Rabu, 29 Ogos 2012

Pergi Klinik Gigi

Hari ni kita bercerita pasal pergi klinik giginya. Kalau bercerita sahaja pasal cabut gigi, tampal mesti semua orang akan takut termasuklah saya. bergegar kepala lutut nak gi sana tambah lagi kalau baring kat kerusi tu, 
tak boleh nak diluahkan macam mana perasaan ketika tu. Masa seminggu nak raya gigi tayang sakit makan   daging sampai mengigil2 tengah malam, beli ubat boleh tahanlah  5,6jam lepas tu sakit balik. Ajak dia pergi klinik gigi sambil tu boleh tampal sekali gigi saya yang berlubang ni , mula2 kecil bila dah lama2 bertambah besar tak sakit pun. 
Balik kerja kul 5.30 petang terus pergi klinik nasib baik tak de orang mungkin bulan puasa, Saya tak puasa masa tu. Daftar sekejap terus doktor suruh masuk dan baring. Tayang pun siap masuk dalam bilik rawatan dia minta kebenarang pada doktor nak duduk kat dalam bilik tu. Ingatkan nak nangis bila doktor buat , Tapi tayang ada malulah sakit pun tahan .Masa tu malas nak fikir apa2 nak cepat2 siap. 
Doktor check ada 2 lubang, doktor suruh cuci sekali . tengok bajet tak cukup pula rugi pula rasanya tak bawa  duit banyak2 maklumlah masa tu nak raya .Biar sakit sekali je . charge 1 lubang rm45  tak boleh mintak kurang 2 lubang dah rm90 ubat tayang lagi. Kopaklah juga rm12+
Masa doktor buat tu tak pandang mata dia pun, saya tutup mata. Lubang bawah besar dari lubang atas, Atas tu kurang sikit kena mesin, Tapi terasa jugalah sampai ke kepala denyutannya, Lubang bawah tu lubang besar jadi doktor kena bersihkan betul2, sebab ada sisa makanan melekat jadi doktor korek. Nasib baik tak lama lebih kurang 10 minit 2 kali kumur2. Doktor check gigi tayang tak boleh nak cabut sebab giginya masih sakit apabila di ketuk. Lepas ni  ada chancelah nak gi cuci gigi . Sapa ada pengalaman cuci gigi sakit tak?
Nilah suasana dalam klinik gigi masa ni tak de orang pun




Isnin, 20 Ogos 2012

Selamat Hari Raya

Nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada kawan-kawan semua.
Jemput datang rumah.


Isnin, 13 Ogos 2012

Shopping Raya


Sabtu lepas sempat pergi menapak ke bukit tinggi lepas buka puasa sebetulan nak bermalam di rumah adik ipar melencong dulu ke jusco bukit tinggi sampai pun dah kul 9.30lebih nasib baik tutup pukul 11.00 Dapatlah membeli seluar yang ada offer. Barang anis je tak beli sebabnya semua dah ada Ayah pun dapat juga membeli seluar dengan baju. Kedai ni dah hampir tutup

Menunggu ayah beli seluar kat kedai tu sampai anis baring kat kerusi koridor masa tu pun dah pukul 11 lebih

Tak tangkap pula gambar seluar yang kami beli tu

Jumaat, 10 Ogos 2012

Tampal Gigi

Pernah tak kamu semua pergi klinik gigi untuk tampal gigi yang berlubang, Apa perasaan ,takut,  fobia . Sakit tak tampal sebab saya dah lama tak tampal, Waktu sekolah rendah dulu, Sekarang dah lupa macam mana sakitnya WHAT YOU SAY, Saya masih mencari kekuatan diri untuk pergi menapak ke klinik gigi malam ni

Kuih Raya

Jom menghangatkan dengan membuat kuih Makmur. Resepi yang sangat senang untuk dibuat, Pertama kali buat terus menjadi. Ni saya sertakan sekali dengan resepinya

Kuih Makmur
 500 gm tepung gandung* 1/2 kg tepung
 80 gm gula halus
 minyak sapi [ikut lembut boleh kepal] * sy beli 120g harga dlm rm5 lebih habiskan semua
 1 biji telur
 Bahan Inti
 300 gm kacang tanah
 70 gm gula halus *sy guna susu pekat jangan bagi inti tu berderai
 Gula icing [untuk salut kueh]

 Cara
 1. Gaulkan semua bahan doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
 2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
 2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula./ susu pekat
 3. Ambil doh dan leperkan.
 4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma.
 5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak)
6. tunggu kuih sejuk sikit baru golekkan dalam gula aising

bersedia untuk dimasak

kuih dalam oven

Siap hanya dapat sy balang kecil ni je.
Inilah kuih saya selamat mencuba

Khamis, 9 Ogos 2012

Kasut Raya

Seperti tahun2 lepas Persiapan untuk anak lebih penting dari ibu- bapa. malam tadi jalan makan angin sambil lihat gelagat manusia bershoping untuk hari raya. Masuk satu kedai kasut, kedai biasa je. Ayah nak beli selipar pakai dirumah,  Belik2 kasut budak terpikat pula pada sepasang kasut ni lembut ada tali sikit.
Tak nak beli kasut yang tutup semua sebabnya panas dan takut melecet pula.
sempatlah tangkap gambar kasut kat kedai tu. tu pun sorok2 malu ramai sangat orang tu pun pakai hp je




Rabu, 1 Ogos 2012

Baju Raya Tema Apa


Setiap tahun mesti pening memikirkan tema baju raya untuk keluarga. Nak serupa macam orang lain. Setiap tahun ada tema warna. Masalahnya baju anis dah siap buat oleh ibunya lagi 2 pasang warna yang berbeza. Tahun ni , ibunya memang tak buat baju kurung nak beli nak berasa pakai baju yang dah siap dibeli readymade. Semalam jalan2 kuala selangor masuk  1 butik ni jual baju kurung moden kain siffon, baju ibu dan anak sangat cantik semuanya.
Ayahnya pula suruh membeli 1 baju kurung moden bagi kat anis. Memang cantik tapi duitnya pun cantik. Sekarang ada 3 pasanglah baju kurungnya. Beli warna coklat ni, Ayahnya pun nak cari baju melayu warna coklat yang sama. Terpaksalah tahun ni warna coklat ni. Tunggu waktu raya nanti anis pakai baju kurung moden kain siffon tu nya.