Jumaat, 14 Januari 2011

MAKANAN PELENGKAP - PEDIASURE COMPLETE


 Ibu tengok anis kurang selera makan, Ibu bagi vitamin appeton sama je kurang selera makan .Ibu beli susu pediasure ni just bantu tingkatkan selera makan anak-anak ajer. bukan boleh diambil macam minum susu FM biasa. Dier agak manis dari susu lain kerana kalori yang ader di dalamnya lagi banyak sebab itu ia agak manis. tertulis kat tin susu tu ia sesuai untuk anak yang cerewet makan, yang sakit dan perlu makan menggunakan tiub. kalu unutk kanak-kanak yang duk hospital yang makan menggunakan tiub, mereka akan gunakan susu ini sebagai ganti makanan sebab ia membekalkan kalori. sukatan yang nak diberikan bergantung kepada berapa banyak makanan yang kita nak bagi. ikut sukatan susu pediasure ni untuk menghasilkan 125 ml makanan, hendaklah 5 skop susu dengan 190 ml air. tapi hati-hati bebudak yang diebetik tidak sesuai menggunakan susu ini.
Ibu  bagi anis susu ni 2 atau 3 kali sehari  jika dia tetap tidak mahu makan langsung walaupun dah offer macam2 makanan. . kesian kalau anak tak nak makan langsung, nanti dia lembik   plak.
sekarang ini nampak dah sedikit perubahan terhadap anis setelah hampir 3 minggu memperkenalkan pediasure ni. Anis nampak sudah berminat kepada makanan terutamanya nasi. kalu dulu, susah dia nak minta nasi. ini bila ajak makan nasi, cepat ajer suap. kira berkesan la tujuannya untuk  meningkatkan selera makan anak.
Ibu masih meneruskan sehingga selera anak meningkat sedikit lagi. harap-harap kalu dah berhenti minum pediasure ni dia tetap berselera nak makan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan