Jumaat, 30 Disember 2011

Pendekatan Psikologi Dalam Mendidik Anak

Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.

1. “Buatlah Pilihan Sekarang.”
Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupun ketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, anda mahu mereka bermain di luar agar anda boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak anda masih berdegil.


“Kakak, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar.” Jika dia masih berdegil, anda boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, “Mama rasa, kakak memang nak main di luar.” Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatih dia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.

2. “Mama Sayang Kakak, Tapi Cara Kakak Tu Tak Betul.”
Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana anda mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.

3. “Boleh Kakak Tolong Mama?”
Jika anak mengganggu ketika anda memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas. Ajak mereka membantu anda membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggung jawab


4. “Apa Sebenarnya Yang Kakak Nak Cakap?”
Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mama ni teruklah!” atau “ Kakak benci mama!”. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidak dapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya.

Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila anda menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan kakak marah sangat pada mama? Sebab kakak tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa anda menyuruh dia tidur. “Mama bukan tak bagi kakak tengok TV. Hari dah lewat, esok kakak nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, kakak mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang anda sememangnya wajar demi kebaikannya.
* Ada sesetengah ibu-bapa akan bersikap lemah-lembut dengan orang lain tapi kalau dengan anak sendiri terpekek terlolong contohnya semasa anak tu mengacau ibu semasa memasak.

Selasa, 27 Disember 2011

Kuih sari ayu

Cuti hari sabtu lepas mengisi masa lapang dengan buat kuih sari ayu, Bukan susah mana pun senang je, Resepi pun copy kat internet je. Rasa macam susah nak buat rupanya senang je. Lain kali boleh buat lagi

Semua bahan di mesin. Saya tak tulis bahan2nya cari sendiri ye kat internet banyak

Kelapa dengan tepung ubi, garam digaul dan dimasukkan kedalam acuan kuih dan tekan kelapa tu supaya menjadi padat

Kukus selama 15 minit, dah jadi boleh terus makan


Selamat menjamu selera

Rabu, 21 Disember 2011

Zaman kanak-kanak

Baru Teringat zaman  keanak-anakan
Masa dulu-dulu anda pernah buat camni tak ? Saya selalu buat macam ni

1. masuk ke dalam bilik, lupa ape yang nak dibuat, keluar semula, baru ingat semula. Bila dah besar ni pun ada masanya terlupa juga.
2. masa kecil, lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
3. masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni--> ♥
4. tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati
 
Nilah gelagat kanak-kanak yang masih saya ingat.
5. cuba  'balance'kan suis lampu antara ON dan OFF

Isnin, 19 Disember 2011

Diberkati

Allah beri kita matahari..tiba2 turun kilat dan petir..kita tercari2 mana matahari..rupa2nya Allah nak beri kita pelangii
Mudah-mudahan hari ni kita diberkati olehnya

Jumaat, 16 Disember 2011

Kutip Buah-Buahan

Minggu lepas balik kampung, Sempatlah kutip buah rambutan tu pun tak berapa banyak.


Tengoklah anis dah tak tahan sangat  kena gigit nyamuk je, Last2 balut kepala dengan tuala

Khamis, 15 Disember 2011

Tentang Dhia

Hari ni pun dah hari khamis sesiapa yang peminat setia drama tentang dhia ni mesti tak sabar2 nak balik, nak tahu kisah seterusnya drama tentang dhia ni. Hari ni nak  cerita tentang sinopsisi untuk minggu ni 

SINOPSIS EPISOD MINGGU INI :


Esah memberi amaran kepada Ku Salmi agar tidak mengganggu keluarganya. Ku Salmi memaksa Pak Boon segera bertindak mengenakan sihir pada Esah sebelum dia bersuara. Akibatnya, mereka sekeluarga mula diganggu termasuklah Dhia.

Raffi membantu membayar kesemua hutang Melly pada penjahat dalam usahanya untuk menyelamatkan Melly dan anak. Sementara itu, Pak Boon terus menyi...hir Esah agar Esah menjadi tidak siuman.

Dhia mengamal membaca zikir dan Quran supaya dirinya dilindungi seperti yang diminta oleh Esah dan Ustaz Naim. Amalan Dhia ini menyebabkan hantu raya belaan Pak Boon kepanasan dan membunuh Pak Boon.

Ku Mariam yang sudah termakan hasutan Ku Salmi terus-terusan bertanya tentang anak pada Dhia. Zikir tidak selesa dengan cara keluarganya melayani Dhia. Melly mulai mengingati kisah silamnya manakala Rose membuat keputusan untuk memakai tudung supaya dapat memikat Zikir.
hari ini juga adalah episod dimana mummy Zikir terima pembalasan dan juga mama Dhia akan jadi seperti org 'gila'.. gila sebab apa kita tengok sama2

Balik Dari Kenduri

Peace saya baru balik dari kenduri kahwin. Tengoklah saya dapat doorgift. Sebelah tu anak patung saya punya

Luahan Seorang Wanita Yang Berstatus Menantu

Selama ni pun aku banyak bersabar, Diam, kalau mereka cakap pasal cucu kesayangan diorang. Selalu nak banding2kan anak aku dengan sorang cucu kesayangan diorang tu. Aku tahu sebagai menantu tak patut aku melawan cakap mereka, Tapi selama mana aku boleh mempertahankan kesabaranku ini, Sejak anis kecik lagi mereka suka bandingkan anak aku dengan cucu kesayangan diaorang. Aku tahu anak aku tak pernah tinggal kat kampung bersama mereka, lainlah kalau cucu kesayangan diorang tu selalu tinggal kat kampung, Kalau balik kampung sudah menjadi kemestianlah aku nak bergaduh dengan suamiku, disebabkan aku makan hati dengan mak bapak mentuaku. Aku hanya boleh tarik muka seribu je. Takkan aku nak bertegang urat dengan mentuaku. Diorang pun ibarat ibubapaku juga derhaka kalau melawan cakap mereka, Aku tahu mak bapa mentuaku baik orangnya tapi aku tak boleh tahan dengan sikap diorang yg selalu nak bandingkan cucu2nya. Aku pun sedar anak aku kulitnya kurang cerah, kurus kurang makan nasi tapi tinggi, kuat minum susu pun tetap kurus. Tapi anak aku comel kalau you all tak puji pun tak apa aku puji untuk anak aku.
Kalau boleh masa balik kampung tak nak bertembung dengan cucu kesayangannya diorang tapi selama mana tak bertembung sebab itupun kampung dia juga.Tapi aku rasa jiwa dan perasaan ku ini dah nak meletup je. Selama mana boleh aku bersabar ye. Tapi diorang lupa agaknya cucu yang lain, cubalah bandingkan anak aku dengan cucu yang lain, Sikit2 cucu yang itu je,
Kalau difikirkan balik perangai ku ini macam kanak-kanak. Sikit2 terasa. Oklah aku pun dah banyak keluarkan air mata sampai disini sahaja aku punya luahan perasaanku ni .

* Luahan Seorang Wanita Yang Berstatus Menantu

Khamis, 8 Disember 2011

Hantar ibu pergi kerja


Hari ni anis hantar ibu pergi kerja, Dengan tak mandinya busuk masam bau.

Jumaat, 2 Disember 2011

Tengok TV


Sekarang  ni sebelum nak pergi hantar anis ke umah opah mesti tengok jery @ epy ni start pukul 7.30am-8.00am pagi. Selalulah ibu ni terlambat pergi kerja. 



Rabu, 30 November 2011

Cuti Di Bukit Melawati

Semperna cuti Awal Muharam isnin lalu, Dengan bangganya kami laki bini pun cuti kerna anis kurang sihat. Kalau nak ikutkan isnin tu kerja. Bawa anis pergi klinik sekejap dan terus pergi bukit melawati selalunya hari biasa boleh bawa kereta naik atas bukit, Kebetulan isnin public holiday kenalah naik keretapi naik atas. Waktu pun dah tengahari, mood pun kurang untuk bergambar ini jelah yang sempat ditangkap guna hp je.
rumah api

Destinasi ni penumpang boleh turun, Kami tak turun pun sebab dah biasa pergi, Naik keretapi ni tak pernah lagi baru nak merasa.

Piece, Tambang naik keretapi ni dewasa rm3.00 . Kebetulan masa tu jiran yang jaga tiket so dapatlah percuma

Sesiapa yang pergi kesana bawa beg plastic habislah dia kejar. Monyek kat sana pantang nampak beg plastik yang dia tahu makanan je dalam tu.
Habis dah, Lain kali boleh naik keretapi tu lagi

Rabu, 23 November 2011

Pinggan Mangkuk Melamin

Setiap kali pergi makan kfc mesti saya belek2 pinggan disitu. Jenama melamin je. Ikutkan hati nak beli set macam pinggan kfc tu cantik , simple je,kat umah ada juga pinggan melamin tapi ada bunga2 macam kurang cantik pula. Lagi pun dah buruk itulah alasan nak dapatkan set pinggan yang baru.
Sapa ada jual set pinggan melamin macam di bawah ni nanti inform pada saya ye.

Selasa, 15 November 2011

Shopping Ke Jalan Tar

Semalam pergi jalan tar, Nak pergi kedai syarikat bunga reben nak beli kain felt. Berkenan pula dengan kain polkadot ni memang murah sangat, 2 pasang tak sampai rm50. Menyesal pula tak rembat 4 pasang boleh bagi mak dengan mak tayang sekali. Rembat corak yang ni je sebab tak plan dari mula lagi nak beli kain. Maaflah gambar tak clear.




Ni pula kain felt untuk buat craft. Beli 1/2meter. Mata pun dah naik rabun memilih colour, Memang banyak, Seronok pergi kedai syarikat reben tu macam nak borong semuanya.


Ni pula button macam2 ada, Hanya sediakan duit je.

Lain kali bolehlah pergi lain sebab dah tau kedainya, Mula2 tu jenuh juga mencari last2 jumpa.

Jumaat, 11 November 2011

Besday Anis

Ramai orang buat entry 11,11,2011. saya pun nak buat entry juga lah, Nak Ucapkan Selamat Hari Jadi ke 3 kepada Nur Anis Nabihah, Semoga menjadi anak yang baik, bijak, pintar , 

Belum ada berkesempatan untuk beli kek lagi.

Menu Masakan Tengahari

Sempat juga masak tengahari semalam daging masak kari, daging korban, Semalam ambil cuti tahun yang masih banyak lagi, Dapatlah merehatkan badan. Jom lihat2 pic masakan saya semalam

daging masak kari


sayur campur

ikan goreng je
selamat menjamu selera

Rabu, 9 November 2011

Pagi Hari Raya Haji

Mau pergi makan kenduri korban, Dah siap pakai baju raya, Barulah ada mood raya.


Sabtu, 5 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Sekejap lagi nak balik kampung tunggu ayah balik kerja. Ibu pun cuti sampai hari isnin ni

Jumaat, 28 Oktober 2011

Doorgift Keychain

Sekarang ni dah ada hobi baru, Keychain dari kain felt sesuai untuk dijadikan doorgift, cenderamata untuk di beri pada tetamu,
Sesiapa nak tempah amatlah dialu-alukan , Harga yang ditawarkan amatlah murah. Kalau duduk area klang atau kuala selangor tak payah guna pos laju saya akan hantar sendiri. Sesiapa nak tempah boleh email saya ke anis.norizaidah@gmail.com.



Ni juga order dari customer saya, Banyak juga saya dapat siapkan kalau nak lihat pergi lah ke fb saya http://www.facebook.com/profile.php?id=100002605508168

Isnin, 24 Oktober 2011

Buat Dadih

Cuti hari minggu semalam buat dadih saja mengisi masa lapang dan teringin sebenarnya . Beli serbuk dadih perisa buah.
Ni lah bahan2nya 


Ni dadah yang dah siap nak masuk dalam peti ais, Panas lagi tau .

 dadih ni baru nak sejuk, dah  anak dara sorang ni nak makan. Bagi jelah

Rabu, 19 Oktober 2011

Cuti Hari minggu

Masa ni nak pergi umah sepupu anis kat semenyih, so layan jelah gambar2 yang sempat di tangkap.



Ni lah sepupu anis alesya


Kebetulan baju sama

Selasa, 18 Oktober 2011

Apam Polkadot

Hari sabtu lepas buat apam polkadot ni lagi. Sebelum ni pernah buat sekali tapi tak jadi sebab masa kukus tu apinya terbesar pula . Dan buat kali kedua ni syukur jadi penat jugalah pinggang ni. Tapi melihatkan hasilnya
menjadi gebu, usahakanlah juga buat sampai siap. Buatnya sorang assistennya tukang mengacau. Padanlah acuan kuih dah comot2.


Tada nilah kuihnya ambil resepi dari internet je.
Nanti boleh buat lagi,  Lepas ni sesiapa yang nak buat apam ni silalah cari resepi di internet,  Senang je saya guna blender je and kukus,

Isnin, 10 Oktober 2011

Bz.........

Rasanya dah lama tak menconteng kat blog ni. Bz yang melanda diriku sebab pindah office baru, internet pun tak de. Nanti akan ku update gambar anis.



Isnin, 3 Oktober 2011

Makan Kfc

Ni pun entry ahad lepas, tok wan dengan opah datang rumah anis tu pun duduk sekejap je dah nak balik, Sebelum diorang balik makan lah dulu kfc. Masa ni anis dah tak boleh duduk diam2  dah panas bontut sebelah meja makan tu ada tangga main2 lah kat situ sambil org tua2 ni makan.


Ni lah orang tua2 tengah makan Opahnya dah masuk dalam kereta.


Main kat sini pun jadilah

Selasa, 27 September 2011

Kenduri Kahwin

Ahad lepas pergi umah kenduri kahwin kawan ayah, Dah tak tau nak tulis apa layan jelah gambar2 kat bawah ni.





Jumaat, 23 September 2011

Gaya Nak YAK

Budak ni dah tak pakai pampres lagi, kencing dah tahu cakap ajak pergi bilik air. tapi kalau nak yak minta pampres  lepas tu menyorok disebalik langsirlah di sebalik pintu  dan tempat2 yang tersembunyi. Kalau dah yak tu terus nak pergi basuh dah tak sabar2 nak basuh.
macam manalah nak buat dah cakap dengan anis kalau nak yak pergi tandas. kalau kita bercakap faham tapi dah masa nak yak tak nak pula. 
tengoklah semalam sempat ambik gambar masa dia nak yak


                                            Habislah langsir umah opahnya busuk

Khamis, 22 September 2011

Naik Motor

Setiap pagi seperti biasalah anis mesti naik motor ibu bawa pusing 1 taman, lihat sekolah tadika barulah nak tinggal, baru aman ibu nak pergi kerja.

Rabu, 21 September 2011

Nak Kasut Sekolah

Selama ni anis tak pernah minta kasut sekolah, Balik kerja petang semalam. Terus pergi sungai buloh nak ambik duit. lepas tu anis nak kasut sekolah sampai nangis2lah  nak kasut sekolah, Ai dah agak mesti kat rumah opah tadi dia nampak orang pakai kasut sekolah.
Sampai kedai  carikan kasut sport ,kasut sekolah mana ada size untuk budak 3tahun , kasut sport untuk perempuan punya dah habis,  belikan jelah kasut crocs macam gambar di atas tu tapi colour pink terus si anis ni senyap sukalah tu.

Pagi tadi masa hantar anis tanyalah kat opah semalam anis nak beli kasut sekolah di tengok sapa yang pakai opahnya berceritalah budak india hujung taman tu yang pakai umur pun lebih kurang macam anis je, dahlah tak pakai baju @ seluar bertelanjang kehulu kehilir. Oh.. padanlah dia nak sangat kasut sekolah tu bagi kasut raya tak mau.

Anak sorang bolehlah di belikan apa yang dia minta kalau anak ramai maunya kempis duit ayah @ ibu

Selasa, 13 September 2011

Hari Ni Pergi Beraya

Ni pula entry hari ahad pagi, Anis beraya di rumah kawan ayah. Biasalah anis memilih kuih raya coklat untuk dimakan.

Ngap...sedapnya habis 1 balang dibedalnya, Mentang2 lah kat rumah dah habis biskut almond landon ni, kat rumah orang lain lepaskan giantlah tu

Ibunya pun nak juga bergambar nak glomarlah katakan.

Isnin, 12 September 2011

Nak Pergi Beraya

Ni entry jumaat lepas, Ada rumah terbuka raya. Saja possing kat rumah dulu sebelum pergi tapi anis tak de mood nak tangkap gambar.


Ayahnya pun sama tak de mood. Tengah tengok berita.