Khamis, 31 Mac 2011

Pergi kenduri

Ni pun story lama, minggu lepas pergi kenduri kahwin, Anak kawan ayah kahwin, Kami sampai dalam pukul 1 lebih masa  ni ingatkan pengantin sampai awal rupanya pukul 2 lebih, Dah siap makan2 tengok orang dok pegang pinggan nak cari tempat untuk makan. Kami pun tak sedaplah duduk lama2. Lastnya jomlah kita beransur pulang.


Gambar pun tak sempat nak tangkap. Nak tangkap pelamin sentiasa ada pengunjung tangkap jelah.

Masa ni dah nak balik. Tengok motor ni unik sikit tangkap jelah.

Nilah buat tangan yang kami dapat.

Kraf Felt lagi

ini hasil kerja hari sabtu minggu lepas baru hari ni sempat update. Tempat letak henpon tak delah cantik mana pun saja je isi masa lapang. Sambil tunggu anis bangun tidur.



Selasa, 29 Mac 2011

Musim Panas

Sekarang ni cuaca agak panas dah lama tak hujan. Semalam Balik kerja anis nak mandi melompat-lompat dia bukan airnya sejuk tapi panas. Memang panas pun. Waktu malam jangan cakaplah tak boleh nak tidur dibuatnya.

Sabtu, 26 Mac 2011

Kraf Felt


Hobi baru untuk masa terluang hari sabtu, Felt ni dah lama potong tapi belum ada masa nak jahit 


Hari ni cuti baru sempat nak jahit. Abaikanlah jahitan yang tak kemas. Dah siap tapi keychain belum ada lagi. Tak tau kedai mana ada jual. Butang pun tak beli pakai butang yang lama-lama. Sekarang tengah buat tempat letak henpon tak taulah bila siapnya.

Jumaat, 25 Mac 2011

Kisah Dongeng

Bercerita kepada anak dengan cerita-cerita dongeng yang lucu atau Islami sebelum tidur untuk anak Anda tiap 20 minit setiap malam, tentang Nabi, tentang Cinderella, tentang binatang, dan lain sebagainya adalah salah satu cara untuk meningkatkan kepandaiannya dalam membaca dan menulis.


CINDERELLA
Pada zaman dahulu kala, ada seorang gadis yang baik hati bernama Cinderella. Dia sangat baik hati dan  cantik tetapi sayang, ayahnya telah meninggal dunia.dan sepeninggal ayahnya ia tinggal bersama ibu dan saudara tirinya. Setiap hari ia diseksa, dengan cara disuruh mencuci pinggan mangkuk, mengemop lantai dan melayani mereka. Walaupun begitu Cinderella tetap percaya bahwa suatu hari ia akan hidup bahagia. Suatu hari, seorang pangeran ingin mencari permaisuri maka diadakanlah sebuah pesta dansa besar di istana, tetapi Cinderella tidak diizinkan untuk ikut. Lalu Ibu Peri datang dan menolongnya. Cinderella pun disiapkan menjadi seorang putri cantik. Di istana, sang pangeran jatuh cinta pada Cinderella, lalu mengajaknya berdansa. Cinderella jadi lupa, bahwa ia tak boleh pulang lebih dari jam 12, kerana pada jam itu semua sihir Ibu Peri berakhir. Jam loceng pukul 12 terdengar, dan Cinderella berlari. Tak terasa,  sebelah kasut kacanya terlepas dan tercicir di tangga istana. Sang pangeran memungutnya, dan mengumumkan barangsiapa kakinya pas dengan kasut itu, siapapun dia, akan dia jadikan isteri. Namun, kasut itu tidak pas di kaki siapapun yang mencubanya, termasuk 2 kakak tiri Cinderella. Cinderella lalu ikut mencuba, dan kakinya pas! Cinderella akhirnya menikah dengan Pangeran dan hidup bahagia selamanya.

jom kita  share cerita-cerita dongeng yang  you all ada

Isnin, 21 Mac 2011

Perginya Tak Di Rancang

 Wah tajuk  buat terkejut je, Dari bangi ingatkan nak balik terus, Fikir2 balik awal lagi jomlah singgah putrajaya, sampai je hujan pula duduk dalam kereta jelah. Sambil tu tangkap gambar dari dalam kereta je




gambar pun tak berapa cantik time ni hujan


Time ni pun hujan juga redah jelah dah alang2 sampai takkan duduk dalam kereta je.

Ahad, 20 Mac 2011

Anak Dara Pinggiran


Amboi-amboi anak dara 3 orang ni kemain lagi berposing sakan ni baru sikit gambar, dalam simpanan banyak lagi .Alya n amni nak balik sarawak tinggallah anis bersendirian.




Masa ni nak bertolak ke KLIA.Cuti sekolah akan datang kita jumpa lagi.Ni baru 3 orang anak dara. Ada ramai lagi anak-anak dara. Tapi tak boleh datang masing-masing ada hal tersendiri. Selalunya kalau semua berkumpul riuh satu rumah Mak Long.

Rabu, 16 Mac 2011

Khasiat Buah Plum

Buah plum hitam berupaya mengatasi masalah cacing yang dialami oleh kanak-kanak. Dengan pengambilan  bersesuaian, buah plum mampu mematikan cacing gelang, melancarkan pembuangan air besar dan seterusnya mengatasi masalah sembelit.

Kaya dengan serat, asid sitrik, beta sitosterol dan triterpene, plum juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamsi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubatan aspirin.

Plum juga sesuai dimakan oleh individu yang mengalami masalah kolestrol kerana  kandungan diphenlisation yang terdapat didalam membantu menurunkan paras serum dalam darah

Ahad, 13 Mac 2011

Hari Minggu

Nasib baik hari ni tak sampai ke Bangi, Petang tadi tengok awan gelap semacam je takut pulak nak pergi. Last-last beristirehatlah dekat taman setia alam, Cuci mata tengok abang-abang memancing.

 

Waktu ni berfikir-fikir nak jalan ke mana setelah perancangan nak pergi bangi dibatalkan.


Pergi taman setia alam jelah lagi senang. 


Rabu, 9 Mac 2011

Restoran Ikan Bakar Jeram


Semalam tak budget pun makan ikan siakap masak 3 rasa. Cadang nak makan sate, otak-otak dengan kerang bakar je dekat pantai jeram. Sekali sampai  kedai tutup kenalah cari kat tempat lain. Jeram ada 2 restoran ikan bakar so kenalah pergi sebelahnya kat situ tak de makanan yang diinginkan jadi kenalah makan nasi.


ikan siakap masak tiga rasa, udang goreng tepung, kerabu mangga, tomyam dan air laici sangat sedap



Nasib baik pergi dengan ani bolehlah dia tolong habiskan makanan yang ada



Selasa, 8 Mac 2011

Jangan Gosok Gigi Selepas Makan

Jangan terus menggosok gigi selepas makan. Profesor Dr.Melanie Djamil, pakar Kesihatan gigi dan mulut Universiti Trisakti , Jakarta Indonesia, menjelaskan kandungan ph air liur akan menurun dari paras normal, 6.8 menjadi 4. Jumlah ph tersebut hanya akan kembali ke paras ph normal dalam masa 20 minit.
       Oleh sebab itu, perbuatan memberus gigi sebaik sahaja selepas makan akan merosakkan struktur air liur. Kerosakan tersebut akan memberi efek negatif kepada proses pencernaan. Ini kerana air liur berfungsi membantu menyeimbangkan dan melancarkan sistem pencernaan.
       Bagi mengelakkan nafas berbau selepas makan, individu digalakkan untuk berkumur dengan air putih terlebih dahulu. Selepas 20 minit, barulah anda dibenarkan menggosok gigi iaitu apabila paras ph telah kembali ke paras normal.

Isnin, 7 Mac 2011

Hari Minggu

Kalau hari minggu je mesti memenatkan. Sabtu malam plan nak balik kampung tapi tak jadi ayah penat, tunda pagi ahad , pagi-pagi dah bertolak nak balik kampung. Sampai dipertengahan highway  call opah cakap kami on the way. Sekali opah nak keluar pergi  mrsm Tapah tengok nursabrina terpaksalah kami ikut,Kami  tunggu kat kfc Bidor sampai opah sampai.  Sempatlah juga makan kfc bungkus dinner plate kat bina. Sampai mrsm Tapah dah pukul 12 lebih. Rehat dulu dekat pondok yang di sediakan. Baru balik rumah opah

Berposing

Mula-mula berborak-borak je sambil tunggu goreng pisang masak masa ni pun
bersiap nak balik rumah. Keluarkan kamera jomlah kita berposing muka sapa
yang paling ayu. Muka di bawah ni muka mak ngah anis



Sempat juga tangkap goreng pisang atas kuali

Ni pula ucu anis , Cute miut muka, maklumlah darah manis

Selasa, 1 Mac 2011

Felt Craft


Sejak kebelakangan ni suka lihat felt craft ni. Nak cuba buat sendiri tapi tak de keyakinan diri. Selalu juga serve harga felt kat internet ada yang mahal dan murah mungkin dari segi tebal dengan nipis.



Semalam waktu rehat pergi meru  dekat situ ada kedai jual alat-alat menjahit. Tanyalah dengan pekerja perempuan muda lagi ada tak jual kain felt dia pun tak tau kain apa tu, Tak pelah saya cari sendiri. Nasib baik ada, 1 meter rm15 so belilah 1/4meter beli  purple n pink hitam tu memang ada balance buat bag dulu. Tak taulah bila nak mulakan projet ni

Tidur


Balik keje tadi anis tak sabar- sabar ajak balik rumah nak main tiup sabun keluar belon malam tadi pergi beli. Pagi tadi memang tak bawa pergi rumah opah. Balik rumah terus main belon tu. 



Ibu pun dah lupa nak bawa balik bantal busuk anis, Dah penat main belon anis mengamuk nak bantal dah penat petang tadi tak tidur. Mengamuk-ngamuk suruh ambil bantal dekat rumah opahya nasib baik ucu baik hati tolong hantarkan. Dapat je bantal terus tidur tak dan nak minum susu. Belum pukul 8.00 malam lagu. Kalau nak tidur mesti isap ibu jari tangan dan bantal busuk mesti ada.