Isnin, 30 April 2012

Anis dah Tak de keje


Ni gambar malam jumaat yang lepas, Anis dah tak de mainan lagi nak main, Ambillah kereta yg ada dalam stor bilik, bawa depan duduklah mengangkang kat depan tv.

Buat Kek

Salam hari isnin. Hari ni nak post pasal saya buat kek hari sabtu lepas, Buat kek mentega mengunakan braedmaker, Sangat mudah main campak2 dalam tu tunggu sampai 2jam 30minit siap tapi terkeras sikit sebab telur kurang ikut menu telur 5 biji tapi saya letak telur 3 biji itu je yang ada. Tapi lain kali kita buat lagi ni saja nak test , Lepas ni nak buat roti arab pula tapi orang cakap guna tepung roti , saya belum jumpa lagi. compius , ada pernah terjumpa tepung gambar roti jenama blue kay itu kedia siapa boleh tolong .

Jumaat, 27 April 2012

Misi Mencari Stroller

Minggu lepas kami balik dari sogo, anis ternampak ada budak bawa stoller mainan warna pink. Ibu ada juga nampak kat pasar orang jual stroller tu, tapi bila cakap dengan anis dia tak nak pula. Tiba-tiba nampak je buadk tu yang bawa, terus nak suruh ayah carikan ibu cakap tunggu hari rabu ada pasar, Memang ada jual kat pasar malam. Kebetulan semalam tak kerja carilah kat econsave tak juga jumpa.


 Petang semalam pergi pasar , cari2 nasib baik ada jual tu pun tinggal 2 pilihan je. Ambiklah yang ni dari tak de. Balik rumah pusinglah 1 rumah dengan baby.

Khamis, 26 April 2012

Buat Account Maybank

Semalam kami laki bini keja haffday . petangnya nak pergi buka account maybank, Alhamdulillah bisnes pun ada kemajuan sikit, Encik suami pun bertambah yakin dan memberi sokongan terhadap  si isterinya. Permulaan buka account kena ada deposit rm250.


Sekarang ni ada 3 pilihan kad, 1 gambar kat yg lama kuning @ hitam. 1 lagi gambar ceri, 1 lagi gambar chelsea kot 1 pasukan bola sepak. Saya pilih ceri

Anis mestilah bawa sekali mana boleh tinggal. Ayah yang ambil anis kat rumah opah. Lepas ni nak beli stroller mainan boleh tolak baby.

Rabu, 25 April 2012

Jalan-jalan KL

Ye sogo ada sale jom habiskan duit kat sogo. Minggu lepas pergi kl dengan berbekalkan duit yang tak berapa nak ada. terjah jugalah kl, mula2 nak beli barang craf ibu je. Anis pula nampak belon rm5.00 depan sogo, nangis2lah dalam kereta nak beli belon macam sebelum ni tak pernah beli, tiap kali pergi pasar beli belon.
Jom lah masuk sogo kejap, cari paking tu pun dah kena rm8.00 untuk 2jam.
Memang rambang matalah masuk sogo macam semua nak beli, baju handbag sabar2. Waktu ni orang ramai tengah memilih pakaian.


Ni kat tempat foot tapi tak makan pun . Tengok air pancut je,


Keluar cari kfc bagi anis makan, kami mak bapa nak makan nasi kat meru terpaksa berpuasa sekejap

Kentang dengan sayur kegemaran anis


Jom lihat hasil kraftangan saya http://www.facebook.com/pages/ida-krafsupply/185003671603423?ref=tn_tnmn

Selasa, 24 April 2012

Main Layang-Layang


Masa ni petang sabtu, Habis anis selongkar mainan 1 rumah , terjumpalah pula layang-layang. dari pagi bawalah ke tengah hari main layang2 dalam rumah. Bangun tidur petang main lagi sampai ayah balik.
Mungkin ayahnya tengok anaknya main layang2 dalam rumah dia pun ajaklah gi pantai.
Si ayahlah yang seronok main bukan anaknya. Anis main sekejap je. Ibunya lagilah melencong ketempat lain cuci mata sekejap lihat orang jual tudung, baju, kasut.


 Main kat sini dekat dengan pokok, last2 tersangkut nasib baik boleh turunkan.
Jom lihat hasil kraftangan saya http://www.facebook.com/pages/ida-krafsupply/185003671603423?ref=tn_tnmn

Isnin, 23 April 2012

Game

Salam di pagi isnin. Saja nak tempek gambar anis tengah main game boling kat tesco siap pakai baju kurung kain polkadot, tak dan nak tunggu raya.

Jom like page saya http://www.facebook.com/pages/ida-krafsupply/185003671603423?ref=tn_tnmn

Isnin, 16 April 2012

Buat roti canai sendiri

Cuti hujung minggu kalau tak dihabiskan masa dengan makan dan tidur tak sah, Semalam buat roti canai sendiri. Rasa tak percaya pula, sedap pula tu. Sarapa pagi makan roti canai. Bangun tidur waktu petang pun makan roti canai. Bila petang ada 3 keping lagi. ibu dan anis makan 2 keping tingggalkan ayah 1 keping ada ke cakap tak cukup. Tak pe nanti ibu buat lagi minggu depan.
Uli tepung ni guna mesin bread maker campak2 je dalam tu.Baru tebarkan pakai tangan. Ni je pic yang sempat ditangkap , Kan berminyak pic pun tak banyak.

Ni tengah goreng .
Ni dah siap sedap, Ambil resepi dari internet je.

Sekarang ni saya ada buka page jual tudung, jom ramai-ramai lihat koleksi tudung saya http://www.facebook.com/AnisdahStyle

Isnin, 9 April 2012

Sungai Congkak


Semalam kami pergi sungai congkak dah lama rasanya tak jejak kaki ke sana lebih 5 tahun, Sebelum kahwin ada jugalah pergi sana, Lepas kahwin dah ada anak belum pernah pergi, Ni lah kali pertama anis pergi air terjun macam ni. Pagi2 dah masak nasi bawa bekal. Bangun tidur je terus tanya dengan tayang nak gi berkelah ke, Tayang angguh je kepala terus masuk dapur, masak apa yg patut.


Bawa bekal nasi, sup ayam, ikan bilis goreng gaul dengan ubi kentang pedas dengan ayam goreng, sambil tu bawa sekali biskut, Habis licin tak dan nak tangkap gambar.



Bawa sekali ucu. Seronoklah dia, Ucu memang tak pernah pergi lagi.





Ni baru pick anis, gambar tak berapa banyak soryyyyy.



Lain kali boleh datang lagi, Rasa macam tak puas mandi manda.

Rabu, 4 April 2012

Minggu ni dapat basikal baru, ayah belikan. Sebelum ni ada basikal tapi rendah sangat beli paling kecil. Yang ni tinggi sikit. Warna pink lagi tu. Mungkin ayah rasa tercabar kot tengok anak jiran sebelah ada basikal tinggi untuk anak orang tu sebaya dengan anis, terus esoknya ayah belikan basikal untuk anis fesyen, warna semuanya sama. tak cakap dengan ibu pula tu nak beli basikal. Balik kerja terus keluarkan basikal. Ni basikal tak boleh bawa keluar nanti kotor, anis cakap macam tu lah dekat ibu ni. kita iya kan jelah.