Alhamdulillah semalam pergi check-up kandungan semuanya ok berat badan tak naik banyak hb ok 12.1 walaupun kandungan dah 26 minggu kalau nak di bandingkan dengan kandungan pertama dulu darah kurang je.Jumpa doktor buat scan doktor tanya jantina baby dah tahu ke, saya pun jawablah doktor boleh nampak ke. Doktor jawab nanti saya lihat kalau tak nampak maknanya perempuan kalau ada nampak maknanya lelaki. Sekali tu doktor jumpa ha tu dia dah jumpa ,Sebelum ni ada pergi hospital umra kat shah alam untuk scan 3d 4d tapi masa tu dah lewat saya buat scan 2d je. dan tanya jantina baby doktor cakap jantina yang sama juga, Tapi tak berapa pasti doktor suruh datang balik. Semalam doktor kk cakap jantina yang sama. Lepas ni boleh lah beli baju baby ikut jantina.Minggu lepas pergi expo pureen pun beli baju warna yang selamat, Sebabynya masa tu tak berapa confident. Alhamdulillah lelaki perempuan tak kisah janji sihat. 9.5.13 repeat minum air gula untuk kandungan 7 bulan itu yang tak selamat lagi.
LELAKI OR PEREMPUAN TUNGGU
Jumaat, 26 April 2013
Isnin, 22 April 2013
Bershopping Di Expo Purren
Kandungan dah masuk 6 bulan lebih baru nak beli barang barang baby.Filling tu tak macam anak pertama dulu awal-awal dah beli baju,Time ni pula tak de nak membeli sangat tak tahulah kenapa. Sempena expo pureen semalam kami pergilah juga sebelum tu dah servey2 harga dulu buat list apa yang nak beli , ni lah hasil rembatan semalam. pergi hari ahad pilihan baju yang cantik2 dah tak banyak.Yang tak ada dalam gambar botol susu anis , dengan sabun badan anis pureen. Jom saya listkan barang apa yang saya beli dengan harganya sekali
Pampers pureen 66pcs- rm24
maternity pad -rm9.00
Botol susu -rm5.00
puting rm5.00
sarung tangan @ kaki -rm5.00
pureen sampoo- rm10
storage bottol 3 pcs-rm15
towel-rm12
blanket - rm15
nursing bra-rm lupa
baju sepasang rm8-rm12
baju sahaja rm3.00
kelambu rm15
total semuanya rm199
bulan depan kita pakat2 pergi expo mid valley pula nya. kali ni nak cari breastpump pula mana tau ada harga lagi murah dari online
Khamis, 18 April 2013
Tikar Getah
Sekarang ni rasa bermusim pula pakai tikar getah ni,Ramai orang jual kat pasar , kat kedai carpet pun banyak orang jual tikar getah ni.Selalunya jumpa yang corak katun hari ni saya nak jual corak plain import dari sabah sesuai untuk ruang tamu atau dalam bilik.Tikar ni pun tak meresap air, Kalau air tumpah ia akan bertakung kat atas tikar dan kita tinggal lap kan je. Saya jual tikar ni rm35 sahaja.cod area kuala selangor dan klang
ni contoh lebar dan panjang tikar
Isnin, 15 April 2013
BerMulalah
Salam semua. Hari ni isnin 16.4.2013 bermulalah perjalanan kehidupan ku sebagai surirumah sepenuh masa. Melayan anak pergi dan balik sekolah menyediakan makan minum suami bila dia pulang balik kerja. Mengemas rumah, membuat kerja rumah yang tak pernah habis. Perasaan ku tak dapat aku nak ungkapkan 50% peratus rasa suka lepas tekanan kerja yang ku tanggung selama ini, 50% peratus lagi. Memikirkan kewangan boleh atau tidak tayang control tahap perbelanjaan untuk kami sekeluarga. Selama kami hidup bersama aku yang membantu dia. Tapi aku percaya rezeki ada di mana-mana.
Sabtu, 13 April 2013
Kuah Rojak Lagi
Selamat petang hari ni nak tunjukkan lagi kuah rojak yang baru siap dimasak. Tempahan dari kawan-kawan. kalau ada yang ingin cuba dan rasa boleh email saya
Khamis, 11 April 2013
Baju Baby
Selamat Pagi, Hari ni jom cuci mata dengan 2 helai baju baby ni saya beli kat pasar malam. 1 helai rm8.00 2 helai rm15.00 ok lah beli 2 helai dulu tu pun naik juling biji mata nak nak pilih sebabnya banyak sangat pilihan warna pink. Nak pilih warna pink takut bukan baby girl pilihlah warna selamat warna hijau dengan biru rasanya biru baby girl or boy pun boleh pakai juga.
Kain Cadar
Semalam nak gi kamdar tapi tayang malaslah pula. So pergilah kedai biasa je. Sekali tengok banyak juga pilihan harga pun tak jauh beza sangat dengan kamdar setakat 4,5 puluh sen je. Banyak corak kartun yang cantik-cantik macam nak terkeluar biji mata ni memilih. Saya nak lah beli kain cadar untuk anis dengan adiknya. Disebabkan gender adiknya belum pasti so kami beli warna selamat. Kalau ada sesiapa nak suruh saya belikan pon boleh jom kita lihat harga
ni rm13.90 semeter
Ni rm3.20 semeter
rm3.20 semeter
rm3.20semeter cantik juga
rm13.90 semeter
ni pun rm13.90 semeter
ni lah rm13.90 semeter
Sesiapa yang nak kirim dengan saya bolehlah pm saya anis.norizaidah@gmail.com
Langgan:
Catatan (Atom)










