Selasa, 27 September 2011

Kenduri Kahwin

Ahad lepas pergi umah kenduri kahwin kawan ayah, Dah tak tau nak tulis apa layan jelah gambar2 kat bawah ni.





Jumaat, 23 September 2011

Gaya Nak YAK

Budak ni dah tak pakai pampres lagi, kencing dah tahu cakap ajak pergi bilik air. tapi kalau nak yak minta pampres  lepas tu menyorok disebalik langsirlah di sebalik pintu  dan tempat2 yang tersembunyi. Kalau dah yak tu terus nak pergi basuh dah tak sabar2 nak basuh.
macam manalah nak buat dah cakap dengan anis kalau nak yak pergi tandas. kalau kita bercakap faham tapi dah masa nak yak tak nak pula. 
tengoklah semalam sempat ambik gambar masa dia nak yak


                                            Habislah langsir umah opahnya busuk

Khamis, 22 September 2011

Naik Motor

Setiap pagi seperti biasalah anis mesti naik motor ibu bawa pusing 1 taman, lihat sekolah tadika barulah nak tinggal, baru aman ibu nak pergi kerja.

Rabu, 21 September 2011

Nak Kasut Sekolah

Selama ni anis tak pernah minta kasut sekolah, Balik kerja petang semalam. Terus pergi sungai buloh nak ambik duit. lepas tu anis nak kasut sekolah sampai nangis2lah  nak kasut sekolah, Ai dah agak mesti kat rumah opah tadi dia nampak orang pakai kasut sekolah.
Sampai kedai  carikan kasut sport ,kasut sekolah mana ada size untuk budak 3tahun , kasut sport untuk perempuan punya dah habis,  belikan jelah kasut crocs macam gambar di atas tu tapi colour pink terus si anis ni senyap sukalah tu.

Pagi tadi masa hantar anis tanyalah kat opah semalam anis nak beli kasut sekolah di tengok sapa yang pakai opahnya berceritalah budak india hujung taman tu yang pakai umur pun lebih kurang macam anis je, dahlah tak pakai baju @ seluar bertelanjang kehulu kehilir. Oh.. padanlah dia nak sangat kasut sekolah tu bagi kasut raya tak mau.

Anak sorang bolehlah di belikan apa yang dia minta kalau anak ramai maunya kempis duit ayah @ ibu

Selasa, 13 September 2011

Hari Ni Pergi Beraya

Ni pula entry hari ahad pagi, Anis beraya di rumah kawan ayah. Biasalah anis memilih kuih raya coklat untuk dimakan.

Ngap...sedapnya habis 1 balang dibedalnya, Mentang2 lah kat rumah dah habis biskut almond landon ni, kat rumah orang lain lepaskan giantlah tu

Ibunya pun nak juga bergambar nak glomarlah katakan.

Isnin, 12 September 2011

Nak Pergi Beraya

Ni entry jumaat lepas, Ada rumah terbuka raya. Saja possing kat rumah dulu sebelum pergi tapi anis tak de mood nak tangkap gambar.


Ayahnya pun sama tak de mood. Tengah tengok berita.

Sabtu, 10 September 2011

Taman Botani Putrajaya

Ni cerita minggu lepas. Pergi taman Botani kat Putrajaya ada kenduri kahwin. Ni family saya, bawa ni anak abang. Berenti dulu dekat RNR  apalagi anis dah ada kawan seronoklah dia. Turun dari kereta terus cari kayu congkir tanah tak de keja nak buat sementara nak tunggu diaorang sembahyang.



Ye... dah sampai pun, Saya pun tak pernah masuk kat taman ni, Seronoklah juga ada tasik. Tapi jauh berjalan nak sampai kat tempat kenduri.

Dua2 muka dah letih. Baru balik dari perak terus pergi Putrajaya, Makanannya sedap juga tapi tak tenang nak makan anis nak tengok tasik tu je.


Lihatlah dua orang ni nak pergi ke situ je, kalau tak dijaga terjatuhlah kat dalam air ni. Macam kakak dia nak terbenam kaki sebelah.

Dah nak balik dari kenduri, Sorrylah tak de gambar pengantin tak sempat nak tangkap gambar pengantin sebab budak2 ni lebih teruja nak tengok tasik dari pengantin

Khamis, 8 September 2011

Raya Di Penang

Orang sibuk nak beraya kita sibuk nak jalan2 makan angin, Planing memang nak gi jalan2 memandangkan cuti seminggu bukannya selalu dapat cuti. Mula2 nak pergi tambun ipoh tapi dah alang2 sudah sampai ipoh jomlah pergi  penang boleh makan laksa penang.
Sampai je penang bateri kamera pula habis, Adalah beberapa keping je gambar yg sempat ditangkap.

Masa ni baru lepas makan laksa penang, masa makan laksa ni memang tak tenteram langsung anis nak pergi tengok laut.


Ibu anis nak kencinglah , Memang tak aman nak makan. Dah sampai toilet tak nak pula anis kata busuklah, Last2 dah tak tahan sangat terkeluar juga.

Pistol air ni  beli kat kota lama. Ramai yang berniaga kat situ. Kebanyakkan permainan kanak2lah


1 family


ibu @ ayah @ anis

Panas di waktu petang

Sayang sangat bateri kamera & hanpon habis kalau tidak boleh tangkap gambar kat batu feringgi, kat atas feri. Tak pe nanti akan ku usahakan untuk datang ke pulau pinang lagi. Insyallah

Rabu, 7 September 2011

Gambar Hari Raya

Selamat pagi, mood raya masih ada,mood untuk update tak de hahaha macam mana ni.  Ni pun update ala kadar je. Sebelum raya hari tu sempatlah tolong my dad anyam ketupat, Dapatlah 50 biji.


Yang ni pula pagi raya mood untuk bergambar tak de, disebabkan anis malas nak bergambar bersama hanya dapat gambar yang ni je.

Ni pula kami beraya dirumah moyang anis, Gambar yang ni je clear sikit yang lain haram tak berapa cantik