Isnin, 2 Januari 2012

Tahun Baru

Assalamualaikum,
kita masuk tahun baru, bulan baru, rasa macam semalam je kita melangkah tahun 2011 hari ni dah masuk tahun 2012. Banyak kenangan pada tahun 2011 yang tak boleh dilupakan. Tahun baru ni jugalah umur ku telah meningkat lagi kesatu angka. Begitu cepat masa berlalu rasanya baru semalam aku meninggalkan sekolah menengah dan baru rasanya semalam aku memulakan alam pekerjaan yang begitu mencabar, Macam mimpi aku rasa bila dihitung sudah 9 tahun aku bekerja. Tahun baru ni aku berazam nak bekerja lebih tekun supaya boss aku akan naikkan gaji aku lebih sikit. Cuti untuk tahun 2012 ni pun aku kena kurangkan sebabnya nanti awal tahun 2013 aku kena ambik cuti 1 minggu maklumlah anis nak masuk tadika ibunya yang esaitech lebih haha... ketawa ramai2. 

Azam aku untuk tahun 2012 ni nak tukar perabot baru, Maklumlah aku teringin nak ada rumah sendiri so perabot mestilah semua baru. (tak comformlah perabot ni, duit tayang, nak ke dia, mahu dia hambat aku dengan penyapu haha...)
Soal anak tak kisah kalau ada reseki aku terima dengan seadanya, kalau belum aku reda.
Teringin nak bercuti di sarawak naik kapal terbang (almaklumlah tak pernah naikpun. lau jadi, kecut perut dik non).
Semoga perjalanan hidupku@ KELUARGA  penuh aman dan bahagia, Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan