Rabu, 5 September 2012

Daftar Tadika Kemas

Pagi ni sempat singgah  tadika kemas berdekatan dengan rumah opah anis. Nak buat pendaftaran anis untuk tahun depan, Sudah besar anak daraku seorang ni. Malam tadi cakap dengan anis nak sekolah tak dia cakap  tak nak nak tidur je kat rumah . Pagi tadi tanya lagi nak gi sekolah tak, anis cakap nanti dululah. So tadi terjah jelah ke tadika fikir balik bila lagi nak pergi kalau bukan sekarang, ni pun dah bulan sept. Masuk je kenalkan diri,  duduk mana, isi borang Boleh ambil dari sini juga sama sahaja http://www.kemas.gov.my/home .  Siap cikgu tu cakap nak masukkan ke sekarang untuk percubaan nanti tahun depan tak takut sangat. Minggu depan nak masukkan anis ni untuk percubaan tapi kena minta cuti dulu dalam 2 hari. Tengok macam suka tapi tak tahulah dari kecil anis mana biasa tinggal dengan orang lain hanya dengan opahnya sahaja. Yuran dalam rm1++ murah je. Nak hantar ke taska pasti tapi jauh dari rumah. Susah pula opah dengan atuknya nak jemput. Kalau tadika kemas dekat dengan rumah jalan kaki sahaja. Kalau atuknya rajin boleh dia jemput naik kereta hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan