Rabu, 27 Februari 2013

Percutian Raya Cina

Jom lihat percutian kami semasa cuti raya cina yang lalu. Mula2 balik kampung perak. Dan pergi air terjun lata kijang di tapah. Sangat sejuk airnya dan juga sangatlah ramai orang time tu.

Hari selasa dah balik rumah walaupun masa tu kami tetap cuti seminggu. Hari rabu bosan kat rumah ajak tayang pergi -city mandi tapi memandangkan cuaca tak begitu baik kami pergi pusat sains negara.Ni lah gambar kami kat sana tapi tak letak semua gambar yang kami tangkap.Tiket masuk dewasa hanya rm8.00 kanak-kanak macam anais 5 tahun free tak tahulah orang lain. Kalau nak lihat pergi lah.Sesuai untuk budak2. Ni hanya gambar jelah yang menceritakan keadaan di pusat sains. 








Nanti lain kali saya akan masukkan lagi gambar semasa kami mandi di icity shah alam

Selasa, 26 Februari 2013

Mesyuarat Sekolah Tadika

Assalamualaikum selamat  pagi semuanya, Dah lama blog ini tak dikemas kini. Rasa dah Bersawang semuanya.

Hari ni nak bercerita pasal kehadiran saya suami isteri ke mesyuarat tadika tempat anis belajar. Waktu malam pula kali ni cikgu adakan sebabnya kalau buat siang sabtu atau ahad ramai yang ada komitmen lain. Kali ni ubah waktu malam. Minit metting tentang pembentangan belanjawan sekolah , pelantikan jawatan baru, aktiviti sepanjang tahun dan macam2 lagilah . Siap pukul 11.00 malam jugalah

Akhir sekali sesi tangkap gambar beramai2 ramai


Belum bercerita lagi kami cuti seminggu masa raya cina yang lepas pergi berjalan2 habiskan duit yang ada

Jumaat, 8 Februari 2013

Taman Burung

Selamat pagi semuanya pagi ahad lepas, Selepas siap anis sukan kami bertolak pergi taman burung kl, Tak pernah pergi pun baru nak merasa pergi kat sana. Masuk rm25 kanak2 bawah 12tahun rm12 kena tunjuk ic, 
Banyak Species burung  yang ada kat situ. Tapi dalam gambar ni saya upload sikit jelah. Best juga ada pertunjukkan, Masuk dalam tu kena bawa bekal sendiri letih oh berjalan. Besar tempatnya.

Kat sini ada ikan . Makanan juga boleh beli kat situ rm1 sebungkus 

Ni salah satu pic burung cantik2 burung kat situ ada burung yang tak pernah saya lihat sebelum ni, Semuanya ada kat sin.


Tengok jinak tak burung ni, Anis bagi burung makan kuaci, Cantik.

Ni jelah gambar yang sempat saya letak kat sini, Kalau nak lihat lebih banyak lagi kena pergi sendiri

Rabu, 6 Februari 2013

Hari Gotong Royong@ Sukan

Selamat Pagi rajinnya pagi2 ahad bangun pagi2 bergotong royong bersama jiran tetangga. Lepas tu ada pula sukan untuk kanak2. Motif utama nak masukkan anis join sukan tu hadiah tupperware air, Tu yang membuatkan ku termimpi2. Tibalah waktunya datang pagi2, budak2 memulakan acara sukan semua pertandingan makan, Makan kek, makan ais krim, makan roti canai, Anis kena makan kek 2 biji  kecil je kek tu. Tiba saat nak beratur anis dah start keluar air mata takut ibunya hilang, Last2 kesian kat dia cakap tak payahlah masuk tengok jelah.

Ni budak2 dah besar mungkin umur 9-12 tahun


Ni time anis tapi dia dah nangis nak buat macam mana,

Siap sukan sarapan kat situ sekali makcik2 kakak2 dah mulakan bergotong-royong sapu2 sampah kat taman tu. Yang saya pula malas, Ambil keputusan balik cakap kat diorang gotong-royong depan rumah sahaja.
Balik rumah ayah tanya dengan anis sukan apa tadi menang ke tidak. Boleh anis jawapan jangan tanya diam.Tak pelah ayah cakap lepas ni kita pergi taman burung

Isnin, 4 Februari 2013

Anis Potong Rambut

Selama ni rambut anis panjang sepanjang usianya hanya 2 kali sahaja potongkan rambut dia, Dah panjang cun melecun masuk je sekolah dah nak potong rambut  Itu permintaannya anis sendiri nak rambut pendek.



Jadinya adik saya yang tolong potongkan ajak pergi kedai tak nak nak suruh ibu potong, Kalau ibu potong serupa macam tempurunglan Nasib baik adik lelaki saya ada boleh potongkan cun jugalah, Pic dari depan tak ada hanya dari belakang saja.