Sabtu, 27 Ogos 2011

Puding Gula Hangus

Semperna cuti hari ni, Barulah berasap dapur umah ni. Lagi pun nak tunjuk skill memasak puding boleh ke tidak, Jadi ke idak lau tak jadi biasalah tong sampah sedia menanti. Alhamdulillah Percubaan pertama menjadi sedap sangat. Wa... macamlah ai boleh rasa, Ni anislah cakap sedap ibu. Puding ni pun tak rasa telur sangat ai letak esin vanila. Gulanya pun tak hangus sangat sedang2 je.



Sepotong ni anislah habiskan, Ai pun tak sabar nak makan tunggu waktu berbuka nanti.

Ni resepinya
3 sudu gula di panaskan dalam loyang
7 biji telur
1/2 tin susu pekat (kat umah ada tu je)
1/2 cawan susu cair anis
1 sudu kecil esin vanila
1 cawan air
letaklah sedikit garam (ni saja je ai letak bagi lemak2 sikit)

* panaskan gula dalam loyangn apabila cair goyang2 bagi rata dalam loyang tu, biar gula tu keras
pukul telur masukkan susu dan air ai pukul guna tangan je, apabila dah sebati masukkan esin vanila garam. Tapis aduan tadi, masukkan kedalam loyang tadi, ai gula tapis teh je. Kalau tak tapis tekstur tak cantik.
dan bakar 45minit tunggu sejuk sikit barulah di terbalikkan

Popiah Goreng

Buat popiah ni dah 2, 3 hari yang lepas. Buat dulu biar banyak baru goreng. Hari ni tunggu anis tidur barulah boleh mengoreng dapatlah dalam 1 bekas. Tak taulah boleh sampai raya nanti ke tidak.


Popiah yang baru siap digoreng tak sabarnya nak makan.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Hari ni Last Kerja

salam jumaat, Hari ni last kerja lepas ni cuti 1 minggu boleh kemas rumah pasang langir baru, Bukan langsir baru beli ye, Boleh lap almari yang mana ada habuk tu habis nanti akan dilap. Petang ni pun dah teringatkan kat rumah je nak anyam ketupat seronoknya, Lambatnya nak balik.




Khamis, 25 Ogos 2011

Jalan2 Cari Baju Raya

Selamat pagi macam mana dengan persiapan hari raya, Dah siap ke belum. Persiapan kami sekeluarga biasa2 je, cuma anis je yang lebih sikit beli baju baru. Mak bapanya buat persiapan ala kadar je.
Masa ni kami berjalan ke tecso kuala selangor saja cari mood raya tengok baju2 yang berkenan.
Memang banyak yang berkenan di hati tapi duitnya yang tak berapa nak berkenan tu, Masuk dalam 1 butik ni memang cantik2 baju dia tapi mahalnya, 1 baju dah seratus lebih kalau nak beli 2 mahunya rm300 lebih, Sudahnya kita hanya cuci mata jelah

ni baju melayu kanak-kanak , ucu beli satu untuk anak buah

Dalam kedai ni baju2 murah sikit, Tengok kualiti kain, memang jauh berbeza dengan yang ada di kedai butik tadi.

Ni pula baju kanak2 memang gilalah bila melihatnya, cantik2 semuanya tapi tak beli pun, tengoklah nanti hari ahad ni nak jalan lag. Last shopping nak beli kuih raya sama.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Dah Tukar Duit Raya

Dah setel tukar duit raya . Tak payah nak pening2 booking duit baru seminggu puasa awal bebenor. Nasib baik ada mat despet tu yang bagitau. Kitaorang pun booking ramai2. Baru hari  khamis dapat, rm 5 bank bagi note lama rm 1 dengan rm 10 je note baru. Jadilah asalkan baru  ada mood raya.
  


Ni pula baju anis semasa kami pergi shooping kat bangi minggu lepas baru hari ni nak post. hehe ni pun macam tak cukup je.Seluar anis beli yang getah je. Malaslah nak beli yang berhup tu (fahamke ye)boleh pakai sekejap je, kalau yang getah ni boleh pakai lama sikit. Esok nak gi shopping lagi nak cari baju ayah pula


Rabu, 17 Ogos 2011

Keychain Lagi

Lagi berapa minggu lagi nak raya, Keychain banyak lagi belum siap ni gara2 warna kain felt yang dah habis cari kat supplier pun diorang tak de stok,  Ni baru sebahagian, ada lagi 20 pcs lagi yang sedang menunggu untuk di kerjakan. Harap2 dapatlah siap dalam minggu ni, Minggu depan nak buat kuih raya pula.



Berbuka Puasa Dengan Cekodok

Petang semalam teringin nak makan cekodok udang cecah dengan kuah pecal. So apalagi balik kerja terus gi kedai cari udang, tapi udangnya pula tak de.  Buat jelah cekodop ikan bilis tu pun sedap.
Dapatlah satu pinggan cekodok tak dan nak potong dah habis.

Selasa, 16 Ogos 2011

Bazar Ramadan

Sudah 16 hari umat islam berpuasa, Keadaan bazar2 ramadan pun lengan sedikit berbanding pada hari pertama berpuasa. Saya n family kalau nak berbuka mesti kena singgah bazar beli lauk pauk n balik masak nasi,  kiranya pengunjung tetap bazarlah tapi bukan saya yang beli my tayang yang beli saya malas nak singgah kalau boleh nak terus balik rumah ambil anis. lagi pun saya takut kalau saya yang singgah bazar, Saya borong semua lauk-pauk yang ada.




Dah Beli Baju Raya?

Askum dah 2 minggu lebih umat islam berpuasa, You all dah shopping baju raya, Anis dah beli baju raya, Nanti ibu tempek pic baju raya anis, Pergi hari minggu lepas, Mula 2 nak pergi kamdar klang tapi tak jadi terus pergi Pkns Bangi dengan Warta kemain jauh lagi tu macamlah kat shah alam tak de Pkns,
Dapatlah beli baju anis dengan seluar. Ibu pula Beli kasut, Ayah dapat beli seluar,Tu pun dah habis beratus ringgit.
Dah 2 minggu juga kami tak pergi mana2 waktu malam. Bajet duit nanti hari minggu nak pergi shopping lagi beli apa yang tak cukup, baju melayu pun belum beli nasib baik baju kurung dah siap.

Berjimat perlu diutamakan

Jumaat, 12 Ogos 2011

Buaian Baru

Lepas ambil anis, Terus balik rumah buka pintu je nampak buaian ayah baru beli, Tak cakap pun dengan ibu nak beli, ayah saja nak buat surprise, Kecik aje buai ni harga pun murah, letak dalam rumah habis ruang tamu jadi sempet. Ni pic kat rumah opah abaikanlah baju yang bersangkut tu, Nasib baik ayah bawa van boleh angkut buai ni kehulu kehilir. 


Berbuka dengan Steamboat

Sebelum ni teringin nak makan steamboat. Akhirnya tercapai juga impian nak makan steamboat tomyam buatan sendiri walaupun bahan2 nya tak cukup janji sedap. Maaflah pic kabur sikit.

Rabu, 10 Ogos 2011

Perihal Tema Baju Raya

Tahun ni buat baju kurung ye bukan jubah kaftan ni, cuma pinjam warna baju ni sahaja. Baju kurung ibu n anak dah pun siap. Warna baju kurung  kelabu bunga pink. Tinggal lagi nak cari baju melayu tayang, Masa beli kain untuk buat baju kurung, Tayang ada cakap dia nak pakai baju melayu warna pink.
ai terkejutlah bila dengar. Ai cakap nak ke warna pink dia kan kulit gelap. Tayang cakap boleh je diakan hensem, ai gelaklah kat kamdar tu tempat beli baju. ai cakap oklah, nanti kita beli baju melayu warna pink .


Nanti kita sama2 lihat warna apa yang menjadi pilihan tayang sewaktu nak membeli belah  nanti, Atau pun kita tunggu masa pagi syawal nanti.

Teringin Makan Steamboat

Dalam minggu ni tekak ni terasa nak makan steamboat je, Nak pergi supermarket balik kerja mesti tak sempat. Kalau beli yang jual kat tepi jalan mesti tutup. Kalau tak teringin ada je jual. Mungkin belum ada reseki untuk makan steamboat macam dalam gambar ni, Petang ni balik kerja akan ku usahakan untuk mendapatkan steamboat ni.


Rabu, 3 Ogos 2011

Order Lagi

Keychain ni dah lama siapnya tapi belum ada masa nak siarkan dalam blog ni, Budak2 sekolah ni semuanya minta bentuk yang sama bosan pula buat bentuk yang sama,

3 Puasa

Selamat pagi,
 ibu2 yang ada anak, hari ni buat menu apa untuk anak ibu2 semua, sebelum ni saya ada bekalkan anis nasi @ roti , Tapi anis tak mau makan nasi di lebih suka makan biskut, roti , anis tengok opah dia tak makan jadi anis pun tak mau makan sama , Hari ni saya bekalkan nasi goreng tu pun makan 2 sudu je.
 Petang ni nak belikan nugget lah pula suruh opahnya masak untuk esok.

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa semua pagi tadi bersahur apa, kami bersahur sup ayam dengan telur goreng buat juga cili letak kicap bagi meningkatkan selera,  Anis juga  bawa bekal pergi   rumah opahnya roti , dengan sup letak macaroni. Harap anis suka dengan resepi hari ini.