Selasa, 31 Julai 2012

Tebu-Tebu

  • Selamat pagi. Nak tengok tak ladang tebu mak mentua saya punya di belakang rumah. Tebu ni cukuplah untuk di minum kami  semua. Ni masa petang ahad kami balik kampung. Kebetulan tebu ni dah masak sangat . Apalagi boleh lah dihantar untuk dimesin. 



Letih oh nak mengupas kulitnya , Tukang kupas ada dalam 3 orang . Upah saja orng mesin tebu ni rm17 banyaknya jangan cakaplah 1 baldi. boleh bawa balik berbotol2.

Isnin, 23 Julai 2012

Salam Rmadan

Selamat menjalani ibadah puasa Semua. First day ramadan saya sempat buat bubur gunting dapatlah 1 mangkuk besar bagi jiran tak tahulah apa rasanya sedap ke tidak. Tapi saya makan sedap juga, pandai aku masak cakap dalam hati sebab suami tak cakap pun.


Hari ni dah start keja. Balik 5.30pm sempat ketidak nak masak ni.

Khamis, 19 Julai 2012

Bantal Felt Comel


Bertemu lagi di pagi hari Khamis. insyaallah esok atau lusa kita berpuasa, Hari ni nak post bantal felt yang sempat saya buat. Lepas ni akan ditutup sekejap sampai lepas raya. Bagi memberi masa untuk membuat baju raya anak kesayangan saya.  Ni tempahan dari kawan lama untuk anaknya adib

Ni pula tempahan dari fb nak simple ada gambar love
 Yang ni pun sama saiz a4 bentul love

Selasa, 17 Julai 2012

Baju Raya dah Mari

Kawan satu office ada jual baju budak, Semalam sempatlah memborong 3 helai baju anis semuanya dress je. Nanti seluar dengan baju t-shirt suruh ayahnya beli pula. 3 Pasang ni pun dah rm100+lebih. 
Balik rumah bagi anis tengoh dah nak di pakainya, Tak sempat nak simpan untuk raya lah baju ni.

Ni saja nak cuba muat ke tidak. beli ni pun main agak2 je nasib baik semuanya muat. Puas hatilah semuanya

Pagi tadi hantar anis gi rumah opahnya , nak pakai baru baru, Tak pelah nanti kita beli baju raya laginya 

Rabu, 11 Julai 2012

Menambah Pendapatan

Selamat pagi, Kurang 2 minggu kita nak berpuasa jadi dengan ini saya ada menjual baju kurung baby, Sesiapa yang berkenan boleh lihat di fb saya :