Khamis, 16 Jun 2011

Coklat Doorgift

Semperna wedding adik ipar saya @ tayang  telah menghadiahkan coklat homemade ni tak banyak 100 kotak je. Coklat ni order dari kawan 1 office. Bawa balik kampung budak2 ramai apalagi lepas satu , satu lah nak makan. Ada dua corak


Satu lagi corak bunga ros sedap tau rasanya sesiapa yang nak order bolehlah ambil no tel dari saya, Kawan saya tu baru nak mulakan bisnes kecil2lan.

Selasa, 14 Jun 2011

Wedding Ucu @ Raffe

Minggu Lepas ada kenduri adik ipar kahwin malas nak citer panjang2 layan yelah gambar kahwin ni.

Baru selesai akad nikah

Waktu bersanding

Adik beradik @ anak buah ni baru sebahagian sahaja

Keluarga besar kedua2 belah pihak

Balik Mana Raya Tahun ni

Dah lama tak update blog, bz sikitlah dalam minggu ni balik kampung adik ipar kahwin nantilah upload gambar kahwin. Hari ni nak citer sikit malam tadi tayang tanya

tayang : tahun ni raya perakkan (rumah mak  tayang)
ida : taklah tahun ni raya sini (rumah mak ida)
tayang :kan tahun lepas dah raya sini (rumah mak ida)
ida : ia jangan buat2 lupa, yang kita balik sama ucu tu apa bendanya.
tayang : rasa2nya 2 kali berturut2 raya sini (rumah mak ida) tak lah mana ada
ida : kan dah ganti, raya tahun ni kat sini (rumah mak ida )
tayang : saya bagi rm500 tapi dengan syarat raya tahun ni kat perak.
Ida : mana aci macam tu, nak bagi -bagi jelah duit tu, tak payahlah bersyarat2.

and full stop berhenti macam tu je perbincangannya.

Belum puasa lagi dah nak berebut raya kat mana, masing2masing tak nak beralah, kalau tayang ikut turutan mesti  tak de masalah, tapi raya tahun ni kat rumah mak sini.  Macam mana nak pujuk si tayang ni ye.

Rabu, 8 Jun 2011

Petua Sakit Mulut (Ulser)

Anis baru baik dari sakit mulut (lser mulut) ada juga orang panggil mata ikan mungkin sama kot. Sebelum ni pernah juga kena ulser mulut tapi tak banyak sehari 2 dah baik. Minggu lepas ada 5 biji mata ikan ada dalam mulut dia tak senang duduklah si anis ni minum susu tak boleh makan pun tak boleh. Lidah dia pun ada kerak susu dengan mata ikan 1 biji.
 kalau budak2 tak nak makan ubat apa yang doktor bagi. cubalah petua ini.
apa yang saya buat ambil kain napkin basahkan lap kat lidah dia pelahan-lahan
atau pun letak magerin / planta kat tempat yang sakit tu.
bibir pun kadang2 boleh mengelupas kerana kurang minum air, sapukan minyak alfiat (minyak tu colour hijau) kat bibir insyallah boleh baik
kena minum air masak banyak
sambil tu ubat doktor kena bagi juga.

Pergi ke Gamezone Pula

Memandangkan ibu malas nak masak petang semalam, jadi balik kerja terus pergi ke tesco kuala selangor dengan tujuan nak shopping, Tesco di situ tak de tempat permainan percuma macam kat setia alam, terpaksalah masuk ke gamezone yang guna token, tukarlah duit rm2.00 untuk main benda ni je. Mula2 ketuk guna penukul yang di sediakan last2 guna tangan. Belasah ajalah anis.


Jom Main Futsal


Sejak kebelakangan ni memang malas gila nak update blog .Letih semanjang je. Kebetulan minggu lepas anis baru baik dari demam sebab ada ulser dalam mulut dia, jadi bertambah penatlah sikit dengan dia punya segala ragam. Malas nak ceritalah pasal ulser mulut tu. Ni nak cerita tentang gambar dibawah masa ni nak gi makan sebelah je dengan gelanggan futsal masa ni tak de orang, Suka lah dia pergi tempat lapang macam tu boleh berlari lari.


Rabu, 1 Jun 2011

Restoran Pantai Jeram

Malam tadi kami dinner kat restoran pantai jeram, Balik kerja ambil anis terus pergi pantai jeram. Dari rumah 15minit dah sampai. Dah lama tak makan kat luar semperna 31 aribulan ajaklah tayang makan kat pantai. Kami ambil ikan siakap masak 3 rasa, udang goreng tepung, dengan sup campur, nak ambil tom yam takut pedaslah pula nanti,  Sambil tunggu makanan sampai tengok2 lah anis main kat kolam ikan tapi tak de ikan pun,
Harga kat sini pun  murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain

masa ni orang tak ramai, pekerjanya pun duduk2 lagi

Nak ajak anis ke tepi muara ni, takut pula dia

 nilah dia sup campur

 Udang goreng tepung yum  yum

Ikan siakap masam 3 rasa
Semua gambar makanan ni di ceduk dari google minta maaf ye pada tuan punya gambar, Semalam tak sempat nak snap gambar.
Selamat  Menjamu selera bye...bye