Rabu, 30 November 2011

Cuti Di Bukit Melawati

Semperna cuti Awal Muharam isnin lalu, Dengan bangganya kami laki bini pun cuti kerna anis kurang sihat. Kalau nak ikutkan isnin tu kerja. Bawa anis pergi klinik sekejap dan terus pergi bukit melawati selalunya hari biasa boleh bawa kereta naik atas bukit, Kebetulan isnin public holiday kenalah naik keretapi naik atas. Waktu pun dah tengahari, mood pun kurang untuk bergambar ini jelah yang sempat ditangkap guna hp je.
rumah api

Destinasi ni penumpang boleh turun, Kami tak turun pun sebab dah biasa pergi, Naik keretapi ni tak pernah lagi baru nak merasa.

Piece, Tambang naik keretapi ni dewasa rm3.00 . Kebetulan masa tu jiran yang jaga tiket so dapatlah percuma

Sesiapa yang pergi kesana bawa beg plastic habislah dia kejar. Monyek kat sana pantang nampak beg plastik yang dia tahu makanan je dalam tu.
Habis dah, Lain kali boleh naik keretapi tu lagi

Rabu, 23 November 2011

Pinggan Mangkuk Melamin

Setiap kali pergi makan kfc mesti saya belek2 pinggan disitu. Jenama melamin je. Ikutkan hati nak beli set macam pinggan kfc tu cantik , simple je,kat umah ada juga pinggan melamin tapi ada bunga2 macam kurang cantik pula. Lagi pun dah buruk itulah alasan nak dapatkan set pinggan yang baru.
Sapa ada jual set pinggan melamin macam di bawah ni nanti inform pada saya ye.

Selasa, 15 November 2011

Shopping Ke Jalan Tar

Semalam pergi jalan tar, Nak pergi kedai syarikat bunga reben nak beli kain felt. Berkenan pula dengan kain polkadot ni memang murah sangat, 2 pasang tak sampai rm50. Menyesal pula tak rembat 4 pasang boleh bagi mak dengan mak tayang sekali. Rembat corak yang ni je sebab tak plan dari mula lagi nak beli kain. Maaflah gambar tak clear.




Ni pula kain felt untuk buat craft. Beli 1/2meter. Mata pun dah naik rabun memilih colour, Memang banyak, Seronok pergi kedai syarikat reben tu macam nak borong semuanya.


Ni pula button macam2 ada, Hanya sediakan duit je.

Lain kali bolehlah pergi lain sebab dah tau kedainya, Mula2 tu jenuh juga mencari last2 jumpa.

Jumaat, 11 November 2011

Besday Anis

Ramai orang buat entry 11,11,2011. saya pun nak buat entry juga lah, Nak Ucapkan Selamat Hari Jadi ke 3 kepada Nur Anis Nabihah, Semoga menjadi anak yang baik, bijak, pintar , 

Belum ada berkesempatan untuk beli kek lagi.

Menu Masakan Tengahari

Sempat juga masak tengahari semalam daging masak kari, daging korban, Semalam ambil cuti tahun yang masih banyak lagi, Dapatlah merehatkan badan. Jom lihat2 pic masakan saya semalam

daging masak kari


sayur campur

ikan goreng je
selamat menjamu selera

Rabu, 9 November 2011

Pagi Hari Raya Haji

Mau pergi makan kenduri korban, Dah siap pakai baju raya, Barulah ada mood raya.


Sabtu, 5 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Sekejap lagi nak balik kampung tunggu ayah balik kerja. Ibu pun cuti sampai hari isnin ni