Khamis, 25 Oktober 2012

Masak Untuk Raya Esok

Selamat petang semua, Dan selamat menyambut hari raya haji esok.Petang ni kat rumah mak mesti ada masak2 rebus nasi impit, buat rendang. Maaflah nya mak anak mu ni masih bekerja nanti petang anakmu ni akan balik menjenguh dapur maknya.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Pajeri Terung

     Selama bergelar isteri ni belum pernah lagi masak pejeri terung atau nenas sebabnya saya bukan penggemar pajeri makanya tak lah wajib untuk belajar masak tapi pajeri adalah kegemaran en tayang terutama sekali  pajeri terung, Selalunya Kat umah MIL hanya tolong kacau2 je  bila mak mentua masak pajeri tak pernah pun  nak tahu masaknya macam mana  Tapi sampi bila tak nak belajar. Semalam beli terung kat pasar  ingatkan nak masak terung sambal tu memang favorite saya  Kesian pula kat tayang makanan kegemaran dia ,tak nak pula  masak,  Dengan gigihnya google cari resepi pajeri terung , Balik  semalam belilah kerisik itu yang penting kat dalam peti ais  memang dah ada kelapa parut  ingatkan nak buat sendiri je kerisik. Tapi memikirkan masa, tak  jadi, beli je. Senang jimat masa 

     pertama kali buat terus jadi sangat sedap ok. Kuahnya  lepas ni boleh buat lagi  Kat sini saya nak kongsi resepi yang saya dapat 





  *terung belah 2
  *bawang merah agak2 sahaja
  *bawang putih
  *halia 
 ni semua di tumbuk kalau tak tumbuk atau kisar pun tak apa  kat rumah saya semua bahan tu dah sedia di kisar untuk stok seminggu
* bunga lawang * kayu manis kat rumah saya ada 2 jenis ni je  yang ada
* cili mesin 2 sudu ikut kepedasan
*rempah kari 2 atau 3 sudu letak air kacau tengok banyak mana  kuah yang nak di buat  
 * asam keping atau asam jawa 
 * santan kalau sikit tambah air, kelapa yang saya simpan kat peti ais dan berbau terpaksa guna susu anis susu sustagen.
 * kerisik satu sudu  * udang kering di tumbuk 
cara-cara
 *mula2   goreng terung sampai kekuningan tak goreng pun tak apa.
*tumis semua bahan yang dikisar tadi.  Masukkan bunga lawang, kayu manis bila dah naik bau masukkan cili mesin tadi, masukkan rempah kali kacau sampai pecah minyak masukkan terung kacau sebentar.
Masukkan santan, air asam jawa sikit, kerisik  udang kering  garam sikit kacau  dan rasa . Tunggu sebentar sampai kuahnya pekat  rasa terungnya nak lembik baru di hidangkan siap.  
ok siap pasti sedap

Khamis, 18 Oktober 2012

Masalah Najis@ Berak

     sekarang ni anis selalu berak keras, nasib baik anis pandai teran, ada jiran tu  anak dia tak pandai teran mak dia sedut, tapi tak tanya pula sedut macam mana Dah bagi makan pisang, air kosong kurang minum , beli juga pati ribena dengan vitagen  kesannya selepas minum air ribena dengan vitagen ada lembik sikit   najisnya. Nak tukar susu pun dah malas anis bukannya senang nak tukar semunya dia rasa tak sedap Orang cakap susu yang lama panas tu sebab berak keras. Dah cairkan tapi tetap sama juga.   


Rabu, 17 Oktober 2012

Port Klang


Setiap hari ahad mesti nak jalan je, minggu tadi kami pergi port klang. Nama lainnya tangjung gila.
Masa bujang2 dulu adalah lepak2 kat tanjung gila. Bukan berdua ok. Tapi ramai ada 4,5 orang kawan yang ikut
.kali ni datang lagi bawa anis. Kami baru balik dari rumah adik ipar kat kota kemuning singgah sekali kat sini, 
 ramainya orang.
 Kat sebelah ni ada kapal tapi malas nak tangkap gambar . Tangkap gambar anis tengah main belon ni je
Selalunya main belon ni kena tiup sendiri , tapi kat sini tak payah tiup hanya celup dan angkat  je batangnya . Mesti menjadi belon. 
kat sini anginnya sangat kuat.


Ramai budak2 main belon macam ni.


tengoklah tu seronaknya

permandangan yang mendamaikan

nanti ibu @ ayah datang laginya kat sini

Isnin, 15 Oktober 2012

Program Latihan 1 Malaysia

            Adakah aku minat menjahit, Minat sangat tu tak de hanya suka2 je.  Boleh lah lepas buat baju kurung anak aku.  menjahit hanya kerja sampingan sahaja. Dan aku baru tahu giatmara berdekatan  tempat aku tinggal  ada buat program latihan 1 malaysia untuk kelas fesyen   tanpa mengenakan bayaran  selama sebulan hanya sabtu dan ahad, Aku suka……………….nya tanpa melepaskan peluang, Free kan laju jelah aku call giat mara sungai buloh  Dia bagi keterangan,  kat situ baru dibuka kursus fesyen sahaja.Tunggu cukup 15 orang  dan akan panggil untuk belajar. Pendaftaran boleh di isi melalui borang yang ada di  dalam internet atau pun pergi ke cawangan giat mara yang berdekatan Di sini aku sertakan link untuk korang yang nak mengikuti kursus progam latihan 1 malaysia boleh klik ni
http://www.giatmara.edu.my/

Jumaat, 12 Oktober 2012

Morib Gold Coast

Impian belum tercapai ingin pergi ke Morib Gold Coast, Bilalah impian ku ini akan tercapai agaknya 


Khamis, 11 Oktober 2012

Jelapan Ipoh


Sabtu lepas pergi kenduri di jelapang ipoh jauhnya 4jam perjalanan. Lagi lama perjalanan dari duduk kat rumah pengantin. Ni masa berhenti berehat kat hentian ipoh dah hampir sampai.




Saja suruh anis bergambar kat sini, ingatkan nak tangkap berlatar belakang gunung tapi tak nampak

atuk anis dah penat baru habis makan. rehat sebentar. Nak ujan time ni.

Pelamin je sempat tangkap. pengantin lambat keluar. Sebab hari hujan kat luar sana.

Selasa, 9 Oktober 2012

Pisang


Sapa pernah jumpa pisang warna ni, Mula2 saya jumpa pisang warna seakan warna merah kat rumah mak mentua, dia cakap buat cekodok sedap.Pisang udang namanya, sapa2 baru first time lihat pisang warna macam ni jangan terkejut. Tambah lagi depan mak mentua




Rabu, 3 Oktober 2012

Weeked

 
Berjalan pada hari minggu lepas ke sunway lagoon. Masuk Beratus2 ringgit untuk 3 orang kalau tak main semua yang ada kat situ , amatlah rugi. First time anis masuk ke situ tapi tidak bagi saya dengan tayang. Sebelum kahwin dah pernah masuk 2,3 kali kat sini tapi tak mandi. Ni kali nak merasa mandi manda kat sana.. Sampai kul 12. lebih masuk dapat makan free ye banyak pula tu juadah2 yang ada 
 
Anis cuak takut naik jambatan
 


 
 
anis takut 

 
 
dah happy time untuk mandi



bestnya


Jom naik benda alah ni