Sabtu, 29 Disember 2012

Kurang Sihat

Dah lama rasanta tak update blog ni. Keadaan badan yang tak mengizinkan, sekejap ok sekejap tidak.Mabuk loya ni belum nak hilang lagi. Alhamdulillah dah 2 bulan. Pergi kerja dengn keadaan yang terpaksa sahaja. Kalau boleh Nak rehat kat rumah. Lepas makan nak muntah, bertahan juga jangan bagi muntah tapi tetap nak muntah balik.Balik rumah mandi lepas magrib memang baring jelah kerjanya tak boleh nak buat kerja lain.Selalunya tayng dah bungkus nasi untuk dia dengan anis makan, tak pun dia masak sendiri. Saya memang tak lalu makan waku malam.
Habis segala petua saya cuba tetap juga nak muntah salah satunya:
Makan biskut tawar: Lepas makan mesti nak muntah balik rasa macam ada makanan kat kerongkong je
Minum air suam: Dah tak boleh nak minum rasa pahit je
Makan asam: Kalau rasa nak muntah memang saya akan makan asam. Tapi muntah juga macam mana.Asam tu belum hadam lagi dalam perut dan nak muntah balik.lepas muntah badan memang tak larat, Rasa macam nak tidur, nak baring kalau kat rumah bolehlah buat semua tu tapi kat tempat kerja kena bertahan sapu minyak cap kapak banyak.

Khamis, 6 Disember 2012

Kencing manis Semasa hamil

     Anak pertama saya kena kencing manis pertama kali minum air gula masa 5 bulan kehamilan lepas, Tak de kencing manis. Kali kedua minum air gula masa kandungan 7 bulan kena pula kencing manis.Amat leceh kerjanya setiap 2 minggu nak kena datang klinik untuk check darah 4 kali sehari. Nasib baik waktu tu bos amat spoting boleh bagi keluar sekejap/ Ambil darah bukan lama mana pun, tapi kena ikut masa yang klinik tetapkan . Masa awal kehamilan memang tak de pantang langsung  makan. Setiap pagi makan nasi lemak lepas tu bancuh air nesface, kat office semua ada. Makan buah amat jarang. Makan ikut nafsu je. Itulah padahnya dapat kencing manis. Sekarang tidak lagi, pemakanan ku amat ku jaga. Minum air manis 1 kali sekali banyakkan minum air kosong, banyakkan makan buah @ sayuran. Pergi office bawa bekal nasi ikan sayur banyak . Jangan terlampau banyak makan nasi. Kalau boleh 1 kali sehari. Sekarang malam ku tak makan nasi hanya makan buah dan roti sahaja, Jangan lupa minum susu. Semoga kali ini ku tak dapat penyakit kencing manis. Memikirkan nak pergi klinik 4 kali dalam 1 hari amat leceh. Boleh ke ku jaga pemakanan sampai 9 bulan. Ni aku sertakan carta makanan sihat untuk rujukan bersama

kena ikut jadual pemakanan ni kalau nak sihat


Selasa, 4 Disember 2012

Anmum Materna Pilihan Ku

Hari ni kita servey susu pula, Ibu-ibu di luar sana minum susu apa untuk perkembangan baby dalam kandungan. Saya minum susu anmum materna dari anak pertama lagi minum susu anmum materna walaupun ku tak suka minum susu tapi ku gagah  juga. Susu anmum materna saya campurkan dengan milo baru lah boleh minum sikit. Ingat lagi masa lepas bersalinkan anis nurse kat hospital ada tanya besarnya baby ni  mesti mengandung minum susu anmum. Tak tahulah di sebabkan susu atau pun keturunan saya ni kecil aja.  si tayang pun tinggi tapi kurus. Masa anis baby rangka besar so kat hospital saya tak takut sangatlah nak dukung. Dengar juga petua orang cakap kalau nak dapatkan anak minum susu materna dulu. Saya pun ada buat macam tu awal  bulan 11. Saya mintak oficemate yang baru lepas bersalin. Kebetulan dia bagi saya pun minum tak sangka rezeki kami Tapi sekarang dah bermacam-macam susu yang ada di pasaran pilih je. Tapi tak tahulah sama ada sedap atau tidak.

pilihan hati ku

keluaran baru belum pernah rasa

ni pun belum pernah rasa 

Isnin, 3 Disember 2012

Gatal Perut Ketika Hamil


Hari ni nak bercerita pasal stretch mark yang dialami oleh sesetengah ibu mengandung. Bila perut semakin membesar gelaja gatal mulalah terjadi, Kadang2 tu merenyam- renyam. Kalau boleh nak garu dengan sikat rambut baru terasa puas. Kandungan saya dah masuk 5 minggu saya dah mula sapu Johnson Baby Oil. Sejak anak pertama lagi dah guna baby oil maklumlah 4 tahun lepas belum ada internet di rumah so maklumat tentang stretch mark ni kurang , apa yang ada dirumah pakai je . 
Tapi sekarang bermacam macam jenis losyen yang ada di pasaran jom kita lihat 


Bio Oil biasa tengoh dalam tv je. Tapi tak pernah guna 



Ni pun belum pernah guna 

Dari dulu hingga sekarang saya guna Johnson Baby Oil sangat berpuas hati 


Sabtu, 1 Disember 2012

Rezeki Kali Ke2

 
Salam semua. Sekarang kita dah masuk bulan  Dec rasa sekejap je masa berlalu. Tapi hari ni nak kongsi berita gembira. Rezeki yang sangat berharga buat kami suami isteri. Saya telah mengandung dan anis akan menjadi seorang kakak. Syukur kepadamu .