kalau tak de mood conteng seluar pun jadi, Ni gambar bawah ni ada moodlah pandai ambil kertas sendiri dengan pen.


Lihatlah lukisan saya lawakan.Masa ni saya conteng kertas kerja atok. Saya bosan ibu @ bapa saya lambat balik kerja.

Selasa, 5 Julai 2011

Tasik Titiwangsa @ Taman Setia Alam


Setiap hari minggu mesti nak jalan, Mula2 anis ajak pergi zoo, minggu lepas baru je pergi kesana minggu ni kita jalan2 kl pula. Dengan tak de tujuan kami anak beranak pergilah ke kl, Pergi jalan tar, jalan bukit bintang, tak turun kereta pun. Saje ronda2, nak cari parking bukan senang kat kl tu semuanya berbayar, Last2 berehat di tasik titiwangsa.Sila cuci mata dengan gambar yang ada ni.



Sampai petang jugalah, on the way nak balik rumah singgah dekat taman setia alam saja lepak2 situ. Banyak permainan untuk budak2. Kalau orang tua rasa nak main boleh juga.


Dah naik buaian bukan senang nak turun, kene dukung sambil meraung2

Isnin, 4 Julai 2011

Kecyhain Untuk Diri sendiri

Cuti sabtu yang lepas sempat juga buat kecyhain untuk sangkut kunci  rumah, Kecyhain burung sangat comel.


 Satu lagi kecyhain lalipop untuk tatapan bersama, Order ada tapi kecyhain ringnya dah habis, Belum pergi cari lagi.

Jumaat, 1 Julai 2011

hp strap

Dapat order lagi dari budak2 sekolah, Ni hp strap tulisan jepun / korea saya pun dah lupa. Budak2 sekolah
ni lebih pandai dari kita.


Yang ni pun sama hp strap, Material pun pakai apa yang ada je di rumah.Nak beli banyak2 takut tak de
yang nak buat tempahan, Tapi syukur setakat ni hampir 10 keychain dah saya buat, Tu pun buat waktu malam je. Tayang dah bagi time pukul 11.30 pm kena tidur kalau tak pagi esok tak boleh nak bangun.