Selasa, 29 Mei 2012

Buat Baju Kurung

Kali ni saya nak buat baju kurung untuk anis, Balance perca kain sahaja yg ada , ukur2 ngam2 je buat baju kurung anis tapi kainnya kena beli kain yg lainlah, ni pun baru siap potong belum jahit tepi kita tunggulah jadi ke tidak baju kurung untuk anis

Isnin, 28 Mei 2012

Lala

Malam semalam masak lala beli kat pasar malam 1 plastik rm2.00 sahaja.Selalunya makan kat restoran sangat mahal harganya. Puas hati ku makan sampai perut buncit

Rabu, 16 Mei 2012

Bantal Panas Kesihatan

Setelah dijanjikan hari ni saya dah pun upload bantal kesihatan untuk yang selalu lenguh-lenguh badan , sengugut untuk orang perempuan, sakit kepala , sakit pinggang , sakit tangan, sakit perut, untuk orang lepas bersalin untuk orang tua semuanya boleh dari muda sampai orang tua. Amat berguna sekali.

Ciri-Cirinya
cecair merupakan air garam bukit@ gel. Ianya di isi sekali sahaja dan mudah di bawa kemana-mana
Berat =1.7kg setiap satu

Cara-cara penggunaan
Caj tungku selama 5 hingga 8 minit lampu khas akan terpadam secara automatik.
Bantal akan menjadi panas sehingga 70-80 darjah celcius dan akan bertahan antara 2-3 jam.
Amat sesuai bagi yang bekerja di dalam bilik ber aircond untuk mengelakkan badan menjadi lemah dan merangsang peredaran darah.


 Apabila nak mengecas, masukkan dulu plug pada bantal dahulu, baru cucuk kepala plug pada suis.


On suis akan menyala warna merah tunggu sampai lampu padam 5hingga 8 minit ikut kesesuai panasan yang kita mahu.
 bantal siap untuk digunakan, Bantal ni ada di sediakan sarung untuk kurangkan kepanasan
RM30 POS LAJU RM8.00
Sesiapa yang nak order bolehlah email saya anis.norizaidah@gmail.com .
bantal ni juga boleh di berikan hadiah kepada ibu nenek dan cikgu sempena hari guru, Hari ni kan hari guru

Isnin, 14 Mei 2012

Ready made Felt



Rasa lamanya tak update, minggu lepas anis demam tulah yang malas nak update. Minggu lepas pun cuti 2 hari sempat juga buat ready made felt, Toturial rose ni pun baru jumpa rasanya lagi cantik, lain kali boleh buat lagi

Ni pula keychain batang ice krim, sempat buat 3 pcs je.

Ni pula keychain bear puas hati, kalau ada sesiapa yang nak beli atau nak belajar buat pm lah saya. Saya sedia membantu
Saya juga ada menjual bantal panas rm32 sahaja nanti saya ceritakan product tu nya 

Khamis, 10 Mei 2012

Demam

Dah hampir seminggu anis demam, Start balik kampung minggu lepas demam 2 hari, hari pertama tu tak kerja isnin hari kedua kerja. Bila dah baik malam nya pula demam siang ok je boleh tendang bola, dah 2 malam macam tu risau pula, Ubat tak nak makan macam mana nak baik.

Khamis, 3 Mei 2012

Kalau dah jumpa bear satu beg alamaknya berseleraklah ruang tamu rumah.Ni baru 1 bag ada lagi 3 bag kat atas almari. nasib baik anais tak perasan