Hari ni baru sempat update gambar anis masa makan kat pantai jeram. Dari rumah ke pantai jeram dekat je lebih kurang 15 minit, Dalam seminggu mesti ada sekali makan kat situ. Layan kan jelah gambar kat bawah ni.
Isnin, 26 Mac 2012
Rezeki Kraf felt
Salam sekejap ada,sekejap tak de, Blog ni pun sama seminggu sekali je update, Dalam bulan ni amat2 bz dengan tempahan kraf felt, Ada nak buat tempahan bantal , bunga felt dan juga handbouquet felt, Ni antara tempahan yang berjaya di siapkan untuk bulan 3 ni. Jom lah cuci mata dengan hasil kraf saya yang tak seberapa ni, Kalau nak lihat koleksi saya pergi lah ke fb http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100002605508168. jom layan gambar di bawah ni
Isnin, 19 Mac 2012
Zoo Kuala Lumpur Lagi
Semalam pergi jalan-jalan ke zoo kl lagi, Dalam setahun boleh dikatakan 4,5 kali pergi, Mak bapanya nak naik jemu, kesana . Ni permintaan anak dara sorang nilah nak tengok gajahlah, Sampaikan nak gi tempat lain dah tak boleh. Dia sedaplah naik stroller kita mak bapa jenuh berjalan malas pula nak naik keterapi, terpaksalah bertapak.
Tengoklah puas2. Lepas ni tak yah datang lagi.
tutup tirai si ibu bergambar sorang2
Isnin, 12 Mac 2012
game Versi ipad
Askum lamanya rasa tak update blog , tahap kemalasan melampau melanda diri ku, Hari ni saja nak tontonkan game android anis punya, Beli dah 2 minggu baru hari ni nak cerita, Sebelum ni ada serve kat alam sentra shah alam, ingatkan nak beli samsung galaxy tapi mahal sangat, Tengah tengok2 terjumpa pulak benda ni, haha suka2 harga pun tak sampai rm1000 tak membazir duit ku. Game ni boleh sentuh guna jari macam ipad,
Internet pun boleh guna. Kalau ibu-bapa nak belikan anak-anak game macam ni belilah kat alam sentra shah alam.
Jumaat, 2 Mac 2012
Bantal Kura-kura
Malam tadi sempat juga siapkan bantal bentuk kura2 untuk anis. En suami pun ada cakap ibu ni buatkan bantal orang lain je, bantal untuk anak sendiri tak pernah buat. So malam tadi dengan perasaan penuh tercabarnya lupakan kerja2 yg pending buatkanlah bantal ni satu.
Akhirnya siap juga pagi tadi baru tangkap gambar. Tidur pun bawa sekali naik atas tilam.
Ni pakai felt je. Atas tu ibaratkan macam Cengkeranglah potong felt kecil2 semua jahit mesin je . Kura-kura bersedia untuk mencari tuannya.
Lepas ni en suami suruh buat bantak comel2 pula nak promot kat office dia pula. Alhamdulillah en suami nak menolong isterinya.
Rabu, 29 Februari 2012
Dah Lama tak Berblog
Rasanya dah lama tak berblog, Blog ni pun dah bersawang rasanya. Sekarang saya sibuk sikit, Lebih tertumpu pada fb craf saya. Hari ni tak tahulah kenapa saya nak update pasal kraf pula. Ni hasil kerja tangan saya hp case pertama kali buat. Saya harap orang tu sukalah dengan hasil kerjatangan saya ni.
Jumaat, 24 Februari 2012
Catatan Mingguan
Hari ahad lepas pergi Alam sentral Shah Alam ingatkan nak snap pic henfon galaxy tab rupanya sempat snap pic packing je supaya ingat tempat, buttery habis pula .
Minggu ni nak pergi lagi kesitu nak terus beli habis melayang duit ku. Tak pelah nak menggantikan game anis yang dah jual sebelum ni
Langgan:
Catatan (Atom)



