Rabu, 30 Januari 2013

Barut Baby

Salam semuanya. Hari ni nak bagi tau,saya ada menjual Barut baby, Yang di buat oleh adik saya yang baru habis belajar di pusat giat mara. Disi ni saya upload gambar barut baby yang adik saya buat. Untuk di jual. Sesiapa yang berminat silalah email sy di anis.norizaidah@gmail.com. Harga boleh di runding.

BARUT BABY 
Material dari 100% cotton bercorak dan Putih Plain. Barut baby sangat comel bila simanja anda pakai. Mempuanyi 2 lapisan kain yang sama depan dan belakang.


Harga Pengenalan
Terdapat dalam 2 saiz .Bercorak
SAIZ (M)
19" x 6"
Harga RM5.50


SAIZ (L)
21"x 6"
Harga RM5.80












Sesiapa yang sudi, boleh order dengan saya harga boleh di bincangkan, Warna putih plain dengan corak kartun akan datang,









       


Khamis, 24 Januari 2013

Siap Buku Pink


Selamat pagi semua dan selamat bercuti kepada yang tengah bercuti tunya, Saya kena keja , Wa nak nangis sekejap. Khamis minggu lepas saya dah buat check-up kat klinik kesihatan untuk dapatkan buku pink ni. Lamanya nak buka buku ni, Rasa macam nak tidur je kat klinik tu. Siap Semua pemeriksaan datang balik bulan minum air gula, Sebab anak yang pertama ada kencing manis. Harap kali ni tak dapat lah penyakit kencing manis.


Rabu, 23 Januari 2013

Buat Kuih Donat


Tekak ni teringin nak makan kuih donat, Sabtu lepas sempatlah buat beli maurifan kat kedai sebelah rumah,
Kakak yang jaga kedai tu cakap kalau nak lembut 1 pek maurifan 3, 4 cawan  tepung. Saya pun ikutlah cakap kakak tu, Saya ni tak pernah buat kuih donat jenuh jugalah google sana sini nak letak apa je, Air agak2 susu pekat, garam sikit maurifan saya terus letak dalam tepung saya guna bread maker campak je dalam mesin tu tunggu siap biar tepung naik kembang baru di keluarkan dan uli balik. 
Ni kan donat pertama kali buat mestilah gelangnya tak cantik, ada yang gemuk, ada yang kecil. Tapi bila di goreng memang sedap.



Dah jadi kuih donat saya, gula saya tabur sikit2 je. Tak elok makan gula banyak2 bahaya.



Selasa, 22 Januari 2013

Rutin Setiap Pagi

Selamat pagi semua, 
Nilah budak yang kena minum susu dulu sebelum pergi sekolah barulah cergas kat sekolah. Setiap hari selasa dan khamis anis pakai baju sukan, Baju sukan untuk sekolah tadika belum dapat terpaksalah pakai baju t-shirt putih sahaja.


Khamis, 17 Januari 2013

Buat Air soya





Semua orang tahukan air soya banyak khasiatnya terutama sekali pada ibu mengandung.Saya tak de lah suka sangat dengan soya ni sekali sekala je boleh minum. Hari ahad lepas pergi econsave sempatlah beli kacang soya yang belum di masak. Saja nak cuba buat sendiri apa rasanya .
 
Bermulalah projek buat air soya . Mula2 rendam semalaman dulu kacang soya, saya rendam 4 jam je.


Bila kacang soya dah kembang blenkan atau kisar sampai halus, dan tapis atau perah guna kain putih. Tak de pula gambar saya tengah perah kacang soya ni. Masa ni jangan letak gula dulu.

Dah tapis baru masak kat atas dapur. Kalau nak bagi bau wangi bubuhkan daun pandan dan letak gula agak- agak jangan manis sangat. Bila dah mendidih baru tutup api. Tapi saya buat tetap ada bau sikit . Tak tahulah kalau orang lain buat ada bau atau tidak.


 Siap boleh di minum di waktu air tu panas atau di sejukkan.

Rabu, 16 Januari 2013

Entry baru

Selamat pagi semuanya
Dah masuk 2013. 1 entry pun belum pernah update kat blog ni rasa dah bersarang pula kat sini. Keadaan badan masih lagi kurang sihat, Alhamdulillah kandungan nak masuk 11 minggu. Mabuk dah kurang sikit tapi penyakit malas ni tak de ubat pula. Hari ni nak update anis masuk sekolah pada awal jan lalu. Alhamdulillah  dah hampir 3 minggu anis  sekolah. Buat masa ni anis sangat suka kesekolah

Ni gambar anis baru memulakan sesi persekolahan. dah duduk kat tempatnya. Suruh ibu duduk sekali.
Tengok ibu-bapa ramai dah balik dan ada juga yang lihat kat luar kelas je ibu pun nak kena keluarlah tengok dari luar. Anis pun mulalah menjerit tak tengok kiri kanan. Cikgu cakap boleh tinggal selalunya budah nangis sekejap je. Tak lama tu ibu dengan tayang balik nak balik, Apalagi menjerit2 lah anis siap panjat grill pagar kat tadika tu. Cikgu 2,3 kali cakap boleh tinggalkan je.
Ibu pun ajak tayang balik. Sebelum balik pusing juga lah kat tadika anis tak perasan pun . Dengar senyap je dah ok lah tu. Bila waktu balik Tanya cikgu anis nangis lama ke, Cikgu cakap sekejap je.

Ni pula anis baru dapat baju baru, Tadika kemas, Syukur sekarang ni anis sangat suka ke sekolah, Ada 1 hari tu dia cakap kat rumah tak seronok tak de kawan, Kat sekolah seronok. Ada juga dia cakap suruh tanyakan dengan cikgu anis nak sekolah sampai petang. Sekarang nak main dengan kawan pun tak sempat sekejap je dah balik.

Ibu harap anis Rajin2lah  kesekolah,