Isnin, 26 November 2012

Makan Bersama Family

 
Selamat Pagi. Malam minggu lepas adik belanja family makan di medan ikan bakar jeram. Dekat je dengan rumah 15 minit dah boleh sampai. Booking dulu 2 hari takut malam minggu ramai orang. Sekali pergi memang ramai gilalah. Order pun yang simple je takut tak habis tukan pembaziran namanya. Kami order kerapu 3 rasa . udang batter.tomyam, suo campur ni untuk budak2 dan lala masak sambal. Sedap dan murah.
 
 
 


 
 
Ni dah siap makan. Opah kena pegang cucu, ibunya nak makan


Ai lah melantak ikan kerapu sampai licin

Khamis, 22 November 2012

Irma hasmie @ suami ,Noorkhairiah @ family

     pagi ni kita jamu mata dengan kebahagian irma Hasmie bersama dengan suami tercinta , sangat sweet, manis dan ayu  Suka tengok irma sejak dia pakai tudung dan sekarang telah berkahwin. Ditambah pula dengan seri ibu mengandung.  






     Terjumpa pula gambar norkhiriah bersama keluarganya dalam blog beutifulnara. Terbayanglah kalau ada anak lelaki nak pakaikan  dengan jubah putih macam anak norkhairiah pakai. Sangat jauh imiginasi ku. Sangat suka dengan norkhairiah ni low profile. 

Rabu, 21 November 2012

Rumah Terbakar

     selamat pagi semua, malam tadi di kejutkan dengan berita kebakaran di rumah jiran sebelah rumah mak.  Baru nak terlelap, Dalam pukul 11.00 mlm adik call. Dia cakap rumah terbakar.suruh datang cepat. Bersiaplah kami laki bini . Naik motor kalau naik kereta mesti sesak kat sana. sampai je kat rumah mak, api dah dipadamkan tinggal sikit2 je yang tinggal Naik baik tak merebak ke rumah mak. Sebabnya Bilik bertemu bilik. Rumah perumahan kan semuanya  dekat2. Mangsa kebakaran hilang tempat tinggal. Terpaksa bermalam di rumah jiran sebelah.  Punca kebakarang anak main api. Mak tak perasan anak main api dalam bilik. Bila api dah besar Bau hangus baru tersedar rumah dah terbakar. Terjerit -2 lah mak dengan jiran sebelah memanggil orang  minta tolong. Mujur Semuanya cepat orang pun ramai yang menolong.  Masa kami datang api dah di padamkan tak dapat nak tangkap masa ada api. 2 keping gambar je yang ada 





Isnin, 12 November 2012

Diana Danielle dengan Farid Kamil


Tengah berjalan2 dari fb ke fb terjumpa pula fb  Carlos Nizam Photography  ada gambar Diana Danielle dengan Farid Kamil. Cantiknya mereka pasangan yang sepadan suka mak nya. Jom kita layang gambar mereka 





Khamis, 8 November 2012

4 tahun kelahiran mu

Salam semua, Lambat nak upload gambar hari jadi anis. Mulanya malas nak sambut hari selasa hari tu. Tapi ayahnya nak juga belikan. Ingatkan nak sambut hari ahad ramai sikit orang sepupu balik rumah opah. Sambut hari jadi anis hari selasa buat kecil2 jelah beli kek makan md .  Sambut dengan 2 orang adik dengan atuk , opah
 
 
 



Selasa, 6 November 2012

Petua Hilangkan Bau Hancing

     Sesiapa yang mempunyai anak kecil yang tak tidak lagi pakai pampers akan mengalami nasib yang sama seperti saya. Anak terbabas dan terkencing di atas tilam ibu bapa yang sangat tebal. Biasanya saya akan bawa anis  kencing dulu sebelum tidur. Dan pada musim sekarang cuaca sangat sejuk membuatkan anis malas nak bangun malam kerna sedap dibuai mimpi yang indah sambil berselimut.  Dan akhirnya banjir membasahi kami laki bini. Dan ada ketikannya hanya tempat anis sahaja yang basah di tengah2.  Apa yang saya lakukan, Sebaik sedar anis kencing tukarkan seluar dan baju. Alihkan anis ke tempat yang bersih. Ambil air panas lap guna kain, ketempat yang dia kencing   lap agak2 bersih dan  biar seketika baru lapikkan dengan pelapik plastic untuk baby punya waktu kecil2 dulu sebelah warna pink sebelah lagi warna biru letak pelapik tu untuk kita baring balik untuk  tidur semula. Kalau lap dengan air panas waktu pagi tak payah letak pelapik. Insyaallah tak de bau hancing .         




Isnin, 5 November 2012

Taman Burung Kuala Lumpur

Selamat pagi lama rasanya tak update kat sini. Hari ni nak tunjukkan gambar anis pergi ke Taman Burung Kuala Lumpur. Sampai dah petang cuaca mendung sekarangkan musim hujan. Jadinya tak boleh masuklah kalau nak masuk juga pakat2 larilah.