Isnin, 26 Mac 2012

Update Anis

Hari ni baru sempat update gambar anis masa makan kat pantai jeram. Dari rumah ke pantai jeram dekat je lebih kurang 15 minit, Dalam seminggu mesti ada sekali makan kat situ. Layan kan jelah gambar kat bawah ni.



Rezeki Kraf felt

Salam sekejap ada,sekejap tak de, Blog ni pun sama seminggu sekali je update, Dalam bulan ni amat2 bz dengan tempahan kraf felt, Ada nak buat tempahan bantal , bunga felt dan juga handbouquet  felt, Ni antara tempahan yang berjaya di siapkan untuk bulan 3 ni. Jom lah cuci mata dengan hasil kraf saya yang tak seberapa ni, Kalau nak  lihat koleksi saya pergi lah ke fb http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100002605508168. jom layan gambar di bawah ni




Isnin, 19 Mac 2012

Zoo Kuala Lumpur Lagi

Semalam pergi jalan-jalan ke zoo kl lagi, Dalam setahun boleh dikatakan 4,5 kali pergi, Mak bapanya nak naik jemu, kesana . Ni permintaan anak dara sorang nilah nak tengok gajahlah, Sampaikan nak gi tempat lain dah tak boleh. Dia sedaplah naik stroller kita mak bapa jenuh berjalan malas pula nak naik keterapi, terpaksalah bertapak.


Tengoklah puas2. Lepas ni tak yah datang lagi.



tutup tirai si ibu bergambar sorang2

Isnin, 12 Mac 2012

game Versi ipad

Askum lamanya rasa tak update blog , tahap kemalasan melampau melanda diri ku, Hari ni saja nak tontonkan  game android anis punya, Beli dah 2 minggu baru hari ni nak cerita, Sebelum ni ada serve kat alam sentra shah alam, ingatkan nak beli samsung galaxy tapi mahal sangat, Tengah  tengok2 terjumpa pulak benda ni, haha suka2 harga pun tak sampai rm1000 tak membazir duit ku. Game ni boleh sentuh guna jari macam ipad, 



 Banyak juga game yg ada dalam ni lebih kurang 100 game , tapi anis main benda yg sama je angri bird je.
 Internet pun boleh guna. Kalau ibu-bapa nak belikan anak-anak game macam ni belilah kat alam sentra shah alam.

Jumaat, 2 Mac 2012

Bantal Kura-kura

Malam tadi sempat juga siapkan bantal bentuk kura2 untuk anis. En suami pun ada cakap ibu ni buatkan bantal orang lain je, bantal untuk anak sendiri tak pernah buat. So malam tadi dengan perasaan penuh tercabarnya lupakan kerja2 yg pending buatkanlah bantal ni satu.
Akhirnya siap juga pagi tadi baru tangkap gambar. Tidur pun bawa sekali naik atas tilam.


Ni pakai felt je. Atas tu ibaratkan macam Cengkeranglah potong felt kecil2 semua jahit mesin je . Kura-kura bersedia untuk mencari tuannya.

Lepas ni en suami suruh buat bantak comel2 pula nak promot kat office dia pula. Alhamdulillah en suami nak menolong isterinya.