Sabtu, 28 September 2013

Ruam susu

alahai muka dah hensem dah tapi ada ruam susu pula dah puas segala petua tuk nenek saya cuba krim klinik pun dah sapu tapi masih belum baik lagi. hari ni nak beli krim kat farmasi pula.


Khamis, 26 September 2013

Kali pertama Anis lihat baby


Balik dari hospital tayang terus hantar saya ke rumah mak. Anis memang ada kat situ. Reaksi anis semasa saya bawa baby masuk rumah. Macam mana baby boleh keluar dari perut ibu doktor potong perut ke tak nampak kesan potong pun. Saya pun tak bijak untuk menipu saya hanya tersenyum. Dan malamnya anis demam. Terpaksalah saya continue dari masa kesemasa panasnya dengan baby sebelah sentiasa nak menyusu. Ini pengalaman untuk saya dalam  kehidupan. Bukan senang untuk menjaga anugerah Allah kena banyak bersabar



Pengalaman Bersalin Bahagian 2

Cerita pengalaman bersalin pun ada bahagian-bahagiannya. Panjang sangat ke. Alhamdulillah perjalanan untuk sampai ke Hospital mengambil masa 40 minit sampai dalam pukul 9 malam. Sampai hospital terus pergi dewan bersalin pergi bahagian pendaftaran. Cauter kat situ siap tanya suami nak masuk  ke semasa isteri bersalin, terus tayang cakap nak tengok ini kali pertama dia dapat lihat, masa anis dulu bersalin di hospital klang.Nurse suruh tukar kain pink dan boleh masuk ke dalam, suami boleh tunggu kat tempat menunggu. Bila masuk ke dalam wad saya tengok punyalah ramai pesakit yang menunggu di atas kerusi sahaja. Bila ditanya bila sampai sini ada yang cakap 7 pagi tadi sampai sekarang belum dapat katil. Saya pun dah mula risau sakit saya pun dah mula on off sekejap ada sekejap tak ada. Jumpa tayang di ruang menunggu cakap dengan dia menyesalnya datang sini. Ramai yang belum dapat katil lagi. Yang kita ni baru datang takkan nak terus dapat katil. Dan-dan tu juga tayang ajak pergi hospital umra tapi nak buat macam mana buku pink dioarang dah ambil. Tak apalah tunggu je lah. Sedang saya tunggu dan berdoa supaya bersalin cepat tiba-tiba air ketuban pecah diatas bangku yang saya duduk bagitau dengan nurse. Nurse panggil nak check bukaan, cucuk jarum di tangan untuk memasukkan air, masa tu adalah seluk menyeluk oleh tangan perempuan india yang besar, sudah buka 4cm dan nurse cakap kalau dah 5cm boleh masuk labour room saya hantar sms pada tayang cakap sekejap lagi nak masuk labour room. Guard kat situ pun akan panggil suami-suami untuk masuk kedalam bila isteri nak bersalin.Saya masuk labour room  pukul 1 pagi. Diseluk tak tahu berapa kali, Tukar kain pink tak tahu berapa kali, air ketuban sentiasa keluar. Paling tak tahan letak tiub pada saluran air kencing. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Sakit tak berapa sakit boleh tahan lagi, Tunggu punya tunggu sampaikan saya cakap nak tidur sekejap. Pukul 3.13am doktor perempuan datang check lagi seluk lagi sambil terang jalan tak buka sudah lama doktor cakap takut baby lemas. Masa tu juga saya kena sain borang untuk pembedahan kena salin tukar baju tudung buka klip rambut , anting-anting tak boleh pakai. Masa tu dah tak tahu nak fikir apa dalam otak ni kosong. Tiba-tiba tayang datang doktor cakap isteri awak ni akan di bedah anak pertama normal anak kedua ni bedah anak ke tiga boleh normal.Muka saya dah sememeh dah bila nampak tayang dia cakap tak apalah dah macam tu rezeki kita . Tayang keluarkan baju baby, Saya rasa dah tak sempat nak di bedah sebab saya dah sakit sangat kali pertama boleh tahan kali kedua cakap doktor saya sakit. doktor tengok kepala dah keluar dan suruh saya teran tayang usap rambut saya.  Teran 2,3 kali Maka   keluarlah baby mohammad tahqif di dunia ini. Kena jahit sakitnya jangan cakaplah bius hanya sekali. Selesai semuanya .Saya bersyukur sangat-sangat last minit jalan buka.Tayang masuk balik semasa proses jahitan tayang kena keluar sekejap siap semua tayang masuk balik doktor suruh bersihkan badan. Saya suruh tayang temankan saya masuk bilik air sekali. Masa tu mana boleh nak bongkok sangat semua tayang buat. Tak lama tu saya dapat katil siap pukul 5am baby datang tayang azankan dan saya suruh tayang balik rumah kat situ punyallah sejuk tambah lagi kat dalam labour room kepala lutut saya ni dah menggigil-gigil nasib baik bawa baju sejuk. Dan petangnya saya dibenarkan balik rumah.

Rabu, 25 September 2013

Pengalaman Bersalin Bahagian (1)

Selamat pagi semua hari ni nak berkongsi pengalaman bersalin saya, Lagi 1 minggu lebih Due date saya 28.7.2013 ada buat check-up di hospital umrah doktor sarankan kena check jantung baby. Saya dah mula cuak sebabnya saya ada kencing manis doktor cakap kalau ada kencing manis tak boleh lewat-lewat kalau boleh seminggu awal, Lagi pun saya belum bersedia kalau masa tu keadaan baby tak ok saya kena masuk wad, pula oh tidak.  Bila doktor check keadaan semuanya ok normal tak payah check jantung baby. Saya seronoknya tak tahu nak cakap macam mana masa tu. Lepas seminggu tunggu punya tunggu tak juga sakit cadangnya nak pergi balik umrah bila di fikir sebab dah 2, 3 hari nak sampai due date takut kena paksa bersalin atau kena belah. Kita tunggu jelah biar sakit  datang semula jadi. Tibalah nuzul Al-quran cakap dengan tayang kan elok kalau bersalin hari nuzul al-quran jatuh hari jumaat.  Bangun tidur pada awal pagi terasa sakit sikit masuk bilik air macam ada darah tapi tak jelas kelihatan darah tu. Cakap dengan tayang dia cakap nak pergi hospital ke, Saya pun tak tahu, Saya fikir balik tak sakit sangat mesti lambat lagi minta berdoa banyak-banyak. Suruh tayang pergi kerja nuzul al-quran tayang kerja company cina mana ada cuti, Anis je cuti. Tayang pun risau dia serba salah nak kerja atau tidak saya yakinkan dia, kalau ada apa-apa saya call, lagi pun mak ayah rumah dekat je. Tayang pergi kerja saya tidur balik bangun pukul 9 am terasa perut sekejap sakit sekejap tidak saya pun takut juga. Saya cakap dengan anis jomlah kita pergi rumah opah ,ibu dah tak larat tak mandi anak beranak pergilah naik motor lagi tu, masih larat lagi. dan tunggu lah saya kat rumah mak @ ayah saya sampai petang tapi tayang sekejap-kejap call ok ke tidak bila dah petang tu tayang call lagi sekali saya cakap lepas berbuka ni jom lah kita terus pergi hospital. Sebelum balik belilah awak punya juadah untuk berbuka saya tak masak. Tayang balik ambil saya dengan anis  dekat rumah mak lepas berbuka dalam pukul 8 bertolak pergi hospital, Sebelum tu tinggalkan anis dulu kat rumah mak. Dalam perjalanan sempat juga cakap dengan tayang kalau bersalin malam ni hari nuzul al-quran kan elok. Kita sambunglah ke episod akan datang bila dah sampai ke hospital sungai buloh.

Selasa, 24 September 2013

Kita kembali Lagi

Assalamualaikum dah lama rasanya saya tak menghadap blog saya ni. Kalau rumah dah bersawang-sawang atas siling tu. Alhamdulillah saya sudah selamat bersalin pada 27.7.2013 hampir 2 bulan sudah masa berlalu baru hari ni nak mengkaborkan kepada semuanya. Sifat malas begitu tebal menguasai diri ini untuk menulis. Bukannya tak ada masa untuk menulis tapi nak menyusun ayat- ayat cinta tu ceh wah..ayat-cinta konon.Selalunya pagi2 ada je masa selepas anis pergi sekolah tayang pergi kerja. Yang baby tidur sampai pikul 12 tengah hari sebabyna pukul 4 pagi baru baby tidur bila paginya ibunya pun sama join sekali tidur. Lain kali lah saya cerita kan pengalaman saya bersalin di Hospital Sungai Buloh bukan Hospital umrah

                                                Ni dia anak teruna saya lahir 27.7.2013
                                                 Nama : Mohammad Thaqif
                                                 Berat Lahir: 2.91kg