Khamis, 15 Disember 2011

Tentang Dhia

Hari ni pun dah hari khamis sesiapa yang peminat setia drama tentang dhia ni mesti tak sabar2 nak balik, nak tahu kisah seterusnya drama tentang dhia ni. Hari ni nak  cerita tentang sinopsisi untuk minggu ni 

SINOPSIS EPISOD MINGGU INI :


Esah memberi amaran kepada Ku Salmi agar tidak mengganggu keluarganya. Ku Salmi memaksa Pak Boon segera bertindak mengenakan sihir pada Esah sebelum dia bersuara. Akibatnya, mereka sekeluarga mula diganggu termasuklah Dhia.

Raffi membantu membayar kesemua hutang Melly pada penjahat dalam usahanya untuk menyelamatkan Melly dan anak. Sementara itu, Pak Boon terus menyi...hir Esah agar Esah menjadi tidak siuman.

Dhia mengamal membaca zikir dan Quran supaya dirinya dilindungi seperti yang diminta oleh Esah dan Ustaz Naim. Amalan Dhia ini menyebabkan hantu raya belaan Pak Boon kepanasan dan membunuh Pak Boon.

Ku Mariam yang sudah termakan hasutan Ku Salmi terus-terusan bertanya tentang anak pada Dhia. Zikir tidak selesa dengan cara keluarganya melayani Dhia. Melly mulai mengingati kisah silamnya manakala Rose membuat keputusan untuk memakai tudung supaya dapat memikat Zikir.
hari ini juga adalah episod dimana mummy Zikir terima pembalasan dan juga mama Dhia akan jadi seperti org 'gila'.. gila sebab apa kita tengok sama2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan