Selasa, 21 Mei 2013

Storage Box

 
Sukanya dah lama mencari storage box yang besar dan murah Kebetulan pergi giant ada promosi pula 1 bekas ni rm10 besar pula tu saiznya 57(l)x36(w)x31(h) cm, belilah 2 sekali 1 bekas boleh letak baju baby 1 bekas lagi boleh letak mainan anis yang dah tak cukup tempat tu.Ikut kan hati nak beli bekas yang warna putih boleh nampak isi didalamnya tapi memandangkan harga yang tak berpatutan beli jelah yang ni. Motif  lainnya bila baju baby dah tak muat masuk dalam  bekas ni ada 1 lagi almari baju kanak-kanak , Bekas ni boleh aku susun dalam bilik stok untuk letak mainan anis barulah tersusun. Bulan depan mesti aku nak kena beli lagi 2 storage box ni,  bising lagilah tayang.
 
 
 


Isnin, 20 Mei 2013

Basuh Baju Baby

 
Sabun baju baby dah beli hari ni kita mendobilah pula sementara anis pergi sekolah bolehlah membasuh baju dengan hati yang senang tanpa ada ganguan oleh si anak dara yang sibuk tu. Semuanya ada 3 baldi tak delah banyak sangat hanya cukup-cukup je untuk menyambut orang baru. Ni guna cecair ABC dari jenama pureen letak sikit je tapi banyak buih.
 

Ni pula baju lama kakaknya punya, letak clorok sikit bagi putih dengan letak nila sikit.
 
Dalam baldi ni semuanya baju baru sakit pinggang membilas. Buat kerja ni  banyak rehat dari membilas nasib baik keringkan guna mesin tak delah sakit pinggang sangat

tak sempat nak tangkap gambar masa baju ni di jemur ingatkan nak tangkap  masa balik dari ambil anis dari sekolah. Tapi rupa-rupanya anis terlebih rajin dia dah angkat semua baju baby di ampaian tu tanpa aku suruh

Isnin, 13 Mei 2013

Expo Baby Mid Valley

 
Salam semua. Akhirnya pergi juga expo baby di mid valley dapat jugalah merasa kat situ tak de nak beli sangat sekadar nak lihat-lihat je harga dengan barang apa yang berkenan. Pergi hari ahad biasalah ramai Orang nak cari parkin pun dah setengah jam. masuk dalam tu ramainya manusia dah lah tempatnya tak berapa nak besar. Semuanya berasak-asak yang bawa stoller  tu ada yang terlanggar kaki.  Tengok juga breastpump avent tapi mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan org jual di online. Kali ni hanya beli 3 pasang baju 1 sabun baju dengan tuala fify tu je. Tak pelah lain kali boleh beli lagi. Tengok juga harga pampers huggis , pet-pet tak jauh bezanya dengan tesco.
Next shopping nak pergi maydin pula nak beli minyak-minyak mungkin maydin murah sikit kot
 

Pucuk Ubi Masak Tempoyak

 
Sudah berhari-hari makan pucuk ubi kutip dari kampung tayang. Macam-macam dah masak last sekali masak pucuk ubi tempoyak ni baru pertama kali aku buat berasaskan sayur selalunya aku buat gulai tempoyak ni hanya ikan sahaja. Tapi hari ni istimewa sikit.Aku tak pernah rasa pucuk ubi tempoyak ni hanya agak-agak je kesedapannya. Sedap jugalah kalau sekali sekala makan 
 

Selasa, 7 Mei 2013

Kerja-Kerja

 
Alhamdulillah selesai PRU13, walaupun ditempat aku tak memihak pada BN tapi aku terima keputusan ini. Hari ni nak cerita tempat kerja baru saya. Hampir setengah bulan aku duduk di rumah menjadi surirumah sepenuh masa. Menunggu baby yang bakal lahir pada bulan puasa nanti, Memang sebelum berhenti kerja lagi aku dah bercadang kalau dah berhenti kerja aku nak kerja jahit baju di kedai kat tempat aku duduk ni part time pun tak apa asalkan dapat pengalaman dan ilmu macam mana orang pakar potong dan jahit baju.Adik aku dah terlebih dahulu kerja di situ dan aku tanya2 adik aku ada ke nak org lagi dia pun offer suruh aku kerja part time di situ untuk cantumkan baju kurung memandangkan aku ada mesin jahit di rumah boleh aku buat kat rumah sahaja. Alhamdulillah dah berbelas juga lah baju yang telah aku cantumkan. Tak lama lagi kandungan aku dah nak masuk 7 bulan rasa macam dah tak larat nak menjahit lepas ni nak minta jahit sulam pada leher sahajalah 
 

Ni kain yang belum di jahit. Aku tak jahit kain, Aku hanya jahit baju sahaja.


Jumaat, 3 Mei 2013

Perangai anak Sulung

 Betul orang cakap penat bekerja di office tak sama penatnya melayan anak sendiri dirumah. Sekarang anis pergi sekolah aku hantar balik aku ambil sepanjang hari dengan aku di rumah segala perangai , kelakuan yang tak boleh di buat di rumah nenek @ atuknya akan di buat dirumah bersama aku.Perangai anis pun boleh membuatkan aku hilang sabar. Aku rasa mungkin dia tahu nak dapat adik kot. Bangun pagi mesti aku kena berhati2 silap sikit merajuk menangis nasib baik anis rajin pergi sekolah, tu aku tak risau. Kalau ada mainan baru mesti nak di bawa kesekolah. Sampaikan anak patung kesayangan dia pun selalu dia angkut bawa kesekolah. Sekarang ni ada baju baby yang aku baru beli, Hari-hari dia bawa kesekolah  aku pun dah malas nak marah. Balik sekolah 1 hal lagi nak balik yang paling lambat sekali sama macam cikgu, Dia nak main dulu sebenarnya, Anis tak tahu yang ibunya ni risau. Kalau aku datang awal mulalah menangis masa tu juga bukan nya malu dengan kawan2 atau dengan cikgu suruh ibunya pakai kan stokinlah  pakaikan kasutlah.Aku pun malas nak cakap banyak pakaikan jelah kalau dulu aku kerja atuknya ambil kat rumah ,baru nak buat muka masam. Kalau aku ambil masa tu juga buat muka masam. Kalau duduk rumah ada je kerja dia nak buat cthnya tarik pokok cili aku, Sabarnya aku ni. Mak aku pesan jangan sesekali marahkan anak pukul anak sebabnya aku mengandung takut sakit nak bersalin nanti segala sakit anak yang kita buat sebelum ni datang balik pada kita. Itu pesannya. Pesan dari orang tua-tua
. Rasanya nak bersalin cepat2 biar berubah sikit perangai anis ni.